Saturday, August 25, 2007

Lagi Sendiwara Pendakwaan

Semenjak tahun lalu, isu mahligai Klang menjadi bual-mulut yang paling popular. Kini, mahligai tersebut masih tersergam di situ, tetapi perkampungan Kg Berembang pula nasib malang terpaksa dirobohkan beberapa kali secara kekerasan, termasuk surau setempat.

Sepertimana telah dikata-katakan awal lagi, pendakwaan kerajaan hanya satu sendiwara untuk menyejukkan suasana pada ketika itu. Menerusi pengumuman mendakwa YB dan tuan punya mahligai, rakyat memang berasa lega dengan mengharapkan satu pengadilan yang saksama, tanpa mengira kaya-miskin.

Namun sedemikian, selepas isunya sejuk dan mula dilupai oleh orang ramai, kerajaan telah tiba-tiba menggugurkan semua pendakwaan tanpa penjelasan sebab-sebabnya.

Persoalan yang timbul:

a. Kalau kes-kes yang dihebor-heborkan itu memang sudah dirancang untuk pengguguran, kenapa kerajaan membuang masa Pejabat Pendakwaraya sebelum ini?

b. Sekiranya memang tidak ada bukti (saya andaikan), siapa yang memutuskan untuk pendakwaan awal? Apakah motifnya berbuat demikian?

c. Sebaliknya, pengguguran pendakwaan ini bukan kerana ketiadaan bukti, apa sebab 27 kes semuanya ditutup, jika tindak-tanduk sebelm ini BUKAN SENDIWARA POLITIK?

No comments: