Wednesday, December 19, 2007

Kemalauan BN lepas 50 Tahun Merdeka
Sumber: http://www.merdekareview.com/news.php?n=5598

Laporan hari mendedahkan bahawa masih terdapat banyak Sekolah Rendah Tamil yang tidak ada tandas. Murid-murid sekolah "membuat lepasan" dalam semak lalang atau belakang pokok sahaja.

Kita membelanjakan ratusan juta untuk projek mewah, tetapi pelajar yang digelar "bakal tunjang negara" diseksa sedemikian.

Ini satu keadilan sosial? Baik dari segi kemanusian? Dari segi etika? Dari segi keagamaan? Mudah-mudahan "Si Telinga Besar" ikhlas dan sanggup menerima tangisan rakyat yang miskin masih hidup melarat dalam negara maju!!!

Tuesday, December 18, 2007

Penyakit Zalim Berjangkit

Biasanya seseorang itu akan melakukan apa jua tingkah-laku demi memanjangkan riwayat politik yang amat diidami. Oleh itu, lumrahnya pemimpin yang mahazalim akan menyelamba enggan belajar daripada pengalaman sejarah. Kecuali negara yang benar-benar maju baru boleh menampakkan 2 orang bekas President dipenjarakan kerana melakukan kezaliman dalam waktu pemerintahan.

Selain daripada negara Pengerusi OIC dikritik hebat oleh antarabangsa kerana mengarahkan tahanan tanpa bicara; sikap IKUT SUKA AKU juga berlaku di Pakistan, Afghanistan, Burma dan beberapa negara lain.

Hari ini, penyakit ini telah berjangkit ke negara Cambodia di mana golongan Sami yang tidak ada kepentingan politik juga ditahan. sikap Ikut Suka Aku kerajaan Cambodia, seperti boleh lihat dalam gambarajah di bawah telah membelasah Sami yang hanya bersenjatakan Baju Kuning.




Beginilah kerajaan sekarang, adakah dunia ini lebih maju? Pemimpin benar-benar berhati-perut? Kenapakah mereka tidak takut dimasukkan dalam NERAKA JIKA MEREKA IKHLAS BERKEPERCAYAAN MANA-MANA AGAMA?

Monday, December 17, 2007

Ganggu Penyanyi NEGARAKU - Jenayah

Lagu Kebangsaan mana-mana negara membayangkan kedaulatan, kewibawaan dan keutuhan sesebuah negara. Ia termasuk Malaysia, lagu NEGARAKU adalah sebuah lagu kebangsaan yang WAJIB DIHORMATI oleh semua rakyat, khasnya keanggotaan kerajaan.

Isu lagu kebangsaan telah menjadi bula-mulut yang amat panas apabila majoriti anggota Kabinet mengutuk Wee Meng Chee yang berada di Taiwan dikatakan sebagai penderhaka negara, hingga ada cadangan untuk MERAMPAS kewarganegaraannya. Di antara berita yang berkaitan termasuklah: http://www.kpmu.net/modules.php?name=News&file=print&sid=584 dan http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=4722.

Oleh itu, saya dapat membayangkan ia juga merupakan satu kesalahan jenayah kepada sesiapa yang mengganggu penyanyi lagu Negaraku. Ia jelas termaktub dalam Perkara 8 Akta Lagu Kebangsaan sepertimana yang di laporan di bawah.

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0820&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_07.htm&arc=hive.

Jangan mudah memaafkan - Pendapat
AKTA Lagu Kebangsaan 1968 (Akta 390) telah diluluskan sejak tahun 1968 oleh Parlimen Malaysia dan melalui proses semakan pada tahun 1989. Akta ini diwujudkan bagi menjaga kredibiliti, prestij, kewibawaan dan maruah lagu Negaraku yang merupakan satu-satunya lagu kebangsaan negara.

Lagu Negaraku yang dikatakan berasal dari lagu Terang Bulan iaitu lagu rasmi negeri Perak, mula dinyanyikan sejak tahun 1901 lagi ketika pertabalan Raja Edward VII di England, adalah manifestasi inspirasi lambang atau simbol perpaduan dan penyatuan masyarakat plural di negara kita. Tindakan menghina, mempersenda, mengeji, mencemar, mencampur-aduk, mengubah rentak atau lirik dan sebagainya secara sedar ataupun tidak dalam apa jua keadaan adalah dilarang dan pelaku kesalahan tersebut boleh ditangkap serta didakwa di mahkamah untuk diadili sewajarnya.

Sejak kewujudan akta berkenaan, kita jarang mendengar insiden-insiden menghina dan mempersenda lagu kebangsaan sehinggalah pendedahan kes melibatkan seorang warganegara Malaysia sendiri iaitu Wee Meng Chee. Beliau yang merupakan pelajar di sebuah universiti luar negara tanpa segan-silu dan rasa bersalah bertindak melakukan perkara terkutuk sedemikian.

Beliau yang turut dikenali sebagai Namewee telah mencipta satu klip video yang memperlekehkan lagu kebangsaan dengan memberi nafas baru Negarakuku di laman web YouTube. Lagu berkenaan telah secara jelas menghina kerajaan Malaysia, orang Melayu, pasukan polis, agama Islam dan sebagainya. Impaknya lagu tersebut telah ditonton oleh hampir 500,000 pengunjung laman Internet di seluruh dunia.

Walaupun beliau dikatakan telah insaf dan memohon maaf secara terbuka kepada negara, namun ia tetap kesalahan dan undang-undang yang ada perlu dilaksanakan sebagai pengajaran kepada semua rakyat Malaysia. Kesalahan beliau adalah serius dan tidak boleh dimaafkan di sisi undang-undang negara.

Mencintai

Menurut Seksyen 8 (1) Akta Lagu Kebangsaan 1968, rakyat Malaysia hendaklah menunjukkan rasa hormat, sayang dan mencintai lagu kebangsaan dan dikehendaki berdiri apabila lagu Negaraku dinyanyikan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Seksyen 8 (2) pula menegaskan bentuk hukuman kepada sesiapa yang ingkar dan tidak menunjukkan rasa hormat kepada lagu Negaraku, di mana seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM100 atau penjara tidak melebihi satu (1) bulan sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah. Lebih menarik lagi Seksyen 9 akta berkenaan memberi kuasa penuh kepada polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 akta berkenaan tanpa sebarang waran.

Walaupun bentuk hukuman dan denda di bawah akta tersebut amat ringan dan tidak menjadi masalah kepada pelaku kesalahan untuk melunaskannya, namun ini bukan lesen besar untuk seseorang itu bertindak menghina dan mempersendakan lagu kebangsaan negara kita. Mungkin akta tersebut perlu dipinda sewajarnya agar bentuk hukuman dan denda yang lebih berat dan menakutkan dikenakan sebagai alternatif menghalang tindakan menghina lagu Negaraku berleluasa dan dipandang mudah oleh sesetengah orang.

Tambahan pula negara sedang berdepan dengan kecanggihan global ICT dan serangan Internet yang membolehkan sesiapa sahaja tanpa halangan merosak, mencemar, menjejaskan imej dan integriti lagu kebangsaan negara kita di mana-mana saja dan pada bila-bila masa.

Oleh itu, semangat cinta, sayang dan hormat kepada lagu kebangsaan adalah penting umpama kasih dan mempertahankan negara. Ini perlu dipupuk sejak kecil agar kita tidak melahirkan seorang lagi Meng Chee di negara kita.

– Mohamad Sofee Razak.


Sepertimana saya nyatakan dalam karangan sebelum ini, mungkin ada pemimpin dan wakil rakyat yang masih kurang fasih dengannya, berikut adalah lirik penuh:

NEGARAKU (LIRIK)
NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA

Kepada semua warganegara harus sentiasa sedar dan ingat, bahawa menggangu penyanyai lagu buka sahaja tidak hormat kepada negara; malahan ia sepatutnya lebih berat daripada peruntuk Perkara 8(1) yang disebutkan di atas.

Dengan itu, janganlah cuba mencabar undang-undang untuk menegakkan badan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa, sebagai penghormatan kepada negara yang dicintai kita bernama Malaysia.
Bandingan PAS dan UMNO



Sejak kecil, saya dididik bahawa PAS adalah:

1. Kumpulan yang fanatik.
2. Golongan anti-agama lain.
3. Tidak boleh didampingi & sukar berunding.
4. Komuniti yang menggerunkan dengan pakaiannya.

Sebaliknya, kumpulan lain selalu dilaung-laungkan sebagai:

1. Kumpulan liberal, tidak fanatik dan bertolak ansur.
2. Sikap terbuka.
3. Kesederhanaan dalam budaya, bahasa dan agama.
4. Komuniti yang bersikap peramah, terbuka dan sebagainya.



Tadi, ketika melayari laman web: http://www.malaysiatoday.com/ ternampak sekeping gambar yang membawa seribu cerita akan perbandingan sikap dan budaya pentadbiran dua buah kerajaan negeri. Ia itu antara Kelantan (PAS) dan Sabah (Barisan Nasional).

Sunday, December 16, 2007

Borak-Borak Seperti Amin Black

Perkataan Borak-borak adalah korum khas En Amin Black di Malaysiakini.



Ini hanya borak-borak umum, kecuali mereka yang makan cili rasa pedas.

Hari ini saya cuba membawa cerita Mahkamah. Dalam sejarah China selama 5,000 tahun; ia mempunyai satu perpatah yang bererti: "Mahkamah Itu Adil".

Memang, dalam zaman yang moden ini, khasnya mana-mana kerajaan yang menggelar diri sebagai teladan negara-negara lain pasti tidak akan mengabaikan keadilan mahkamah.

Namun sedemikian, dengan cara borak-borak saya ingin membincangkan ayat ini sedikit lebih mendalam.

Iaitu, jika kamu teliti dengan halus phasafa ini hanya kata "Mahkamah"; ia tidak menjamin "Hakim itu adil". Dalam kontek ini, sudah pasti Bangunan Mahkamah itu adil.

Contohnya, jika bangunan mahkamah itu runtuh umpamanya, ia akan menimbus semua orang di dalamnya tanpa mengira latar belakangnya. Begitu juga, jika mahkamah itu bocor banjir, ia juga akan melemaskan semua yang di dalamnya tanpa mengira status dan pangkat.

Akan tetapi, benda selain daripada bangunan mahkamah itu berada di laur jaminannya.

Kepada sesiapa yang berminat boleh mencari satu VCD dari China bertajuk: "Chew Chi Tar Kuan Shi". Ia bermaksud "Cik Chew Chi Lawan Dalam Mahkamah".

Cerita ini menonjolkan seorang wanita kampung miskin di China telah ditindas, dianiayai dan dihina oleh orang yang berkuasa dan kaya. Oleh itu, beliau mengambil tindakan mahkamah menuntut hak asasinya.

Akibatnya, semua penghakiman hakim sudah dipengaruhi atau dibeli oleh orang berkuasa dan kaya. Maka, beliau bukan sahaja kalah dalam semua pembicaraan, walaupun mempunyai asas dan bukti yang kukuh dan sahih.

Rayuan demi rayuan, menjelajahi seluruh negara mengemiskan bantuan pegawai tinggi, orang besar, orang berkuasa, perjuang bangsa serta pembela rakyat; nasibnya tidak berubah kerana tidak mampu berlawan dengan yang kaya dan berkuasa, Cik Chew Chi muflis akhirnya.

Kesan daripada itu, dia menghina menjadi manusia dan hidupnya turut melarat, dihina dan didiskriminasi ooleh orang kaya.

Pengajarannya, mungkin hanyalah Mahkamah Tuhan boleh Cik Chew Chi menegakkan keadilan dan kebenaran. Selain daripada itu juga hanya Mahkamah Tuhan sahaja berani hukum penjahat-penjahat yang bermaharajalela, tidak berperi-kemanusiaan ke dalam NERAKA (kerana hakim tunduk dengan kuasa besar, tidak berani menjatuhkan penjara atas pendosa-pendosa).

Inilah hakikat dunia sekarang. Apa yang wajar kita menyumbang untuk sebuah masyarakat yang lebih adil dan saksama?

Saturday, December 15, 2007

Buktikan Kesetiaan Anda

Dua minggu lalu telah panjang lebah saya bincangkan kelayakan minima untuk menjadi calon pilihanraya / wakil rakyat tanpa mengira parti. Yang asas termasuklah kefasilan seseorang calon itu nyanyikan lagu Negaraku dan lagu parti masing-masing.

Jika seseorang itu tidak mampu berbuat demikian, dia patut menarik diri daripada barisan pencalonan.

Kebetulan pula, pada selasa yang lalu ketika pihak berkuasa melakukan tangkapan berleluasa ke atas pelawat Parlimen dalam premis Parlimen tanpa sebarang sebab, alasan ataupun perintah mahkamah.




Yang menarik perhatian, terdapat seorang pelawat Parlimen sambil menjunjung Perlembagaan Persekutuan, melafazkan kestiaannya ke atas Perlembagaan lalu menyanyikan lagu NEGARAKU. Pada waktu itu, rakaman video jelas menunjukkan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat & YB Bukit Bintang yang kebetulan berada di sisinya menegakkan badan sebagai penghormatan terasas kepada lagu kebangsaan; manakala ada pegawai lain yang nampaknya kurang serius berbanding dengan tindakan Ketua Pembangkang.

Lantaran itu, tindakan En Wong menyanyikan lagu Negaraku di tapak letak kereta juga merupakan salah satu bukti kesetiaannya kepada negara dan menjunjung keluhuran Perlembagaan. Reujuk kepada rakaman sensasi penuh melucukan: http://uk.youtube.com/watch?v=VD6d8OIyy6I.

Namun sedemikian, seorang kawan telah mencadangkan, sewajar semangat cinta negara patut diteladani sambil memperkemaskinikan tindakan saat terakhir sebelum menghadapi cabaran ketidak-tentuan.

Adalah dicadangkan kita boleh berbuat sedemikian:

Sambil menjunjungkan Perlembagaan Persekutuan, bolehlah kita melafazkan ayat ikhtiar (contoh sahaja) seperti berikut:



Kepada Tuhan yang patik menjunjung tinggi, hari ini hamba Mu berada di xxxxx, dengan ikhlas ingin memohon kurniaan Mu sebelum hamba menghadapi satu cabaran yang tidak menentu.

Tuhan, mohon jagalah dan lindungi ahli-ahli keluarga hamba bebas daripada sebarang ancaman, kesakitan, penyakit, fitnah dan tohmahan yang tidak berasas. Patik sudi dan sedia untuk menempur sebarang cabaran hidup yang bakal patik harungi demi keluarga, keadilan masyarakat dan kesejahteraan negara.

Tuhan, sebelum patik menjejakkan kaki untuk langkah yang seterusnya, patik ingin mohon Tuhan yang maha besar, tolonglah insafkan mereka yang masih belum sedar melakukan tindakan atau kerja yang bercanggah dengan ajaran Mu. Semoga dengan keinsafan bakal Tuhan berikan kepada mereka, mereka akan berhenti lakukan sebarang kerja-kerja yang menentang dengan ajaran Mu, kejahatan, kezaliman, kedustaan, kecurangan, penyelewengan dan pembohongan. Barangkali ada di antara mereka, ada orang yang masih belum insaf, ada orang pula dipaksa melakukan dosa-dosa ini selepas menerima arahan atasan.

Oleh itu, patik mohon Tuhan janganlah terus menghukum mereka, sebaliknya, berikanlah mereka satu kali peluang lagi untuk keinsafan, meninggalkan kejahilan mereka serta-merta dan pulang ke pangkuan jalan kebenaran dan keadilan.


Tuhan, patik mohon hukuman yang sejajar hanya akan dikenakan ke atas anasir-anasir perancang ataupun orang yang melakukan kerja-kerja kejahatan dan dosa ini; jika mereka masih terus berkeras kepala, maka patik mohon Tuhan peruntukanlah satu ruang yang sepatutnya di NERAKA untuk mereka.

Tuhan, demi kesejahteraan masyarakat dan negara, seandainya mereka yang berniat jahat untuk terus mencabar kuasa Mu, demi kepentingan diri, demi kuasa untuk menindas golongan miskin dan daif; maka jika selepas dibicarakan dengan bukti-bukti yang sahih; dan disabitkan kesalahan, barulah memperuntukan ruang NERAKA untuk orang-orang yang bersubahat melakukan dosa-dosa yang tidak boleh dimaafkan.

Tuhan, dengan itu ia akan memberikan satu pengajaran besar kepada penjahat-penjahat lain, agar meninggalkan diri daripada terlibat dalam kanca-kanca kejahatan dan penindasan manusia yang tidak berdosa. Dengan itu, barulah negara dan masyarakat akan aman dan makmur.

Tuhan, patik hari ini menyampaikan permintaan ini kepada Mu adalah berasaskan percintaan saya kepada negara patik yang bernama Malaysia. RUKUNEGARA yang menjadi asas pentadbiran negara telah patik hafaz melebihi 30 tahun lamanya, di mana ayat pertamanya menggalakkan patik menjunjung Mu. Rukunegara patik berbunyi:

Kepercayaan Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang,
Kesopanan dan Kesusilaan.

Tuhan, akhirnya izinkanlah patik menunjukkan semangat patik, patik mohon izin Tuhan bagi patik nyanyikan lagu Kebangsaan negara patik yang bernama Negaraku.

Tuhan, semoga pemohonan patik diperkenankan.

Jika keadaan amat terdesak tidak mengizinkan menjunjung Perlembagaan Persekutuan pun; maka sekurang-kurangnya wajib nyanyikan lagu Negaraku, sebagai tanda ikhtiar kita lahir di sini, besar di sini dan kubur pun tetap akan di Malaysia.

Apa pula pendapat anda?
Apa Perbezaan Makna Perkataan Ini?

Merdeka dan Me-reka (mencipta)

Demokrasi dan Demo-kasi

By Election dan Buy Election

Friday, December 14, 2007

Himpunan 16/12/07 Puchong Boleh Jadi?

Menurut aduan penduduk 4 taman sekitar Puchong Saujana telah menyuarakan bantahan terhadap rancangan kerajaan negeri Selangor untuk menjadikan tanah bersebelahan dengan rumah kediamannya menjadi tapak kubur awam.

Kelulusan perancangan ini tidak berbincang mahupun dimaklumkan dengan persatuan penduduk setempat. Dengan cara mendadak, pengumuman dilakukan oleh pihak BERKUASA.

Lantaran itu, persatuan penduduk berganding-bahu tidak mengira susah dan mengalirkan peluh merayu kepada semua jabatan kerajaan, pemimpin tertinggi negeri, tempatan dan wakil rakyat yang pernah BERSUMPAH akan berkhidmat untuk rakyat pada pilihanraya 2004.

Memorandum demi memorandum secara aman, surat rayuan MENGEMISKAN bantuan yang dihantar oleh persatuan penduduk kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Kecuali wakil daripada Sg Pinang dan Sekinchan, kesemuanya bagaikan BATU JATUH DALAM LUBUK ataupun MENOLAK HANTARAN POS BERDAFTAR.

memang saya tidak mempunyai kepentingan dalam soal ini, namum sebagai seorang rakyat yang prihatin sentiasa pegang kepada Prinsip RUKUNEGARA merasakan ia merupakan satu KEAIBAN atau KEMALUAN kerana sikap wakil rakyat yang angkuh, sombong serta bagaikan MAHAGURU SELAMBA BUTA, BISU DAN PEKAK terhadap rintihan rakyat.

Keputusan Mahkamah Tinggi semalam dalam pembicaraan Kes Kg Berembang telah membuktikan penyeksaan ke atas golongan miskin tanpa mengira Melayu, Cina @ India sama sekali. Akibat daripada sikap salahguna kuasa dan KETIDAK-PERDULIAN WAKIL RAKYAT, telah mengakibatkan ratusan warga tempatan asli terus terseksa dalam khemah berkualiti 'KEM PERLARIAN' di Kg Berembang.

Biar balik dalam soal Puchong Saujana, ahli Perlimen Puchong PERNAH berjanji untuk berdiri teguh bersama rakyat untuk memperbetulkan keitdak-sempurnaan yang telah dan sedang berlaku. Sudah 2 tahun berlalu, janji masih tetap menjadi janji.



Ekoran itu, difahamkan persatuan penduduk berhasrat untuk menghantar sekali lagi memorandum ketidak-puasan ke atas JANJI KOSONG WAKIL RAKYAT pada 16/12/07 ahad akan datang.

Yang merunsingkan penduduk ialah masalah kebenar berhimpun telah menular di mana mereka telah berkali-kali dinasihatkan untuk TIDAK berbuat demikian atas sebab-sebab yang membudak-budakkan pengundi. Oleh itu, biar kita bersama-sama menjadi penyaksi sejarah, sejauhmanakah DEMOKRASI MALAYSIA dimana WAKIL RAKYAT SUDI BERJUMPA WAKIL RAKYAT CARA BERKUMPULAN AMAN?



Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab saya, anda dan kawan-kawan semua untuk menilai sistem dan keikhlasan mana-mana parti yang bakal bertanding dalam pilihanraya yang akan datang. Beritahulah seramai yang mungkin pandangan anda. Berbincanganlah dengan ikhlas mana-mana calon yang patut rakyat memberikan mandat baru.



Keputsan dalam tangan anda. Pilihan anda juga akan menentukan keselahteraan anak-cucu serta zuriat anda sendiri juga.

Untuk malumat lanjut, sile rujuk kepada:

1. http://sct-saujanapuchong.blogspot.com/.

2. http://endura.multiply.com/photos/album/100/SCT_protest_12_August_2007.

Thursday, December 13, 2007

Persepsi Seorang Kampung Telin

Saya berasal daripada kampung yang agal terpencil. Saya juga pernah melalui zaman tidak berkasut, berpelitakan 'Lampu Minyak Tanah', menoreh getah sebelum subuh serta mengangkut air minum daripada pili air apabila musim kemarau selepas telaga kering.



Sebagai salah seorang budak kampung telin yang handal memanjat pokok, tangkap ikan, buat dan main layang-layang, buat gasing dan sebagainya. Tidak kurang juga sentiasa bermainan lari 'Polis Tangkap Pencuri'.

Dengan spontan, kami semua memberikan penghormatan yang tinggi kepada polis kerana imejnya sentiasa tegakkan keadilan dan hanya menangkap orang jahat. Tidak kurang juga ketakutan kami apabila disebut-sebut untuk di bawa ke mahkamah jika kami berbuat jahat atau nakal.

Nescaya, ramai daripada kita masih berpengalamankan zaman sedemikian. Setelah dewasa, oleh desakan rezeki terpaksa 'berhijrah' ke kawasan bandar untuk mencari sesuap nasi isi kelaparan perut sebagai buruh biasa. Akan tetapi, persepsi dan sanjungan terhadapa polis dan mahkamah (hakim) tidak pernah pudah.

Sehinggalah sebelum ini saya TERBACA 2 laporan berita yang amat memberangsangkan saya.

Pertama, ketegasan disiplin pasukan polis masih memang ketat, di mana tahun lalu ada 2 orang pegawai tinggi telah diturunkan pangkat @ dipecat kerana berkahwinkan isteri ke-2 di luar negeri tanpa laporan kepada pasukan. Memang ini satu peraturan yang perlu diperlihara kerana anggota polis yang diamanahkan memelihara keamanan negara WAJIB sentiasa menghindari sebarang muslihat atau perangkap kumpulan tertentu melalui PERKAHIWINAN.



Kedua, telah dilaporkan ada individu yang pernah berkahwin sulit di luar negara; sambil bersumpah untuk merahsiahkan perkahwinan mereka dengan membakar sijil pendaftaran perkahwinannya. Semoga dengan itu, rasiah perkahwinan ini tidak akan terbongkar.

Perpatah berkata: (1) bau bacang tidak boleh dibungkus; (2) bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru; (3) manusia merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Akhirnya, tentuan Tuhan telah membantutkan rancangan mereka walaupun Sijil Perkahwinan sudah DIBAKAR.

Hari ini, orang yang dikatakan berbuat demikian telah dilantik sebagai orang ke-2 TERTINGGI DALAM SISTEM KEHAKIMAN.



Saya yang agak kurang dari segi pendidikan dan ilmu, telah saya simpulkan di sini: JADI POLIS ADALAH LEBIH SUSAH DARIPADA HAKIM BESAR. Kasihan kawan-kawan saya dalam pasukan polis kerana banyak berkorban untuk negara termasuklah kebebasan berkahwin.

Sungguhpun demikian, kerunsingan saya ini masih belum menggugat penghormatan saya kepada kewibawaan mahkamah dan hakim yang sudah terpahat dalam otak saya selama 40 tahun. Janganlah ada pihak yang tuduh dan dakwa saya menghina sesiapa ataupun mahkamah. Sebagai seorang buruh kasar, saya tidak mampu dan berani mencabar sesiapa; hanya kadar meluahkan fikiran saya semata-mata.

Sunday, December 09, 2007

"Pengganas Tulin" Memang Menggerunkan

Makna "Pengganas" mungkin samar-samar dalam fikiran orang ramai. Apakah tafsiran sebenar perkataan ini?

Umumnya, media cetak selalu memberikan gambaran pengganas sebagai mana-mana individu atau kumpulan manusia yang sentiasa bertindak ganas. Namun tafsiran "ganas" pula mempunyai garis panduan yang berbeza-beza antara negara berlainan.

Lumrahnya, yang selalu disebut sebagai pengganas termasuklah: kumpulan Taliban sebagai pengganas agama menggunakan cara peperangan. Taliban juga telah mengebom warisan pusaka dunia dalam kawasan Afganhanistan yang berpatung Buddha (gambar di bawah).



Bagi tafsiran Thailand pula, pemisah kumpulan di Selatan Thailand sebagai pengganas kerana sentiasa melakukan pengeboman harta awam.

Di Filipina pula, kumpulan "Abu Sayya" dikatakan sebagai pengganas.

Gambar di bawah pula menggambarkan keganasan penggnasa seperti Taliban (harimau) membaham manusia bila-bila masa.


Sebenarnya, dalam phasafar China memang tersebut bahawa: Kezaliman adalah lebih merbahaya daripada harimau.

Berita berikut pula melaporkan warganegara Malaysia didakwa membantu mengangkut senjata bagi pihak pengganas di Filipina. Lantaran itu, orang itu dikenakan dakwaan.



Selain daripada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan telah ancaman dibunuh kerana menjalankan tugasannya sebagai Ketua Polis Daerah. Adakah ancaman ini juga tergolong dalam ketegori pengganasa?



Di sini, saya bukan untuk mendebat siapakah pengganas antarabangsa; tetapi untuk mencari satu takrifan 'pengganas' yang lebih nyata dan asas bukti-bukti minima untuk menyokong tuduhan ini.

Saya bukan untuk membela sesiapa, termasuklah al-Ma'unah, JI, KMM mahupun Hindraf.




Kebetulan, baru-baru ini Hindraf telah diklasifikasikan sebagai pengganas. Maka, beberapa orang pemimpinya di kenakan tindakan tahanan tanpa bicara.

Memang tidak dapat tidak semua orang setuju pengganas itu memang mengerunkan. Ia akan mengancan keselamatan masyarakat, negara dan ahli-ahli keluarga kita semua.

Dalam pada itu, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, demi untuk mengelakkan prasangka; apakah fakta sokongan minima kerajaan wajar salurkan kepada orang awam agar kita bersama-sama kita berwaspada.

Yang pasti, pendedahan fakta sokongan kerajaan akan lebih menyakinkan sokongan masyarakat awam atau tindakan tahanan tanpa bicara. Sebaliknya, pendakwaan dalam mahkamah terbuka demi untuk berikan peluang membela diri wajar menjadi pilihan pertama.

Kesimpulan: apakah takrifan pengganas ala Malaysia? Apakah fakta minima yang diperlukan untuk klsifikasi ini?

Saturday, December 08, 2007

Berapa Calon PKR Yang Siap Sedia?

Memang menjadi impian pembangkang untuk berdepan dengan BN dengan rumusan 1 lawan 1 pada pilihanraya ke-12 yang dijangkakan tiba dalam beberapa bulan akan datang.

Namun kita perlu menerima hakikat sambil bertanya diri: sejauhmanakah kenyataan dan impian ini benar-benar menggugat kedudukan BN? Ia hanya terhenti pada tahap ucapan? Boleh menambah beberapa kerusi di Parlimen dan DUN sahaja? Boleh pecahkan kawalan 2/3 majoriti? Boleh menggantikan pemerintah yang sedia ada?


Tepuk dada tanya selera parti masing-masing, khasnya pembangkang sejauhmanakah persediaan parti dan bakal-bakal calon-calon menyahut pilihanraya ke-12?

Sekiranya benar jangkaan pemimpin politik bahawa pilihanraya ke-12 akan tiba dalam tempoh 3 bulan, maka kajian persedian yang paling asas seperti:

A. Adakah manifesto pembangkang menjelaskan APAKAH PEMBAHARUAN yang akan diketengahkan jika mereka diberikan mandat baru?

Ini amat penting kerana setakat hari ini, rakyat masih hanya kadar mendengar kata-kata kritikan pembangkang atas dasar-dasar BN. Sewajarnya pembangkang menggariskan secara perbandingan dasar dan haluan parti pembangkang.

Umpamanya, pembangkan sibuk kritik kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pilihanraya dan Akta Polis. Bolehkah pembangkang mendokumenkan janji mereka dengan jelas seperti:

i. peruntukan mana yang akan dipindah atau dimansuhkan dengan sebab mereka berbuat demikian.

ii. bilakah mereka akan melakukan janji-janji manifesto mereka? 1 tahun? 2 tahun? 5 tahun?

iii. apakah komitmen mereka jika pembangkang gagal melaksanakan janji-janji ini? Dalam ertikata lain, pembangkang wajib menunjukkan keikhlasan dan tekad mereka memenuhi janji-janji ini. Yang pasti, ada pihak yang akan tanya (contohnya): jika PKR memperjuangkan Information Freedom Act dan pilihanraya Kerajaan Tempatan; kenapakah kerajaan negeri Kelantan yang diterajui oleh rakan karibnya tidak melaksanakannya dengan praktikal sebagai satu teladan kepada BN serta menambah keyakinan rakyat?

Sepatutnya manifesto ini merupakan satu kertas kerja pembaharuan pemrintahan kerajaan baru yang mampu menyakinkan mengundi, bahawasahnya pembangkang patut diberikan sekali peluang untuk membuktikan kemampuannya.

B. Sejauhmanakah pembangkang akan mempamerkan satu barisan calon yang berkebolehan, berkelayakan dan diterima oleh segenap lapisan ahli dan penyokong parti.

Dalam perkara ini, sehingga hari ini, adakah pembangkang sudah mulai @ siap melengkapkan barisan dalaman? Siapakah wakil yang disenaraikan sebagai bakal calon ?

Alasan bahawa rundingan antara parti pembangkang belum selesai, maka parti tidak sesuai untuk berbuat demikian hanyalah asalan dolak-dalih. Bukan semua kawasan bertindih dalam rungan peragihan. Di Selangor sendiri ada DUN yang berebut-rebut antara 3 kumpulan dari parti yang sama. Adakah pemimpin atas sedar akan kesan sampingan buruk kemudian? Kenapa pemimpin atasan berpeluk-tubuh enggan adakan penyelarasan?

Apakah gelombang yang sudah @ sedang @ bakal dijana untuk memperkukuhkan pengaruh pembangkang @ parti anda?

C. Sejauhmanakan persediaan jentera parti bersiap sedia? Adakah Jawatankuasa Negeri berfungsi? Bermesyuarat? Cukup korum? Adakah Jawatankuasa Bahagian dan Cawangan benar wujud atau hanya atas kertas sahaja?

Jika Jawatankusa Negeri pasif, bersikap endah-tak-endah, acuh-tak-acuh; bagaimanakah rakyat akan boleh mempercayai mereka? Adakah komunikasi dalaman parti berjalan lancar? Maklumat dan strategi parti diterjemahkan dalam plan tindakan tempatan?

Sebaliknya jika kepimpinan parti hanya duduk dalam bilik mesyuarat sebulan sekali, tidak turun padang dan mengharapkan durian jatuh; nasibnya tidak akan jauh berbeza dengan 2004 nanti.

Begitu juga dengan proses penentuan calon, adakah pemimpin bawahan diberikan ruang bersuara atau parti tegas akan menghantar 'calon terjun' tanpa memhiraukan perasaan pemimpin tempatan? Atau peluang diberikan keutamaan kepada pemimpin tempatan yang "layak"?

Tidak kurang penting juga, proses rundingan peragihan kerusi antara pembangkang wujud banyak kelemahan. Cara sekarang nampaknya antara parti hanya duduk untuk agihan kerusi; BUKAN BICARAKAN CARA KERJASAMA DAN PRINSIP-PRINSIP RAKAN yang dijadikan pedoman pakatan.

Bincangan agihan kerusi tiada bezanya dengan rundingan AGIHAN KEPENTINGAN tanpa prinsip kerjasama. Contohnya, antara 2 prinsip yang terutama mungkin diabaikan oleh pembangkang:

* perkongsian kuasa @ kerjasama pembangkang patut dinampakkan menyeluruh; dimana di setiap kawasan Parlimen dan DUN di bawahnya patut dikongsi bersama. Seboleh-bolehnya, jangan mana-mana parti monopoli kawasan Parlimen serta semua DUN di bawahnya. Memang saya akui, terdapat kawasan yang tidak dapat tidak berlaku, namun ia tidak patut digalakkan.

* persefahaman bahawa pemilikan mana-mana kawasan oleh mana-mana parti politik bukanlah hak mutlaknya pada masa akan datang, apabila perolehan undinya kurang daripada 20% (contohnya) daripada jumlah undi di keluarkan. Dengan cara ini, pasti akan lebih memberangsangkan parti yang mewakili kawasan itu lebih aktif agak ia tidak luput milikan pada pilihanraya akan datang.


D. Sikap bakal calon juga memainkan peranan tidak kurang pentingnya. Satu kenyataan pada hari ini, ramai bakal-bakal calon masih bermimpi, tidak bergerak untuk bekerja walaupun "kerja persediaan yang tidak melibatkan wang". Mereka selalu beralasan bahawa, parti belum putus calon lagi, maka sukar untuk berkerja.

Jika calon mempunyai sikap sedemikian, adalah lebih baik parti ketepikan namanya kerana sikap ini akan lebih melemahkan petugas sukarelawan. Jika semua orang HANYA BEKERJA selepas pengesahan menjadi calon, maka PETUGAS YANG MEMANG TIDAK JADI CALON KENAPA PERLU BANTU / KERJA? Adakah masa PETUGAS PERCUMA ini tidak ada nilainya? Sikap kekedekutan ini wajib dikikis, jika tidak ia hanya akan MEMPERBODOHKAN sumbangan petugas parti.

Apa yang dimaksubkan di sini adalah persediaan tidak melibatkan kewangan besar; seperti:

* kajian daftar pengundi, demografi, bilangan saluran dan pengundi hantu.
* pengenalan sempadan kawasan.
* kenal-pasti pusat-pusat mengundi dan pencalonan.
* kenali kemudahan asas kawasan seperti kedudukan balai polis, dewan orang ramai, tapak padang, jawatankusa parti tempatan dan rakan parti, persatuan penduduk tempatan, surau, tokong kuil dan lain-lain.
* kenali kegiatan & masalah tempatan seperti tapak dan masa pasar malam / pasar pagi, masalah penduduk tempatan.
* persediaan diri: adakah mulai menyertai kegiatan masyarakat tempatan, perkenalkan diri walaupun belum susuai umum diri sebagai calon, ambil peluang publisiti diri dan sebagainya.

Serentak dengan itu, adakah dorongan dan bimbingan daripada pemimpin berpengalaman disalurkan setiap masa, sebab mungkin ada yang baru kali pertama menjadi calon.

Kesimpulannya: adakah anda sudi melihat "pisang berbuah dua kali seperti 2004"? Tanyalah diri-sendiri: Sikap Tunggu Durian Runtuh akan menjamin kemenangan anda?

Sementara itu, mungkin ada pihak yang akan membantah karangan ini bahawa ia dirasakan terlalu pesimistik dengan harapan pembangkang. Itu mungkin pandangan masing-masing, hakikat tetap hakikat sungguhpun pesersi boleh berbeza-beza.

Semoga yang akan bertanding maju jaya.

Sunday, December 02, 2007

Pemuda UMNO Sendiri Lawan!!!

Dahulu slogan: Bersih, Cekap dan Amanah pernah menjadi dasar bekas Perdana Menteri suatu ketika. Begitu juga, beliau memperkenalkan motto: "Kepimpinan Melalui Teladan". Adakah kerana pertukaran Perdana Menteri, maka ia tidak relevan lagi pada hari ini?

Dilaporkan Pemuda UMNO daripada Bahagian Tanjung dan Bayan Baru, Pulau Pinang telah saling tumbuk-menumbuk dalam gelanggang bola sepak sewaktu pertandingan di antara bahagian Pemuda UMNO.


Turut dilaporkan Ketua Pemuda UMNO Pusat menyatakan pergaduhan dalam gelanggang adalah satu perkara yang lumrah di seluruh dunia. Motif pergaduhan adalah kerana masing-masing mengejar kemenangan, bukan perbezaan fahaman politik.

Memang benar, pergaduhan dalam pertandingan sukan sentiasa berlaku di luar negara, justeru itu adakah kita masih merasa bangga dengan kejadian seumpama ini?

Sebaliknya, jika kita boleh boleh menerima teladan kekasaran atau pergaduhan, bagaimana pula kita tidak boleh menerima keteladanan Perhimpunan Aman yang mengizinkan rakyat meluahkan perasaan?

Lebih-lebih lagi, perhimpunan aman ini tidak melibatkan tumbuk-menumbuk yang boleh mencederakan badan.

Apa yang meneranjatkan adalah nampaknya Ketua Pemuda masih cuba membela kemunasabahan pergaduhan dengan alasan ini kejadian biasa di luar negara?

Adakah ini bermaksub bahawa mereka tidak mempunyai semangat kesukanan langusng? Seandainya ini benar, maka tidak hairanlah semakin ramai warga Melayu yang berpendapat seperti ditunjukkan dalam gambar berikut:

Saturday, December 01, 2007

Menghormati Tuhan Semua Agama

Kenang kembali tidak lama sebelum ini, ramai penganut agama marah dengan tindakan kerajaan Pakistan menempur secara kekerasan ke dalam Masjid Merah untuk menindas rakyatnya serta tindakan menekan golongan peguam.


Juga tidak ketinggalan, apabila Kumpulan Taliban mengebom patung Buddha di Afghanistan sebelum dijatuhkan kuasa pemerintahannya turut dikutuk oleh masyarakat sedunia.




Memandang ke arah utara, Malaysia merangkap Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) merupakan antara neara yang paling kuat MENGUTUK pihak Thailand menggunakan kekerasan "yang dikatakan mencerobohi tempat ibadat penganut Islam" di selatan Thailand. Di antara kejadian yangpaling dahsyat ia kejadian "Tak-Bai" turut mengorbankan puluhan warganegara Thailand.




Perpatah Melayu berkata: menepuk air kena muka sendiri. Sementara kita lantang mengutuk sana-sini, adakah kerajaan sendiri memberikan keteladanan yang baik kepada dunia?
Gambar-gambar yang disampaikan kepada Suhakam memberikan bukti 'prima-facie' bahawa pasukan berunifom telah mencerobohi kuil Hindu di Batu Caves. Di mana, tembakan gas pemedih mata, pancutan air berkimia dan memasuki kawasan premis kuil sambil mengenakan kekerasan kepada penganut Hindu yang berada di dalam.

Semoga, Suhakam dapat menjalankan siasatan terbuka dalam soal ini kerana sebarang pencerobohan ke atas tempat ibadat mana-mana agama oleh mana-mana pihak wajib dikutuk sekeras-kerasnya. Disamping itu, pihak yang bertanggungjawab wajib memohon maaf terbuka tanpa bersyarat sambil membayar ganti-rugi jika didapati tuduhan ini sahih.

Selain daripada itu, siasatan ini wajib jika tuduhan ini tidak sahih, maka satu keputusan yang adil wajar dipulangkan kepada pihak berkuasa.

Dengan sedemikian, saya rasa hanya pihak yang "takutkan bayang sendiri" sahaja yang akan cuba menghalang satu keadilan diketengahkan serta-merta.
Pimai Pimai Suruhanjaya DiRaja Hilang

Kehebohan video klik sudah hampir 3 bulan. Sikap acuh tak acuh pihak kerajaan jelas kelihatan.


Seandainya kerajaan pandang berat atas kewibawaan sistem kehakiman atas tuduhan pra-aturan lantikan dan konspirasi kumpulan untuk merampas barisan jawatan pentadbiran kehakiman; sudah pasti perkara ini wajib diberikan keutamaan. Sikap lepaskan batuk di tangga menerusi lantikan Panel 3 Orang yang lumpuh kerana ketiadaan kuasa.

Kini, pengumuman kesediaan kerajaan membentuk Suruhanjaya DiRaja sudah lalu 3 minggu; namun ia tetap alami kesukaran "kelahiran" yang kita tidak faham apakah udang di sebalik batu.

Telinga Besar memang senang mendengar; tetapi jika hanya kadar dengar tanpa tindakan; ia tiada beza dengan kata orang yang beromong-omong kosong di tepi jalan.

Kini, tampil pula seorang saksi tambahan yang dituduh oleh abangnya sebagai seorang tidak suiman; nampaknya Telinga Besar masih mendengar sahaja.

Pada saat ini, kita pada menyoal kepada Menteri yang menuduh blogger sebagai penipu, peserta perhimpunan aman sebagai penyagak; apakah saluran alternatif yang ada untuk memasukkan suara rakyat kepada orang yang selamba seperti orang pekak?

Friday, November 30, 2007

Jika Saya Menteri Pelancongan

Jika saya penyandang Menteri Pelancongan, saya akan beritahu seluruh dunia bahawa:

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana rakyat kami bebas berhimpun. Pelancong tidak perlu bimbang di mana kerajaan mempunyai ribuan tenaga pasukan berunifom mengawal mereka.

Pelancong tidak perlu bimbang keselamatan mereka panorama ini adalah perkara lumrah seperti di Filipina rakyatnya tidak berketempiran walaupun tentera cuba merampas kuasa dengan menakluki hotel 3 hari yang lalu. Restoran dan penghuni hotel terus makan tidak peduli kehadiran tentera.

Dengan adanya pancuran air meriam, sebenarnya ia memberikan satu pemandangan yang unik tidak boleh dilihat di luar negara. Ada gambar menunjukkan serpihan air turut menghasilkan warna Pelangi juga. Maka, pelancong boleh saksi sendiri kedemorasian Malaysia; walaupun ada pihak yang berkata "Malaysia demo-kasi, lepas demo baru dia kasi" adalah tidak benar.






Selain daripada itu, sebenarnya pancuran air meriam ada boleh memcuci (membersihkan) udara di Kuala Lumpur dan sambil memcuci lantai jalanraya. Ia sebenarnya bukan satu tindakan pembaziran sumber alam semulajadi.

Bagaimana hujah saya? Bolehkah ia diguna-pakai? Kalau anda tidak terima masuk akal pun, saya tidak peduli; janji orang yang tidak sehaluan ditekan sajalah.