Pemuda berasas daripada Johor menjadi orang terkenal bukan sahaja dari segi bilangan kuantiti, ia juga menrangkumi segenap lapisan orang daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Wakil Rakyat, pegawai kerajaan, pemimpin parti politik............ Ini memang satu rekod baru kerana mustahil seorang pelajar tidak pernah popular sebegini.
Tetapi di sini saya bukan berhasrat untuk membela tindakan beliau; tetapi serentak dengan suasana riuh-rendah kecam-mengecam, ugut-mengugut dan marah-kemarahan sudah timbul beberapa persoalan yang WAJIB semua orang yang pernah bersuara dalam isu ini MENJAWAB:
a. Berlandaskan prinsip tidak bersalah sebelum dihukum oleh mahkamah, seseorang itu masih bebas. Kenapakah dalam isu ini hampir semua Menteri Kanan sudah mulai mengutuk, mengugut ke atas pengubah lagu?
b. Sekiranya ada unsur-unsur menyalahi undang-undang, adalah tanggungjawab kerajaan menyegerakan pendakwaan ke mahkamah, kenapakah kerajaan tidak berbuat demikian?
c. Menteri yang lantang pula, perlu menjelaskan kesalahannya dengan jelas, undang-undang mana? Perkara berapa? Dengan itu, barulah boleh pengubah menyediakan pembelaan. Tanpa tuduhan yang jelas, bagaimana beliau boleh membela diri?

Saya juga pening kepala kenapa jadi begitu!!!!
No comments:
Post a Comment