Thursday, August 30, 2007

Merdeka dari Rasuah 2007

Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi telah menaja Zainuddin berjaya menjelajahi seluruh Semenanjung Malaysia semperna ketibaan hari kemerdekaan.

Di antara misi beliau adalah membawa memorandum kepada semua Ketua Menteri dan Menteri Besar menyeru kerajaan bekerja mengarah kepada "Merdeka dari Rasuah" kerana "Belia Benci Rasuah".

Petang tadi, lebih kurang pukul 4.00pm, rombongan bermotosikal telah selamat tiba di pejabat Perdana Menteri, Putrajaya serahkan memorandum yang sama kepada Perdana Menteri Malaysia.

Semoga menerusi pengorbanannya selama 10 hari menjalankan ekspedisi solo bermotosikal ini akan menyedarkan masyarakat dan ketua-ketua kerajaan akan kepentingan Merdeka dari Rasuah itu penting kepada negara dan rakyat.

Berikut adalah beberapa sedutan detik-detik penting yang akan menjadi salah satu titik sejarah Malaysia.

Rombongan Motosikal tiba di JPM, Putrajaya diketuai oleh Zainuddin.


Rombongan motosikal dari Seremban.



Zainuddin dan Badrul Hisham sedang menjalan ke pejabat Perdana Menteri.



Penyokong dan pencinta Anti Korupsi berkumpul berikan semangat kepada Zainuddin, termasuk Pengerusi Gerak Ezam; Pengarah Program Ghani Haroon; Ketua Koordinator Badrul Hisham.





Pengarah Program Ghani Haroon sedang berikan ucapan terima kasih kepada Zainuddin.



Pencinta Anti Rasuah Mempamerkan banner Anti Korupsi.



Laungan MERDEKA oleh semua pendokong Gerak dan Pembenci Rasuah.



Pengarah IT Gerak Shahidah sedang membaca kandungan Memorandum Merdeka dari Rasuah dari Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi.



Zainuddin dianugerahkan dengan topi (bertanjak dari bendera Malaysia) sebagai penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan beliau selama 10 hari.




Sebahagian ahli rombongan mengambil gambar kenangan di tepi tasik Putrajaya bersama dengan Pengerusi Gerak.




Pengerusi Gerak sedang membincangkan sesuatu dengan ahli Gerak baru dari Kuala Lumpur.



Zainuddin serta-merta mendapat perhatian pengunjung Putrajaya (mahasiswi UniTen) atas usaha berliau lalu mohon gambar bersama untuk kenangan abadi.

Wednesday, August 29, 2007

BPR Terima Cabaran Baru dari PKR

Petang tadi rombongan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang diketuai oleh Wlliam Leong, Bendahari Pusat; Ang, Pen. Setiausaha Agong Pusat; Gan Pei Nie, Exco Wanita Pusat; Ginie Lim Exco Angkatanmuda Pusat; Cheah Sang Soon, Naib Ketua Angkatanmuda Selangor dan beberapa penyokong telah menampilkan diri ke Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya membuat laporan rasmi minta siasatan penuh ke atas isu PKFZ.

Rombongan PKR telah bawa bersama semua butiran tentang penyelewengan yang melibatkan wang rakyat sejumlah RM4.6 billion = RM4,600 juta = RM4,600,000,000.00 = 2 kali ganda skandal Bank Bumiputra Finance pada 1980an = setiap warganegara tanggung lebih kurang RM185 per kapita (25 juta penduduk).

Jika jumlah wang ini disambungkan kepanjangan wang kertas RM1.00 adalah = 12CM X 4,600 juta = 55,200 juta CM = 552 juta Meter = 552,000 kilometer panjang = lebih kurang dengan wang kertas RM1.00 boleh disambung sepanjang lebuhraya daripada Johor Bharu-Bukit Kayu Hitam ulang-alih sebanyak 552 kali (sehaluan lebih kurang 1,000km). Dapatkah anda bayangkan kepanjangannya?

Ini juga merupakan satu kecemerlangan negara mencapai kemerdekaan 50 tahun benar-benar ME-REKA satu rekod baru negara oleh Barisan Nasional.

Rombongan pengadu: (kiri ke kanan) Chan,Ginie, Pei Nie, Cikgu Lee, Ang, William Leong, Cheah Sang Soon & Chan CK.



Salinan surat pengesahan penerimaan oleh wakil BPR.



Buku Laporan setebal melebihi 400 mukasurat dipegang oleh: Cikgu Lee, Ang & William Leong.



Rombongan ditemubual oleh wartawan.





Laporan Penyelewengan MSN

Isnin yang lalu, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi telah memimpin Yap Yee Yin bekas Jurulatih Gimnastik Negara mendedahkan penyelewengan dana Majlis Sukan Negara.

