Thursday, August 09, 2007

Pengenalan Bakal Calon PKR

Di sini mengambil kesempatan ini untuk memperkenakan beberapa bakal calon Parti Keadilan Rakayt yang saya kenalpasti.

Di bawah ini adalah Lau Teik Hai, Ketua Penerangan Angkatanmuda PRK. Gambar ini diambil semasa beliau menemui para penjaja di Berkely, Klang. Dia akan bertanding DUN Senawang, Negeri Sembilan.

Di bawah ini adalah Kharul Anwar, Naib Ketua Angaktamuda PKR. Gambar ini diambil semasa beliau mengetuai rombongan penduduk Batang Berjuntai ke IPKJ Selangor membuat aduan keganasan. Beliau adalah salah seorang aktivis pejalar UPM (fakulti Kejuruteraan) dan dihentikan pengajiannya kerana melibatkan diri dalam gerakan reformasi. Kini dia terus aktif dalam Kesatuan Sekerja. Dia akan bertanding di DUN Sementa, Selangor.

Di bawah ini adalah Hee dan Pei Nie. Hee merupakan Ketua Bahagian PJU, Selangor merangkap Timbalan Ketua Perhubungan Negeri Selangor. Gambar ini diambil semasa satu jamuan makan malam. Dia akan bertanding di DUN Bukit Tunku, Selangor (mungkin 3 penjuru bersama calon DAP).

Pei Nie merupakan salah seorang aktivis pelajar dari universiti. Dia pernah disoal-siasat kerana membantu Tian Chua semasa pilihanraya yang lalu. Dia akan bertanding salah satu DUN di Selangor.

Di bawah ini adalah Faris Musa merangkap Timbalan Ketua Angkatanmuda PKR pusat. Beliau adalah seorang aktivis yang berpengalaman sejak zaman reformasi, lantang menyuarakan / membawa suara rakayt. Dia akan bertanding di Terengganu (kampung beliau).

Di bawah ini adalah Ang bekas calon Parlimen Kapar. Seorang veteren Parti Rakyat yang berprinsip dan pendirian teguh. Dia adalah bekas Timbalan Setiausaha Agong PKR Pusat. Beliau akan bertanding di salah sebuah Parlimen di Lembah Klang.

Di bawah ini adalah Cheah seorang graduan UTM yang sudah banyak tahun aktif dalam gerakan reformasi. Dia merupakan Naib Ketua Angkatanmuda PKR Selangor yang fasil bertutur dalam pelbagai bahasa. Dia akan bertanding di DUN Kinara, Selangor.



No comments: