Saturday, August 11, 2007

Pasukan Keadilan

Ini adalah di antara anggota Pasukan Keadilan KL-Selangor yang kemungkinan besar akan mewakili parti dalam pilihanraya umum akan dating sebagai CALON.

Menurut maklumat yang dipercayai, penyokong PKR bawahan mulai meluahkan perasaan ketidakpuasan rundingan peragihan kerusi dengan DAP khasnya.

Kawasan yang menjadi rebutan termasuklah:

Parlimen: Sarawak – Setamping, Miri, Sibu dan Bintulu; Ipoh Timur, Ipoh Barat, Teluk Intan, Taiping, Tanjung & Jelutong.

DUN: Selangor – Seri Kembangan, Kg Tunku, Rawang dan Kinara; Pulau Pinang - Tambun.

Maklumat dalaman yang boleh dipercayai sudah memutuskan penyokong parti akan terus dengan pertanding 3 penjuru sekiranya MPT pusat gagal menyelesaikan dan berjaya menyejukkan ketidakpuasan berkenaan.

Pilihan alternatif termasuklah menggunakan logo parti pembangkang lain atau calon bebas sekiranya PKR tidak memberikan Surat Lantikan. Walaubagaimanapun, ini adalah pilihan terakhir jika semua saluran penyelesaian gagal dirumuskan.

Ketidakpuasan ini berpunca daripada kepimpinan pembangkang gagal menerima dan menimbangkan faktor kebolehan menang wakil sesebuah parti. Sebaliknya, mereka hanya mementingkan muka sahaja.

William Leong – Bendahari Pusat Parti Keadilan Rakyat.

Sivarasa – Naib President Parti Keadilan Rakyat.

Ang – Ahli MPT Parti Keadilan Rakyat.

Elizebert Wong - Pembantu Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Aktivis Suaram.

Cheah SS – Naib Ketua Angkatanmuda Selangor Parti Keadilan Rakyat. Beliau mensasarkan DUN Kinara, Selangor.

Chua SK – Setiausaha William Leong, Bendahari PKR.

Hee LH – Timbalan Ketua Perhubungan Selangor merangkap Ketua Bahagian PJU Parti Keadilan Rakyat. Beliau mensasarkan DUN Kampung Tunku, Selangor.

Lee SK – Timbalan Ketua Bahagian Ulu Langat merangkap aktivis NGO.

Tian Chua – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat dan bekas tahanan ISA.

Gan PN – Ahli Exco Wanita Pusat dan kordinator Parlimen Batu.

No comments: