Perpaduan Rakyat Diancam Oleh Sekolah Rendah?
Kebelakangan ini, timbul semula ura-ura untuk mengukuhkan perpaduan rakyat. Sindirannya, apa yang dihebor-heborkan tentang pembahas UMNO yang telah mengeluarkan kata-kata menghasut sudah seperti batu jatuh dalam lubuk. Sejak awal lagi, telah saya sebutkan janjian Timbalan Perdana Menteri mungkin tinggal janji untuk mengadakan siasatan profesional ke atas laporan yang telah dibuat oleh rakyat prihatin.
Pada waktu saya mengulas isu itu, memang benar ketika tidak boleh membuktikan ketidak-ikhlasan pihak berkuasa sambil menutup mata membenarkan wakil UMNO bermaharajalela dalam perbahasan partinya.
Adakah saudara setuju sikap pihak berkuasa juga akan berpeluk-tubuh, sekiranya kata-kata hasutan itu dikeluarkan oleh ahli parti politik pembangkang?
Bagaimana pula, sekiranya ia berlaku ke atas ahli kompenen Barisan Nasional selain daripada UMNO? Adakah ahli komponen selain UMNO juga menikmati hak keistimewaan ini?
Apa yang tersebut diatas hanya merupakan satu muqadimah (kata aluan), tajuk yang sepatut kita tangani adalah isu perpaduan yang menjadi bual-mulut pemimpin kerajaan.
Di sini kita akan cuba menganalisa:
Sejauhmanakah pendidikan sekolah rendah mengancam perpaduan rakyat?
Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah semua sekolah kerajaan menggunakan sukatan pelajaran yang sama, ia ditentukan oleh Kemeneterian Pendidikan. Apa yang berbeza di anatara SRK, SRJK(C) dan SRJK(T) hanyalah perbezaan penggunaan bahasa penghantar / pengajaran yang berbeza; dengan pengajaran Bahasa Malaysia adalah mata pelajaran wajib.
Contohnya, saya sendiri merupakan hasil pendidik SRJK(C); pada hari ini saya bukan sahaja berkeupayaan untuk menulis dalam Bahasa Malaysia, Mandarin & English. Dalam pertuturan pula, saya mampu untuk bertutur B. Malaysia, English & Mandarin disertai dengan beberapa lagi bahasa loghat.
Oleh kerana kelebihan peluang untuk menguasai pelbagai bahasa, lantaran itu menurut kajian semua SRJK(C) seleruh negara kini disertai oleh 60,000 murid bukan keturunanan Cina.
Adakah permintah akan atau telah membuat kajian sebab / kenapa begitu ramai ibu-bapa bukan keturunan Cina sanggup menghantar anak mereka belajar di SRJK(C)?
Sejauhmanakan pihak pemerintah akui kelebihan SRJK ini?
Sekiranya pihak pemerintah menurut SRJK ini adalah faktor utama pengancam perpaduan negara, adakah ia benar 60,000 keluarga yang disebutkan ini juga sebagai pengancam utama yang serupa?
Adakah ibu-bapa yang mengkehendaki anak-cucu mereka mempelajari pelbagai bahasa ini sebagai tidak setia kepada negara? Penderhaka terhadap nenek-moyang mereka? Kenapa?
Pada hari ini, saya mempunyai ramai kawan-kawan Melayu, India dan lain-lain. Blog ini juga mengutamakan karangan Bahasa Malaysia yang saya rasakan lebih memanfaatkan untuk segenap lapisan masyarakat. Di waktu yang sama, saya juga diterima baik oleh kawan-kawan saya dengan ramah dan baik. Puluhan dan ratusan kawan Melayu dan India menerima saya dengan baik, tidak menganak-tirikan saya kerana saya dididik dalam aliran SRJK(C). Begitu juga, saya tidak pernah terimbas dalam fikiran saya untuk bertindak aggresif atau melampau atau anti kawan-kawan saya yang begitu ramai daripada semua masyarakat Malaysia.
Apakah peranan parti politik dalam memupuk perpaduan rakyat?
Selepas tamat pengajian sekolah baik kolej atau universiti, sebenarnya semua rakyat Malaysia telah diklasifikasikan kepada kaum masing-masing oleh parti politik yang berasaskan perkauman.
UMNO, MCA dan MIC sudah lama mengamalkan “Dasar pecah dan Printah”. Di Pulau Pinang contohnya: Ketua Menteri kini sudah menyatakan orang Cina akan hilang jawatan itu jikalau gabungan ADUN MCA dan Gerakan kurang daripada jumlah ADUN UMNO. Oleh kerana itu, semua pengundi keturunan Cina wajib mengundi BN wakil Cina demi untuk mempertahankan jawatan tunggal ini.
Serentak dengan ungutan itu juga, pemimpin UMNO sudah lantang mengugut bahawa Melayu akan pupus di Pulau Pinang kerana dimarginalisekan. Piket, kain rentang dan seruan letak jawatan kepada komponen BN sendiri sudah membala demi rebutan jawatan sambil menjadi hero bangsa.
Daripada contoh ini, seandainya semua pengundi Pulau Pinang tidak mengundi BN sepertimana telah diugut-ugutkan (ertinya warga Pulau Pinang bertekad menyokong parti politik lain untuk menerajui kerajaan negeri); menurut teori di atas orang Cina akan rugi besar dan orang Melayu mungkin pupus dari pulau tersebut.
Adakah ini benar? Jikalau orang Cina akan rugi, Melayu hilang, India pula entah macam mana, siapakah yang akan untung? Adakah Pulau Pinang akan jadi pulau hutang? Ini jelas membuktikan ia merupakan satu helah politik.
Satu lagi persoalan yang harus kita fikirkan bersama adalah: adakah lantikan jawatan ketua kerajaan HANYA mempertimbangkan bangsar sahaja? Apa erti jika seorang Ketua Menteri Cina yang lemah, tidak berdaya memimpin kemajuan negeri? Apakah ertinya seorang pemimpin / Menteri Besar Melayu sekiranya golongan miskin terus ditindas seperti di Selangor Mahligai haram tersergam tinggi, rumah kampong dirobohkan tanpa pampasan? Apakah ertinya melantik Menteri India jikalau kontrak konsesi buta-tuli ditandatangani, hargo tol boleh naik bermaharajalela? Dalam suasana begini, siapakah yang akan untung dan siapa yang menjadi mangsa atas system politik perkauman?
Apakah faktor sebenar pemangkin mengancam perpaduan rakyat?
Memang saya tidak menafikan sepenuhnya perasaan kaum masing-masing masih wujud pada ketika ini. Akan tetapi, sejarah telah membuktikan kepada kita, tanpa hasutan orang politik daripada parti perkauman, pastinya rakyat akan hidup dengan lebih mesra, harmoni dan selesa.
Pada waktu tregedi seperti ‘sunami’ dan banjir minggu ini, semangat rakyat Malaysia memang tertera diatas wajah semua rakyat. Tidak-ada perbezaan kerana kamu Melayu patut dibanjirkan, kerana kamu Cina tidak berhak mendapat bantuan, kerana kamu India patut dibiarkan menderita.
Saya masih tertegas factor utama mengancam perpaduan negara pada hari adalah keweujudan parti politik berasaskan perkauman. Sebab-sebab utama mengancam perpaduan telah saya huraikan sedikit-sebanyak dalam karangan sebelum ini. Ia termasuklah orang politik parti perkauman ini:
a. Ingin menunjukan kejuaraan kaum masing-masing dengan mengapi-api perasaan penyokong untuk merais sokongan menang pilihanraya parti.
b. Sikap ‘selamba’ pemimpin parti perkauman mengeksploitasikan isu perkauman untuk keuntungan sendiri seperti jawatan dan kontrak / tender.
c. Tidak-ada pergaulan langsung dalam parti politik perkauman. Contohnya dalam parti Keadilan Rakyat, ia menyediakan satu platform untuk semua bangsar Malaysia duduk bersama dalam jawatankuasa Cawangan, Bahagian, Negeri @ Pusat untuk bertukar-tukar pendapat / pandangan tentang semua isu. Begitu juga dengan Parti Gerakan dan DAP, sunggupun taburan komposisi keahlian belum seimbang sepenuhnya, namun ia merupakan satu platform yang bagus untuk semua.
Adalah satu tanda tanya, sejauhmanakah kekerapan pergaulan pemimpin UMNO, MCA dan MIC disemua peringkat? Adakah ia hanya berlaku sebelum pilihanraya? Sekiranya kita ikhlas mementingkan masa depan dan perpaduan negara, kenapa kita sendiri seperti ibu ketam mengajar anak berjalan lurus? Ini kerana pemimpin kita sendiri juga berat tulang menunjukkan satu keteladanan yang baik untuk masyarakat awam dengan menerima mana-mana warga yang ingin menyertai keanggotaan parti mereke?
Dengan memetik contoh daripada karangan awal, pepecahan UMNO dan MCA umpamanya bukan kerana mereka hasil pendidikan daripada SRJK. Malahan pepecahan parti pemerintah lebih terdorong oleh kepentingan jawatan dan setetrusnya kepada kepentingan kewangan. Perpecahan UMNO 1988, 1998 serta yang terbaru di antara Perdana menteri dan mantan Perdana Menteri. Keuda-dua pihak yang bertentangan itu mempunyai ciri-ciri kebudayaan, sosial, bahasa ibunda, agama dan alairan pendidikan yang sama, namun pertelingkahan itu membawa impact besar terhadap negara. Adakah anda setuju dengan pendapat saya? Bagaimana pula pandangan anda? Adakah mereka yang terlibat tidak mempunyai ciri-ciri kebudayaan, sosial, bahasa ibunda, agama dan aliran pendidikan yang sama saya sebutkan di atas?
Apakah peranan pemimpin parti politik dalam soal ini?
Peranan pemimpin politik pada masa ini mesti bersikap terbuka untuk mengharamkan serta-merta semua parti politik berasakan perkauman. Sekiranya saya sudah diterima baik sebagai pemimpin negara oleh semua rakyat, saya tidak akan risau tentang masa depan demi berhadapan dengan rakyat segenap lapisan.
Sewajarnya pemimpin negara patut menonjolkan kebesaran, kebijaksanaan, keadilan, keikhlasan, ketulusan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Jauhi gejala maksiat seperti menindas orang miskin, melindungi orang kaya bermaharajalela, tidak berkecimpung dalam kanca korupsi demi mengumpul harta ribuan juta kepada ahli keluarga.
Akhirnya saya menutup karangan ini dengan empat ungkap berikut:
Sekiranya saya seorang Perdana Menteri,
Parti politik perkauman saya harami;
Teladan murni akan saya teladani,
Negara maju, rakyat bahagia akan Tuhan berkati.
Sila sampaikan komen anda!
No comments:
Post a Comment