Thursday, December 07, 2006

VirusBuster (Spyware) dan Janji Kosong Pemimpin Politik
Dua-tiga hari yang lalu, saya runsing dengan komputer yang diserang oleh Spyware yang bernama VirusBuster. Sebenarnya VirusBuster (kefahaman saya sebagai seorang pengguna komputer, bukan kapar software) adalah satu tipu helah yang tidak etika.

Untuk kongsi bersama pengalaman yang agak rumit ini, VirusBuster bukan sejenis Virus Komputer biasa, oleh kerana itu, ia tidak boleh dibersihkan melalui Anti-Virus yang sedia ada seperti Norton Anti Virus, Spyware scanner - AdAware atau pun Spybot.

Hakikatnya VirusBuster ini merupakan satu program kecil yang akan tidak terhenti-henti keluarkan pesanan bahawasahnya komputer anda telah diserang oleh Virus dan Spyware. Anda dinasihatkan klik sini untuk membersihkannya. Setiap kali anda klik pesanan tersebut, ia akan disambungkan kepada laman web VirusBuster minta anda membeli softwarenya.

Daripada sini jelas, di mana VirusBuster ini 'Lempar Batu Sembunyi Tangan' seperti orang yang memainkan politik perkauman / agama. Di mana pesanan TIPU itu dimasukkan dalam komputer, lalu menipu anda membeli software beliau untuk membersihkan program komputer.

Saya telah memcuba bermacam-macam cara, kaedah, methodologi, tanya kawan ini-itu, berbagai-bagai percubaan dilakukan, dukacitanya tidak berkesan. Sehinggalah salah seorang bekas rakan sejawat saya kongsi pengalaman beliau yang lalu, akhirnya saya dapat menawan VirusBuster ini setelah bertungkus-lumus berjam-jam lamanya.

Apabila saya membaca suratkhabar hari ini, ia melaporkan Presiden Parti Gerakan Dato' Seri Lim KY telah menyatakan bahawa perhubungan antara kaum kini amat runcing. Ia sudah jauh merosot kalau dibandingkan pada masa dahulu. Beliau juga memetik topik perbahasan mesyuarat UMNO baru-baru ini telah menunjukkan berbangkitkan perkauman itu mulai menular sekarang.

Lantaran daripada situ, terimbas dalam fikiran saya menghubung-kaitkan dengan strategi VirusBuster ini. Pada pemerhatian saya jika benar, perhubungan antara rakyat sebenarnya tidak ada masalah selagi 'tidak ada hasutan daripada orang-orang politik yang ingin naik pangkat mengeksplotasikan isu-isu perkauman sambil menonjolkan diri sebagai wira bangsa'.

Memang adalah tidak salah setiap orang sayangkan bahsa, budaya dan agama masing-masing yang sudah menjadi pusaka sekian lama. Contohnya, adalah tidak salah bagi orang Melayu di Selatan Thailand, Combodia mahupun Afrika Selatan menuntut untuk memelihara budaya, bahasa dan agama mereka tanpa dicengkam oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan.

Perkara yang serupa juga, orang Iban menuntut agar mereka diberikan bantuan agar kebudayaan, bahasa dan agama mempunyai satu kesinambungan yang berterusan. Dengan prinsip yang sama, saya boleh menyatakan menuntut mendapat pendidikan bahasa ibunda, budaya dan agama adalah tidak bercanggah selagi ia tidak mengganggu orang-orang lain yang berpendirian berbeza.

Perpatah Melayu kata 'lempar batu sembunyai tangan', perpatah Mandarin pula kata: 'pencuri menjerik tangkap pencuri' membawa makna tersirat yang serupa. Daripada sini jelas saya nampakkan VirusBuster menggunakan tektik ini dengan menyatakan komputer anda diserang, segeralah membeli software saya untuk menahanya. Padahal ia adalah satu penipuan seperti sesetengah pihak orang politik tempatan.

Berkisar dengan perhubungan rakyat (saya tidak setuju langsung katakan perhubungan kaum, kerana mereka dari kaum / keturunan yang sama, kelulusan aliran sekolah yang sama, berkebudayaan yang sama, bertutur bahasa ibunda yang sama pun berkelahi / berpuak-puak / berkabilah-kabilah / parti-parti) sebenarnya adalah akibat kesan daripada hasutan orang yang berkepentingan.

Yang dimaksubkan kepentingan di sini termasuklah:

a. Kepentingan kewangan. Demi wang, ada pemimpin sanggup melakukan apa sahaja untuk mengumpul kekayaan sendiri. Semalam, Tuanku Sultan Selangor telah bertitah Baginda tidak ingin melihat orang pentadbiran sendiri melanggar undang-undang amat jelas menyokong kenyataan saya.

b. Kepentingan untuk dapat pangkat yang tinggi dalam parti. Ia didokong kerana selepas menguasai jawatan tinggi dalam parti, seterusnya mereka akan dapat kuasa yang besar untuk mengaut keuntungan yang besar hinga ratusan juta ringgit. Ahli-ahli keluarga memonopoli banyak jawatan dalam kerajaan, kontrak kerajaan dan sebagainya.

Rumusan di sini adalah sekiranya kita benar-benar serius tentang perhubungan / perpaduan rakyat, kenapa kita yang melaung-laungkan perkara ini TIDAK SANGGUP untuk membuat satu teladan yang baik membubarkan dan mengharamkan semua parti-parti politik yang ber asaskan perkauman, tanpa mengira Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya?

Menerusi pergaulan dalam parti berbagai kaum pasti akan boleh meningkatkan kemesraan rakyat. Ada pihak selalu menyalahkan aliran sekolah rendah sebagai punca menggugat perpaduan, seperti saya sebut di atas mereka yang berasakan semuanya sama juga berpecah.

Jikalaulah tunduhan mereka benar, kenapa mereka enggan haramkan parti politik perkauman agar pergaulan yang berterusan dapat diteruskan selepas tamat pengajian?

Adakah anda setuju? Kalau pun tidak, mai bincang bersama-sama agar kita cuba mencari satu rumusan yang lebih baik untuk semua!!!

Balik kepada soal isu VirusBuster, sekiranya anda menghadapa masalah yang sama, sila layari laman web di bawah, muat turun software ini untuk pembersihan yang telin. Adakah cadangan mengharamkan parti politik perkauman ini berkemujaraban yang sama seperti software ini???

No comments: