Friday, December 08, 2006

Berapakah Keluarga Anda Menyumbang Kepada UMNO?

Tolong memperbetulkan saya sekiranya pengiraan dan andaian saya salah di sini kerana Ilmu Hisab saya pun lebih kurang sahaja.

Apabila menerangkan beberapa berita kepada anak saya, di antaranya yang bertajuk: Kerajaan Peruntukan RM600,000,000.00 (enam ratus juta ringgit) kepada 200 bahagian UMNO (setiap bahagian diperuntukan RM3,000,000.00 [tiga juta ringgit] atas nama pembangunan projek kecil). Sambil menguji kebolehan budak kecil dalam matematik, saya minta mereka mengira berapakah sumbangan setiap orang jika 600 juta ini dikongsi bersama oleh 25 juta warganegara?

Dalam tempoh masa yang singkat, mereka ambil kertas lalu menulis = RM600,000,000.00 / 25,000,000 orang = puratanya RM24.00 seorang. Apa yang memeranjatkan saya adalah, budak juga tahu sekiranya kami sekeluarga mempunyai 5 orang ahli, maka kita perlu menyumbang RM120.00 kepada UMNO tanpa persetujuan kita melalui janji kerajaan.

Lanjutan daripada itu, fikiran saya terimbas berapa pula sumbangan keluarga kawan-kawan saya? Tanpa mengira kaya-miskin, kampung-bandar, keturunan dan bangsa, agama, negeri, berparti politik mahupun tidak; semua kita diperwajibkan menanggung perbelanjaan ini kerana ia adalah sebahaigian besar wang kerajaan yang juga merupakan wang rakyat. Dalam kontek ini, lebih ramai ahli keluarga, maka lebih banyaklah sumbangannya. Ironinya, wang ini hanya disalurkan kepada pengurusan bahagian-bahagian UMNO sahaja.

Oleh itu, saya merasakan ia mungkin adalah satu kepincangan yang harus kita perhatikan kerana itu adalah wang bayaran cukai daripada kita semua.

Berhubung dengan tajuk yang sama, saya berkesempatan membaca berita berikut adalah 10 soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda DAP (ringkasan penterjemahan):

1. Kenapakah projek berjumlah RM600,000,000.00 itu hanya dihadkan kepada Bumiputra sahaja?

2. Kenapakah perunutukan ini tidak termasuk Sarawak, walaupun ia dilakukan atas nama Pembangunan Desa?

3. Kenapa projek berjumlah RM600 juta itu tidak ada tender terbuka?

4. Oleh kerana tidak ada tender terbuka, bagaimana kerajaan membuat peragihan?

5. Bagi 191 kawasan yang menerima RM3.0 juta, kenapa kerajaan tergesa-gesa mewajibkan wang ini mesti dihabiskan dalam tempoh 6 minggu?

6. Sekiranya jumlah RM600 juta dibahagikan kepada 3,000 projek kecil, bagaimana untuk membuat penilaian projek dalam tempoh sebulan sahaja?

7. Kenapakah perbelanjaan sejumlah RM600 juta tidak dibahaskan dan kelulusan Parlimen?

8. Bagaimanakah kerajaan boleh memastikan wang besar ini tidak ada penyelewengan?

9. Sebenarnya parti politik dan kerajaan adalah dua entiti yang berlainan, sekiranya President parti boleh membuat peruntukan, ini bermakna UMNO sudah mengatasi parlimen dan Kabinet?

10. Kerajaan menghadkan kontraktor mula kerja dalam tempoh 3 hari selapas perlantikan, pembayaran akan dilakukan Jan'07; bilakah kerajaan akan membentangkan laporan perbelanjaan sebenar wang ini?

Itulah 10 soalan yang dilontarkan oleh Pemuda DAP, adakah anda bersependapat dengannya? Kenapa setuju? Kenapa tidak?

No comments: