Sunday, December 10, 2006

Konsep Perkongsian Kuasa Barisan Nasional?

Menurut laporan hari ini, semalam Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon telah menyatakan kesefahman BN telah menetapkan jawatan Ketua Menteri akan terus disandang oleh Orang Cina, selagi jumlah kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri daripada MCA dan Gerakan melebihi UMNO.

Oleh itu, Tan Sri Koh telah berkiasan demi untuk mempertahankan jawatan Ketua Menteri terus disandang oleh orang Cina, sokongan kepada wakil calon daripada BN tidak boleh pandang ringan.

Laporan tersebut juga disertakan kedudukan komposisi Dewan Perundangan negeri sekarang:



Disini saya ingin menjemputkan saudara/I membincangkan beberapa persoalan asas berlandaskan berita tersebut:

a. Adakah anda setuju perkongsian kuasan BN adalah berasaskan jumlah kerusi yang menang dalam pilihanraya?
b. Adakah anda percaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bukan disandang oleh orang Cina sekiranya wakil dalam BN (Cina) kurang daripada BN?

c. Sekiranya kenyataan (b) di atas benar, adakah ini merupakan caturan UMNO pada beberapa bulan lalu sudah menunjukkan taring untuk merampas jawatan ini?

d. Sekiranya (b) & (c) benar jawatan Ketua Menteri tidak lagi disandang oleh orang Cina, sejauhmanakah kemungkinan ia disandang oleh wakil MIC (juga bukan Cina)?

e. Adakah anda percaya kepada teori parti pembangkang sekarang bahawa BN sedang mengamalkan ‘devide & rule’ (pecah dan perintah)? Dimanakah wakil Cina akan beritahu masyarakat Cina kebahayaan kalau tidak sokong mereka, wakil Melayu akan beritahu masyarakat Melay kebahayaan kalau tidak sokong mereka dan seterusnya juga wakil India.

f. Adakah anda percaya konsep ini hanya pakai-guna di negeri Pulau Pinang atau seluruh negara?

g. Sekiranya (f) itu terpakai di seluruh negara, adakah anda percayai sekiranya jumlah Ahli Dewan Undangan Selangor / Perak dari UMNO kurang daripada jumlah gabung MCA & Gerakan, menteri Besar negeri tersebut akan bertukar kepada parti lain?

Ini adalah satu tajuk penting di mana kepimpinan sesebuah kerajaan akan memberi kesan yang besar dan mendalam kepada kita serta anak-cucu kita seterusnya. Oleh itu, biarlah kita bincang bersama secara professional, rational, tidak emosi serta tulus ikhlas demi faedah masyarakat dan negara.



Saturday, December 09, 2006

Perbanding Pencapaian Kasar 3 Telco Utama

Berikut adalah perbanding EBITDA dan Subscriber untuk suku ke-3 (Jul-Sep)


Nota:
(a) EBITDA = earning before tax, interest, depreciation & amortization
(untung sebelum cukai, bunga, susutnilai dan pelunasan)
(b) Jumlah penambahan / pengurang jumlah pengguna pada suku tahun ke-3.
(c) Jumlah pengguna pada hujung 31/09/06.

Ini hanya merupakan satu perbanding kasar pencapaian 3 syarikat pembekal perkhidmatan telepon mudah alir di Malaysia.

Daripada bandingan di atas (gambarajah dilampirkan di bawah):

(i) Celcom: syarikat yang mencatatkan kecekapan terendah hanya 43%; 18.5% rendah daripada Maxis ([43/52.5]X100) dan 5.5% rendah daripada Digi yang merupakan syarikat terkecil dalam industri.

(ii) Celcom: juga merupakan syarikat tunggal yang mencatakan penurunan pengguna sebanyak 206,000 orang. Walaupun di bahagian postpaid menampakan peningkatan, namun ia juga merupakan yang paling rendah. Jika dibandingkan dengan Maxis keseluruhan perbazaan melebihi setengah juta pengguna dalam tempoh 3 bulan mencapai 594,000 pengguna (206K + 388K); manakala Digi 356,000 pengguna (206 + 150).


(iii) Celcom: oleh kerana menghadapi cabaran penurunan pengguna yang agar dahsyat, maka kedudukan Celcom telah jauh ketinggalan dibelakang Maxis (dahulu merupakan perintis dan pelopor yang terbesar dalam industri telekomunikasi) sebanyak 1,464,000 pengguna (16.5%); manakala Digi telah berjaya merapatkan kedudukan kepada jurang perbezaan pengguna 1,804,000 pengguna (7394-5590) sahaja. Sekiranya kecenderungan ini tidak berubah, dalam tempoh lebih kurang 2 tahun akan datang Digi akan mengambil-alih tempah ke-2 dalam industri.

Nampaknya, analisa dan perbanding di atas lebih tertumpu kepada Celcom adalah kerana:

a. Celcom merupakan syarikat GLC / syarikat milikan kerajaan yang melibatkan modal awam.
b. Celcom adalah syarikat perintis dalam industri.
c. Pencapaian Celcom secara langsung akan mempengaruhi pencapaian Telekom Malaysia kerana Celcom adalah anak syarikatnya. Telekom Malaysia merupakan syarikat kebangsaan yang perlu kita mendokkong sebagai rakyat Malaysia yang sejati.

Rumusan: Sungguhpun Telekom Malaysia telah mencatatkan pencapaian kewangan yang terus meningkat, namun sedemikian, pada pengamatan saya ia amat bergantung kepada sumbangan anak syarikat dari luar negeri. Untuk maklumat penuh Telekom sila rujuk kepada: www.celcom.com.my

Oleh yang sedemikian, sesuatu perancangan untuk memperkukuhkan daya saingan Celcom khasnya dan Telekom amnya amat diperlukan. Pada suku tahun ke-4 2005, Celcom sudah mulai menujukkan tanda-tanda kelemahan dengan kehilangan 160,000 pengguna postpaid. Sila rujuk kepada: www.maxis.com.my & www.digi.com.my.


Bagaimana pula pendapat anda? Mai sama-sama kita panjangkan perbincangan melalui masukkan komen-komen anda!

Friday, December 08, 2006

Berapakah Keluarga Anda Menyumbang Kepada UMNO?

Tolong memperbetulkan saya sekiranya pengiraan dan andaian saya salah di sini kerana Ilmu Hisab saya pun lebih kurang sahaja.

Apabila menerangkan beberapa berita kepada anak saya, di antaranya yang bertajuk: Kerajaan Peruntukan RM600,000,000.00 (enam ratus juta ringgit) kepada 200 bahagian UMNO (setiap bahagian diperuntukan RM3,000,000.00 [tiga juta ringgit] atas nama pembangunan projek kecil). Sambil menguji kebolehan budak kecil dalam matematik, saya minta mereka mengira berapakah sumbangan setiap orang jika 600 juta ini dikongsi bersama oleh 25 juta warganegara?

Dalam tempoh masa yang singkat, mereka ambil kertas lalu menulis = RM600,000,000.00 / 25,000,000 orang = puratanya RM24.00 seorang. Apa yang memeranjatkan saya adalah, budak juga tahu sekiranya kami sekeluarga mempunyai 5 orang ahli, maka kita perlu menyumbang RM120.00 kepada UMNO tanpa persetujuan kita melalui janji kerajaan.

Lanjutan daripada itu, fikiran saya terimbas berapa pula sumbangan keluarga kawan-kawan saya? Tanpa mengira kaya-miskin, kampung-bandar, keturunan dan bangsa, agama, negeri, berparti politik mahupun tidak; semua kita diperwajibkan menanggung perbelanjaan ini kerana ia adalah sebahaigian besar wang kerajaan yang juga merupakan wang rakyat. Dalam kontek ini, lebih ramai ahli keluarga, maka lebih banyaklah sumbangannya. Ironinya, wang ini hanya disalurkan kepada pengurusan bahagian-bahagian UMNO sahaja.

Oleh itu, saya merasakan ia mungkin adalah satu kepincangan yang harus kita perhatikan kerana itu adalah wang bayaran cukai daripada kita semua.

Berhubung dengan tajuk yang sama, saya berkesempatan membaca berita berikut adalah 10 soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda DAP (ringkasan penterjemahan):

1. Kenapakah projek berjumlah RM600,000,000.00 itu hanya dihadkan kepada Bumiputra sahaja?

2. Kenapakah perunutukan ini tidak termasuk Sarawak, walaupun ia dilakukan atas nama Pembangunan Desa?

3. Kenapa projek berjumlah RM600 juta itu tidak ada tender terbuka?

4. Oleh kerana tidak ada tender terbuka, bagaimana kerajaan membuat peragihan?

5. Bagi 191 kawasan yang menerima RM3.0 juta, kenapa kerajaan tergesa-gesa mewajibkan wang ini mesti dihabiskan dalam tempoh 6 minggu?

6. Sekiranya jumlah RM600 juta dibahagikan kepada 3,000 projek kecil, bagaimana untuk membuat penilaian projek dalam tempoh sebulan sahaja?

7. Kenapakah perbelanjaan sejumlah RM600 juta tidak dibahaskan dan kelulusan Parlimen?

8. Bagaimanakah kerajaan boleh memastikan wang besar ini tidak ada penyelewengan?

9. Sebenarnya parti politik dan kerajaan adalah dua entiti yang berlainan, sekiranya President parti boleh membuat peruntukan, ini bermakna UMNO sudah mengatasi parlimen dan Kabinet?

10. Kerajaan menghadkan kontraktor mula kerja dalam tempoh 3 hari selapas perlantikan, pembayaran akan dilakukan Jan'07; bilakah kerajaan akan membentangkan laporan perbelanjaan sebenar wang ini?

Itulah 10 soalan yang dilontarkan oleh Pemuda DAP, adakah anda bersependapat dengannya? Kenapa setuju? Kenapa tidak?
Soal Ketua Pembangkang Di Parlimen
Saya ingin mengucapkan syabas kepada Senator yang mengambil tindakan mahkamah selepas beliau dilaporkan memcetak AP Palsu. Ini adalah satu tindakan berani yang patut kita galakkan kerana sekiranya laporan itu tidak benar, beliau patut mencari jalan memperbersihkan namanya, bukan takat nafi 'saya tak buat AP palsu'.

Sebaliknya, kita pandang kembali memang banyak kes yang tergantung tidak ada siasatan walaupun sudah berkali-kali dilaporkan. Dalam suasana begini, sudah pasti rakyat akan membuat kesimpulan orang itu jurang kerana dia 'takutkan bayang sendiri'.

Sepertimana saya cadangkan sebelum ini, siasatan lengkap dan profesional BPR / Polis wajar diumumkan terbuka (sekurang-kurangnya kepada Parlimen untuk elakkan tindakan sambilan undang-undang oleh mana-mana pihak) sekiranya ia melibatkan darah-peluh DANA RAKYAT bernilai ratusan juta ringgit. Dengan itu, rakyat akan dapat menghakimi dengan sempurna sambil meningkatkan kredibiliti BPR / Polis.

Berikut adalah petikan catatan persidangan Dewan Rakyat pada 6-12-2006, muka surat 72 & 73 sertai laporan akhbar Sin Chew Jit Poh pada 7-12-2006.

Tajuk perbahasan berkisar kepada khabar penjual kapal selam telah membayar komisen USD100 juta kepada orang tertinggi dan juga cara perolehan bahan letupan C4 yang melibatkan warga Mongolia baru-baru ini.

Untuk laporan penuh, sila rujuk kepada:
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-06122006.pdf mukasurat 72-73. Anda juga boleh klik laporan tersebut untuk pembesaran.

Bagaimana pandangan saudara/i?


















Thursday, December 07, 2006

Apa Erti ‘Berembang’?
Pada hujung minggu yang lalu, kebetulan saya menonton rancangan NTV7 sedang memperkenalkan Kuala Selangor sebagai suatu tempat pelancongan melihat Kelik-kelik semulajadi. Menerusi rancangan tersebut, saya mempelajari bahawa kehidupan kelik-kelik adalah bergantung kepada pemakanan jus daripada daun Pokok Berembang.

Berembang ertinya sejenis pokok di tebing Sungai Kuala Selangor menjadi habitat semulajadi kelik-kelik ini. Dengan tidak sengaja, saya barulah sedar, Kampung Berembang yang sudah dirobohkan oleh kerajaan itu bererti perkampung pokok untuk makanan kelik-kelik.

Dengan penebangan pokok berembang sepanjang Sungai Kuala Selangor sudah mengancam pembiakan kelik-kelik yang memang sudah mashyur dengannya sekian lama sebelum ini.

Apakah Kampung Berembang di Kuala Lumpur juga pernah suatu ketika dahulu menjadi tumpuan awam yang sentiasa berkelik-kelik mengindahkan bandaraya ini. Ada siapa yang boleh memberikan sedikit tentang later belakang kampong ini?

Gambar yang saya
perolehi daripada satelite, beginilah Kampung Berembang asalnya adalah seperti berikut:


















Jangan Takut Ambil Tindakan, kata Sultan S’gor
Dec 7, 06 4:48pm Saiz Huruf: (petikan laporan daripada Malaysiakini)
Sultan Selangor mahu semua pihak, termasuk wakil rakyat, yang menyalahgunakan kuasa dan melakukan rasuah dikenakan tindakan tegas.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tiada pegawai dan kakitangan awam yang berada di atas undang-undang,

Sultan Selangor mahu pihak yang berwajib tanpa rasa takut mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan ini yang melanggar undang-undang tanpa mengira kedudukan, pangkat dan gelaran pihak yang bersalah.

“Beta mahu semua pihak termasuk mereka yang menjadi pengubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri mahupun Kerajaan Tempatan menghormati prinsip kedaulatan undang-undang,” titah baginda di majlis mengadap-pegawai dan kakitangan kerajaan Selangor di Shah Alam semalam. Titah ucapan penuh baginda disiarkan dalam mSTAR Online hari ini.

“Mereka seharusnya menjadi pihak yang menghormati dan mempertahankan undang-undang yang mereka buat dengan nama, bukannya menjadi orang yang pertama melanggarnya.

“Para pegawai dan kakitangan kerajaan perlulah sentiasa menjaga maruah mereka dan integriti diri. Pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat di negeri Selangor perlu benar-benar bersih,” titah baginda

Titah Sultan Selangor lagi, gejala rasuah dan salah gunakuasa perlu dibendung dan ditangani dengan serius demi menjaga nama baik kerajaan dan negeri Selangor.

