Sunday, August 05, 2007

Kuasa Ajaib Kad Gerak

Satu kejadian ajaib telah berlaku atas seorang kawan saya. Kelmarin ada orang kawan telah pergi ke sebuah pejabat kerajaan untuk membeli surat laporan rasmi.

Bayaran rasmi laporan adalah RM2.00 sekeping; tetapi seorang daripada 2 orang pegawai petugas telah cuba meminta jumlah RM5.00 termasuk RM2.00 bayaran rasmi.

Dengan kesedaran bahawa salinan muka pertama laporan itu telah dikepikkan dengan sekeping kad nama daripada Gerak; seorang lagi pegawai petugas menegur pegawai pertama tadi lihat baik-baik baru sebut harga.

Spontan, kedua-dua pegawai betugas mengubah bayaran kepada RM2.00 sahaja.

Dengan itu, tanpa bertanya banyak kawan saya dapat DISKAUN RM3.00 dan bayaran RM2.00 rasmi sahaja.

Saya berfikir-fikir dan terperanjat kad nama Gerak membawa kuasa ajaib untuk mendapat diskaun?

Ini memang satu kisah benar, bukan cerita rekaan. Email saya jika untuk tahu lebih lanjut cara boleh menjimatkan wang anda.......

No comments: