Kenapa Tidak Siapkan Projek Terbengkalai Dulu Sebelum Robohan Sana-sini?
Beberapa minggu yang lalu, banyak berita tentang perselisihan antara orang-orang kampung dengan kerajaan cuba mempertahankan rumah / kampung / surau / tokong mereka.
Memang tidak dinafikan bahawa pembangunan itu memerlukan tanah untuk binaan. Daripada pemandangan saya sendiri, merata-rata tempat masih ternampak projek-projek terbengkalai, pembeli rumah tanggung bebas pinjaman tapi rumah tidak siap dan sebagainya. Baik di tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, termasuk sebelah Kampung Berembang adanya projek perumahan terbengkalai.
Barangkali saya kurang cekap dalam pentadbiran kerajaan (oleh itu saya tidak layak jadi pemimpin politik), apabila dalam kesesakan lalulintas tadi, saya terfikir:
a. Kenapakah kita tidak berhasrat untuk menyiapkan projek yang membelenggu sekian banyak rakyat yang berpendapatan rendah?
b. Mereka memanjangkan leher tertanya-tanya bilakah rumah mereka akan siap?
c. Kemana mereka boleh mengadu? Siapakah yang sanggup mendengar aduan mereka?
d. Siapakah yang mampu menolong mengheret pemaju yang tidak bertanggungjawab ke muka keadilan?
e. Apakah kesalahan / kesilapan pembeli rumah terbengkalai ditimba nasib yang tidak pernah dibela?
Nampkanya (mungkin ada alasan-alasan tertentu yang saya tidak tahu) kerajaan hanya sibuk membantu pemaju merobohkan rumah di sana-sini. Oleh kerana aturan yang merugikan orang kampung, maka berlakulah perselisihan kerana orang kampung juga berhak untuk mempertahankan harta-benda mereka.
Anda tahukah kenapa menjadi begini?
No comments:
Post a Comment