Jangan tamak

“Kebelakangan ini banyak isu-isu yang berkaitan dengan rasuah telah diperkatakan oleh masyarakat. Rasuah bukan sahaja akan membuat negeri Selangor ini mundur, tetapi juga akan menjadikan pegawai-pegawai dan juga mereka yang bertanggungjawab menjadi tamak, haloba dan mementingkan diri sendiri,” tegas baginda.

Sultan Sharafuddin juga menasihatkan para pegawai dan kakitangan awam mengelakkan gejala keangkuhan kuasa, tetapi sebaliknya hendaklah menggunakan kuasa dan kedudukan dengan penuh rasa amanah dan rendah diri.

“Sikap angkuh bukannya melambangkan kemuliaan tetapi hanya mempamerkan sesuatu yang tidak sesuai dengan taraf seorang pemimpin atau pegawai kerajaan,” titah baginda lagi.

Baginda juga mahu semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Selangor sentiasa peka dengan masalah kerajaan negeri dan sama-sama berusaha menjayakan program yang diatur bagi menanganinya.

“Di samping itu pegawai dan kakitangan kerajaan hendaklah berkerjasama dan saling membantu antara satu dengan lain untuk mencapai kejayaan yang di harapkan.

“Beta tidak mahu mendengar rungutan di mana terdapat pegawai dan kakitangan kerajaan yang hanya berkerja untuk kepentingan diri sendiri, berpuak-puak, menyeleweng dan menyalah gunakan kuasa yang telah di berikan,” titah baginda lagi.
Sultan Selangor juga menyuarakan kebimbangannya terhadap jurang pendapatan yang semakin melebar antara mereka yang tinggal di bandar dan desa.

Jangan pandang ringan

“Nisbahnya sudah kembali melebar seperti mana sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Walaupun hanya 10 peratus rakyat beta yang tinggal di luar bandar namun ia tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan ketidakadilan sosial,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin mengingatkan pegawai dan kakitangan kerajaan agar bersikap adil dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Baginda juga menyentuh aspek pelaburan asing dengan menggesa langkah menarik pelaburan asing dan tempatan diperkukuhkan lagi.

“Beta tidak mahu mendengar sebarang rungutan para pelabur tentang masalah birokrasi dan rasuah yang boleh menyebabkan mereka merasa menyesal atau serik untuk melabur di Selangor.

“Sebagai pelaksana dasar, pegawai dan kakitangan kerajaan seharusnya memainkan peranan utama sebagai pemudah cara kepada para pelabur dan bukannya menjadi penghalang kepada aliran masuk pelaburan,” titah Sultan Selangor.

Baginda bertitah, para pegawai dan kakitangan kerajaan harus sedar jika para pelabur menghadapi terlalu banyak masalah di Selangor mereka boleh menanam modal di negara-negara seperti Thailand, China, India atau Vietnam yang kini menjadi tumpuan para pelabur dunia.

“Beta bimbang jika kita meneruskan sikap seperti katak di bawah tempurung maka kita akan ketinggalan dalam persaingan rantau dan global seterusnya menyebabkan negeri Selangor menjadi statik,”titah Sultan Sharafuddin lagi.


Laporan ini adalah selaras dengan apa yang saya nyatakan dalam tulisan sebelum ini dan memang saya amat setuju dengan Taunku Baginda agar 'Pagar Makan Padi' tidak patut berlaku.
Kenapa Tidak Siapkan Projek Terbengkalai Dulu Sebelum Robohan Sana-sini?

Beberapa minggu yang lalu, banyak berita tentang perselisihan antara orang-orang kampung dengan kerajaan cuba mempertahankan rumah / kampung / surau / tokong mereka.

Memang tidak dinafikan bahawa pembangunan itu memerlukan tanah untuk binaan. Daripada pemandangan saya sendiri, merata-rata tempat masih ternampak projek-projek terbengkalai, pembeli rumah tanggung bebas pinjaman tapi rumah tidak siap dan sebagainya. Baik di tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, termasuk sebelah Kampung Berembang adanya projek perumahan terbengkalai.

Barangkali saya kurang cekap dalam pentadbiran kerajaan (oleh itu saya tidak layak jadi pemimpin politik), apabila dalam kesesakan lalulintas tadi, saya terfikir:

a. Kenapakah kita tidak berhasrat untuk menyiapkan projek yang membelenggu sekian banyak rakyat yang berpendapatan rendah?

b. Mereka memanjangkan leher tertanya-tanya bilakah rumah mereka akan siap?

c. Kemana mereka boleh mengadu? Siapakah yang sanggup mendengar aduan mereka?

d. Siapakah yang mampu menolong mengheret pemaju yang tidak bertanggungjawab ke muka keadilan?

e. Apakah kesalahan / kesilapan pembeli rumah terbengkalai ditimba nasib yang tidak pernah dibela?

Nampkanya (mungkin ada alasan-alasan tertentu yang saya tidak tahu) kerajaan hanya sibuk membantu pemaju merobohkan rumah di sana-sini. Oleh kerana aturan yang merugikan orang kampung, maka berlakulah perselisihan kerana orang kampung juga berhak untuk mempertahankan harta-benda mereka.

Anda tahukah kenapa menjadi begini?
VirusBuster (Spyware) dan Janji Kosong Pemimpin Politik
Dua-tiga hari yang lalu, saya runsing dengan komputer yang diserang oleh Spyware yang bernama VirusBuster. Sebenarnya VirusBuster (kefahaman saya sebagai seorang pengguna komputer, bukan kapar software) adalah satu tipu helah yang tidak etika.

Untuk kongsi bersama pengalaman yang agak rumit ini, VirusBuster bukan sejenis Virus Komputer biasa, oleh kerana itu, ia tidak boleh dibersihkan melalui Anti-Virus yang sedia ada seperti Norton Anti Virus, Spyware scanner - AdAware atau pun Spybot.

Hakikatnya VirusBuster ini merupakan satu program kecil yang akan tidak terhenti-henti keluarkan pesanan bahawasahnya komputer anda telah diserang oleh Virus dan Spyware. Anda dinasihatkan klik sini untuk membersihkannya. Setiap kali anda klik pesanan tersebut, ia akan disambungkan kepada laman web VirusBuster minta anda membeli softwarenya.

Daripada sini jelas, di mana VirusBuster ini 'Lempar Batu Sembunyi Tangan' seperti orang yang memainkan politik perkauman / agama. Di mana pesanan TIPU itu dimasukkan dalam komputer, lalu menipu anda membeli software beliau untuk membersihkan program komputer.

Saya telah memcuba bermacam-macam cara, kaedah, methodologi, tanya kawan ini-itu, berbagai-bagai percubaan dilakukan, dukacitanya tidak berkesan. Sehinggalah salah seorang bekas rakan sejawat saya kongsi pengalaman beliau yang lalu, akhirnya saya dapat menawan VirusBuster ini setelah bertungkus-lumus berjam-jam lamanya.

Apabila saya membaca suratkhabar hari ini, ia melaporkan Presiden Parti Gerakan Dato' Seri Lim KY telah menyatakan bahawa perhubungan antara kaum kini amat runcing. Ia sudah jauh merosot kalau dibandingkan pada masa dahulu. Beliau juga memetik topik perbahasan mesyuarat UMNO baru-baru ini telah menunjukkan berbangkitkan perkauman itu mulai menular sekarang.

Lantaran daripada situ, terimbas dalam fikiran saya menghubung-kaitkan dengan strategi VirusBuster ini. Pada pemerhatian saya jika benar, perhubungan antara rakyat sebenarnya tidak ada masalah selagi 'tidak ada hasutan daripada orang-orang politik yang ingin naik pangkat mengeksplotasikan isu-isu perkauman sambil menonjolkan diri sebagai wira bangsa'.

Memang adalah tidak salah setiap orang sayangkan bahsa, budaya dan agama masing-masing yang sudah menjadi pusaka sekian lama. Contohnya, adalah tidak salah bagi orang Melayu di Selatan Thailand, Combodia mahupun Afrika Selatan menuntut untuk memelihara budaya, bahasa dan agama mereka tanpa dicengkam oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan.

Perkara yang serupa juga, orang Iban menuntut agar mereka diberikan bantuan agar kebudayaan, bahasa dan agama mempunyai satu kesinambungan yang berterusan. Dengan prinsip yang sama, saya boleh menyatakan menuntut mendapat pendidikan bahasa ibunda, budaya dan agama adalah tidak bercanggah selagi ia tidak mengganggu orang-orang lain yang berpendirian berbeza.

Perpatah Melayu kata 'lempar batu sembunyai tangan', perpatah Mandarin pula kata: 'pencuri menjerik tangkap pencuri' membawa makna tersirat yang serupa. Daripada sini jelas saya nampakkan VirusBuster menggunakan tektik ini dengan menyatakan komputer anda diserang, segeralah membeli software saya untuk menahanya. Padahal ia adalah satu penipuan seperti sesetengah pihak orang politik tempatan.

Berkisar dengan perhubungan rakyat (saya tidak setuju langsung katakan perhubungan kaum, kerana mereka dari kaum / keturunan yang sama, kelulusan aliran sekolah yang sama, berkebudayaan yang sama, bertutur bahasa ibunda yang sama pun berkelahi / berpuak-puak / berkabilah-kabilah / parti-parti) sebenarnya adalah akibat kesan daripada hasutan orang yang berkepentingan.

Yang dimaksubkan kepentingan di sini termasuklah:

a. Kepentingan kewangan. Demi wang, ada pemimpin sanggup melakukan apa sahaja untuk mengumpul kekayaan sendiri. Semalam, Tuanku Sultan Selangor telah bertitah Baginda tidak ingin melihat orang pentadbiran sendiri melanggar undang-undang amat jelas menyokong kenyataan saya.

b. Kepentingan untuk dapat pangkat yang tinggi dalam parti. Ia didokong kerana selepas menguasai jawatan tinggi dalam parti, seterusnya mereka akan dapat kuasa yang besar untuk mengaut keuntungan yang besar hinga ratusan juta ringgit. Ahli-ahli keluarga memonopoli banyak jawatan dalam kerajaan, kontrak kerajaan dan sebagainya.

Rumusan di sini adalah sekiranya kita benar-benar serius tentang perhubungan / perpaduan rakyat, kenapa kita yang melaung-laungkan perkara ini TIDAK SANGGUP untuk membuat satu teladan yang baik membubarkan dan mengharamkan semua parti-parti politik yang ber asaskan perkauman, tanpa mengira Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya?

Menerusi pergaulan dalam parti berbagai kaum pasti akan boleh meningkatkan kemesraan rakyat. Ada pihak selalu menyalahkan aliran sekolah rendah sebagai punca menggugat perpaduan, seperti saya sebut di atas mereka yang berasakan semuanya sama juga berpecah.

Jikalaulah tunduhan mereka benar, kenapa mereka enggan haramkan parti politik perkauman agar pergaulan yang berterusan dapat diteruskan selepas tamat pengajian?

Adakah anda setuju? Kalau pun tidak, mai bincang bersama-sama agar kita cuba mencari satu rumusan yang lebih baik untuk semua!!!

Balik kepada soal isu VirusBuster, sekiranya anda menghadapa masalah yang sama, sila layari laman web di bawah, muat turun software ini untuk pembersihan yang telin. Adakah cadangan mengharamkan parti politik perkauman ini berkemujaraban yang sama seperti software ini???

Tuesday, December 05, 2006

Pengenalan Badan Pencegah Rasuah

Ketika menziarahi Ibu Pejabat BPR di Putrajaya, saya berkesempatan mengambil senaskah risalahnya seperti berikut:




















Pengenalan dan Cara-cara membuat aduan sertai talian perhubungannya.




















Alamat pejabat negeri dan cawangan di seluruh Malaysia.












Alamat surat-menyurat
TANPA SETEM.




















Visi, Misi & Fungsi BPR serta jaminan kerahsiaan pemberi maklumat.



















Borang memberikan maklumat rasuah.

Mairlah kita bersama-sama menyahut seruan Perdana Menteri untuk membina sebuah negara Islam Hadhari yang benar-benar bersih, cekap dan amanah sepertimana yang telah disentuh dalam Gagasan Ke-8.

Nota: Anda boleh klick atas gambarrajah untuk melihat risalah penuh dan jelas.

Monday, December 04, 2006

Laporan Pengerusi Gerak di BPR





Saya dimaklumkan pada pukul 11.00 pagi tadi, Pengerusi Gerak Encik Ezam Mohd Nor telah ke Ibu Pejabat BPR, Block D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya membuat satu laporan kepada Pengarah BPR.

Ini adalah satu langkah positif jika kita melihat tindakan Encik Ezam selaras dengan Gagasan Ke-8 yang telah kita bincangkan dalam karangan sebelum ini.

Saya percaya ramai daripada warganegara amat mengharapkan boleh menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dalam Akta Pencegahan Rasuah, bukan sahaja menjalankan siasatan lengkap walaupun mungkin melibatkan pemimpin tertinggi; malahan juga mengumumkan rumusan siasatan mereka.

Pengumuman itu penting kerana:

1. Kes ini mungkin melibatkan ratusan juta Wang Rakyat.

2. Rakyat akan menghakimi siapa yang benar dan siapa yang tidak. Ia mustahak kerana nampaknya Encik Ezam lantang menyuarakan soal yang sama berulang-ulang; dan juga telah berani membuat laporan polis pada 2-11-2006 di balai polis Campbell, Kuala Lumpur.

3. Sudah pasti dengan ketelusan, kepakaran dan profesional BPR, keberanian ini pasti akan dapat membena keyakinan yang jauh lebih tinggi terhadap BPR sendiri. Secara langusng, ia tidak dapat tidak akan mengalakkan orang ramai berani tampil ke depan untuk memberikan maklumat, walaupun melibatkan orang bernama. Nescaya, seterusnya akan menolong memperbaiki kedudukan indek negara daripada 43 sekarang.


Untuk maklumat laporan penuh sila rujuk kepada: http://info.gerakmalaysia.org/index.php?option=com_content&task=view&id=130&Itemid=29


Hang setuju dengan pendapat saya tak? Kalau hang tak setuju pun tak pa, biak kita sama-sama bincang, hantak lah komen anda!!!

Kertas Kerja IMF: Why Worry About Corruption?
Saudara/i budiman, sekiranya berkesempatan di sini saya ingin syorkan biar kita bersama-sama baca kertas kerja yang bertajuk: ‘Why worry about corruption?’ yang diterbitkan oleh International Monetary Fund (IMF). Untuk muat-turun kertas kerja, sila layari: http://www.imf.org sambil ‘search’ tajuk kertas kerja ini.

Kemudian, kita baincang bersama tentang pendapat anda?

Sejauhmanakah kertas kerja ini memberikan saya hasil kajian yang sak sama?

Adakah fenomeno yang disebutkan dalam kajiannya berhubung-kait dengan suasana Malaysia?

Adakah bekas pelajar Oxford University mempunyai pandangan yang benar / berbeza fikiran dengan pelajar Oxford yang lain?
Membincangkan Gagasan Ke-8 PM : Membanteras Rasuah
Berikut adalah petikan daripada teks ucapan Perdana Menteri Malaysia pada Perhimpunan Agung Tahun UMNO minggu yang lalu. Di anatara 12 gagasan yang telah gariskan, di sini saya hanya menumpukan pengkhususan dalam gagasan ke-lapan mengenai membanteras rasuah negara seperti berikut:

48. GAGASAN KELAPAN: menangani rasuah dengan penekanan kepada pendekatan pencegahan di samping pendekatan punitif. Salah satu janji kita dalam pilihan raya ialah untuk meningkatkan integriti. Teras kelima Misi Nasional secara jelas menyatakan komitmen kerajaan menangani isu-isu berhubung rasuah dan usaha meningkatkan integriti sektor awam, sektor swasta dan masyarakat umum. Tanpa nilai integriti, negara tidak boleh dikatakan negara maju dalam erti kata sebenar.

49. Saya cekal mahu membanteras politik wang dan rasuah. Berulang kali saya ingatkan bahawa kita mesti menentang rasuah di segenap peringkat kerajaan. Namun Presiden Parti dan Perdana Menteri tidak dapat melaksanakan usaha ini secara berseorangan. Di dalam parti, saya telah meminta setiap seorang daripada saudara-saudari membantu saya membanteras politik wang. Kita mahukan pemimpin kerana keupayaan mereka berkhidmat dan bukan keupayaan mereka membeli sokongan. Saudara-saudari memiliki kuasa tersebut untuk memberi mesej yang jelas. Bantulah usaha saya untuk membersihkan parti dari amalan politik wang.

50. Dikatakan rasuah banyak berlaku; tetapi banyak yang merupakan tuduhan. Apabila diminta bukti , tidak dapat ditampilkan. Proses menangkap dan prosedur mendakwa tidak semudah yang diucapkan. Proses siasatan amatlah rumit. Proses membukti dan usaha mendapatkan saksi amatlah sulit. Tiada gunanya mendakwa bilangan yang ramai, jika kita tidak mempunyai bukti cukup untuk dapat mensabitkan yang didakwa. Bantulah saya memerangi rasuah dengan mengemukakan bukti.

51. Memerangi rasuah memerlukan komitmen semua pihak. Usaha memerangi rasuah tidak dapat mencapai kemenangan jika sekadar ditumpukan kepada aktiviti menangkap dan mendakwa. Masalah rasuah tidak berakhir dengan penangkapan jika benih baru masih dibenarkan tumbuh. Laksanakanlah dalam diri masing-masing, dengan kita sendiri tidak dipengaruhi oleh wang ringgit dalam membuat pertimbangan.

52. Kadangkala usaha memerangi rasuah begitu mengecewakan. Saya telah melahirkan harapan supaya mahkamah memutuskan kes-kes rasuah dengan segera, atas dasar ia melibatkan kepentingan awam. Ada tanggapan mengatakan saya memperlahankan langkah menentang rasuah kerana tiada tangkapan yang dilakukan. Tiada tangkapan tidak bermakna saya tidak terus melakukan pemantauan. Ia memerlukan usaha berpanjangan – usaha berterusan. Aktiviti pendidikan dan aktiviti menyemai kesedaran akan ditingkatkan supaya prinsip integriti dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian masyarakat. Langkah-langkah pencegahan akan terus ditingkatkan dengan memperbaiki kecekapan sistem penyampaian dan perkhidmatan awam.

______________________________________________

Terlebih dahulu saya sedar akan kedudukan saya bukan seorang ahli UMNO, pasti ada pihak yang akan mempersoalkan kelayakan saya untuk mengulas ucapan Presidennya. Akan tetapi, sebagai seorang warganegara, saya berpendapat ucapan Perdana Menteri selaku Presiden Parti adalah satu perkara yang tidak boleh diperbezakan kepada dua orang yagn berasingan. Oleh kerana itu, walaupun ia merupakan tek ucapan parti, namun saya masih menganggapkan ia sebagai satu pendirian kerajaan Malaysia.

Sunggupun, secara amnya tidak ada orang boleh menyatakan saranan Perdana Menteri kita tidak benar; walaupun sedemikian, saya yakin masih ada banyak bidang membolehkan kita bincang perkara ini dengan lebih mendalam. Ia termasuklah,

1. Mengkaji kaedah memerangi rasuah sekarang?
2. Kesungguhan kerajaan membanteras rasuah?
3. Pencapain kerajaan meminimakan gelajah rasuah?
4. Keberkesanan tindakan membendung rasuah?
5. Pengikhtirafan masyarakat tentang ketegasan kerajaan melawan rasuah?
6. Sistem perundangan yang efektif dalam siasatan laporan / siasatan rasuah?
7. Keteladanan pemimpin politik melibatkan diri dalam rasuah?
8. Kecekapan menangani rasuah dalam sistem politik yang sedia ada?

Pada kaca mata saya demi untuk memperbaiki barah rasuah yang dikatakan semakin serius terutamanya yang melibatkan politik kewangan dan rasuah yang mengorbankan wang rakyat oleh pemimpin politik wajib dipandang berat. Dalam pada itu, kerajaan dan semua pemimpin politik wajib tertekad suci, berani, sikapmurni, ikhlas dan Kata Di Kota; bukan beromong-omong kosong hanya untuk merais undi semta-mata atau bagaikan melepaskan batuk di tangga sahaja.

Di antara beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk memcapai matlamat kita termasuklah:

1. Meminda Akta Pencegahan Rasuah yang sedia ada untuk memberikan kuasa siasatan dan pendakwaan yang bebas kepada Biro pencegahan Rasuah.

2. BPR juga wajib dipertanggungjawabkan secara langung kepada Parlimen (bukan kepada Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan akan mempengaruhi kebebasan BPR). Laporan tahunan BPR akan dibahaskan oleh wakil rakyat di Parlimen (bukan seperti Laporan SUHAKAM yang dibentang tapi tidak benar dibahaskan).

3. Meminda undang-undang mewajibkan siasat ke atas semua laporan rasuah; terutamanya melibatkan dana wang rakyat, pemimpin negara dan kewibawaan negara. Saya sering mendengar rungutan bahawa BPR dengan pengaruh JPM hanya menjalankan siasatan terpilih. Ikan bilis akan didakwa, tetapi ikan jaws bebas bermaharajalela. Sekiranya ini benar, kenapakah keadaan ini berlaku kalau kita ikhlas seperti Justice Pao? Kalau tidak diperbaiki, wajar rakyat akan beranggapan kerajaan takut untuk disiasat kerana salah (takutkan bayang sendiri?).

4. Mewajibkan BPR memberikan laporan interim / perkembangan siasatan akhir kepada pelapor. Pelapor sewajarnya berhak untuk mengetahui rumusan siasatan demi untuk meningkatkan kredibiliti kerajaan dalam memjana usaha mencapai hasrat gagasan ke-8 Perdana Menteri yang tersebut di atas.

5. Sekiranya perlu, mempertimbangkan Mahkamah Khas Rasuah bagi mempercepatkan kes-kes yang menggadai kepentingan awam. Contohnya, kes Perwaja tidak harus ditangguhkan bertahun-tahun kerana rakyat berhak tahu ketanggungjawaban dan peranan kerajaan mengakibatkan kerugian berbillin-billion ringgit wang rakyat.

6. Pemimpin politik patut memberanikan diri membenarkan BPR menyiasat kejadian politik wang atas dasar tidak ada orang berada di atas undang-undang, termasuk parti politik. Sekiranya parti politik sudah dipenuhi dengan politik wang (kenapa tidak dipanggil Rasuah Politik?), bagaimana kita boleh mengharapkan kita dipimpin oleh pemimpin-pemimpin ang bersih semasa mentadbir negara? Adakah mereka akan pagar makan padi?

7. BPR patut bertungkus-lumus (dengan sokongan kerajaan dan pemimpin politik) meningkatkan kesedaran rakyat tentang bahaya rasuah dari segi perundangan / agama / etika / budaya / sosial, menyakinkan ketegasan BPR dalam peranan gerakan anti rasuah; malahan berikan imbuhan yang minima sebagai ganjaran sekiranya pelapor boleh bantu menjimatkan berjuta-juta wang rakyat dengan membongkarkan rasuah seseorang pemimpin negara.

8. Merancang pembentukan sebuah Suruhanjaya BPR sebagai pemantau pengurusan harian BPR (seperti Lembaga Pengarah Syarikat) dalam mencadangkan perlantikan Ketua Pengarah, Timbalan Pengarah, penggunaan peruntukan dana kerajaan tanpa diganggu oleh orang politik dan sebagainya untuk kelulusan Parlimen.

Pada pandangan saya, gerak-kerja memerangi rasuah di negara ini masih jauh dari sasarannya. Oleh kerana itu, Transparensi International yang mengklasifikasikan negara kita jatuh dari 39 ke tangga 44 boleh dibayangkan melalui 4 ayat berikut:

Orang kampung hidup pegang kepada janji,
Orang besar suka mendengar kata-kata puji;
Walaupun tumbuk rusuk satu perbuatan keji,
Tekad pemimpin politik kita masih diragui!

Adakah anda setuju dengan pendapt saya?