Pendedahan ini amat memeranjatkan masyarakat kerana Majlis Sukan Negara turut dituduh terlibat dengan salah-guna dana awam dalam usaha meningkatkan martabat sukan negara.

Kini, ada pihak beranggapan mungkin oleh kerana kepincangan pentadbir MSN telah mengakibatkan prestasi sukan jauh merosot seperti bola sepak juga kalah kepada pasukan Iraq yang dilanda peperangan.

Nota: sila klik atas gambar untuk pembesaran / bacaan.

Laporan Nanyang Siang Pau 28-08-2007.




Laporan The Star 28-08-2007.



Laporan News Straits Time 28-08-2007.



Laporan Metro 28-08-2007.



Laporan berkaitan di:
1 http://www.malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=7622

2 http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=916&Itemid=49

3 http://www.malaysiakini.com/news/71658

Monday, August 27, 2007

Majlis Sukan Negara Seleweng Pula!!!

Semperna Gerak menganjurkan XPDC jelajah negara berslogan "Merdeka dari Rasuah", pagi tadi Pengerusi Gerak telah sekali lagi mendesak Kementerian Belia dan Sukan mengambil tindakan tegas ke atas penyelewengan dana Majlis Sukan Negara yang memang terancang.

Bersama dengan Pengerusi Gerak, seorang bekas Jurulatih Gimnastik Kebangsaan, Cik Yap YY berusia hanya 21 tahun telah memberanikan diri untuk menunaikan tanggungjawab warganegara untuk membendung gejalah korupsi dalam sistem pemerintahan kerajaan.

Menurut Yap, terdapat seorang perantara dari Majlis Sukan Negara untuk merundingkan perkongsian 50:50 ke atas lebihan bayaran alaun jurulatih selama 13 bulan.

Sungguhpun Yap telah banyak kali berkomunikasi dengan MSN dan orang perantara, namun pembayaran itu diteruskan selama 9 bulan lagi.

Dengan menyedari keikhlasan peribadi Yap berasaskan prinsip agamanya tidak berhasrat untuk bersubahat dengan kumpulan penyeleweng; orang perantara akhirnya cuba memujuk beliau pulangkan semua bayaran dengan alasan masalah teknikal dan menyapu kejadian ke bawah karpet.

Persoalan: Kenapakah pembayaran masih diteruskan selama 9 bulan walaupun Yap telah banyak kali membawa perkara ini ke perhatian MSN dan Kementerian?

Apa pula perhubungan di atas orang perantara yang begitu berani dan yakin dengan pengurusan MSN?

Kenapa MSN dan Kementerian enggan bertindak serta-merta sebaik sahaja menerima aduan?

Kenapa pula MSN dan Kementerian tidak memjawab masalah pengadu daripada Yap?

Berapa ramai lagikah kejadian sedemikian telah, sedang dan akan terus berlaku jika Menteri terus berpeluk-tubuh?

Pada perhatian kami, dalam Pejbat Menteri terdapat banting yang menyebut: "Belia Benci Dadah"; tetapi semperna XPDC Zainuddin ke seluruh negara ketika meraikan kemerdekaan Malaysia, nampaknya Zainuddin jauh lebih berwawasan kerana beliau menegaskan "Belia Benci Rasuah" dan "Rasuah Musuh No 1 Negara".

Ini kerana, andaikata dengan ketiadaan rasuah maka masalah pembekal dadah akan pupus melalui penguatkuasaan undang-undang. Lanjutan itu, bolehkah / beranikah Menteri Belia dan Sukan menukar slogannya kepada "RASUAH MUSUH NO 1 NEGARA" di pejabatnya untuk menjadi satu teladan yang baik?

Beberapa sedutan gambar diambil semasa penyerahan memorandum ke pejabat Menteri:

Ghani Haroon, Ezam dan Yap sedang menunggu kebenaran dan aturan pegawai untuk menerima memorandum. Semasa dalam perjalanan, Setiausaha Gerak telah dimaklumkan bahawa Kementerian tidak ada sesiapa pegawai untuk menerima memo walaupun kehadiran Yap sudah diberitahu minggu lalu. Semua cuba elak kut????



Ezam sedang menerangkan isi kandungan memorandum tersebut kepada Setiausaha Akhbar Menteri.



Ghani Haroon dan Yap turut sertai dalam sesi perbincangan.



Yap dan Ezam sedang ditemuduga oleh wartawan.




Ezam, Ghani dan Yap sedang berjalan menuju ke pejabat Menteri.



Seperti biasa kunjungan wartawan dan Pegawai Cawangan Khas sedang memantau kenyataan akhbar semua orang.

Saturday, August 25, 2007

Kawasan Menteri, Rakyat Selesa?

Masyarakat Cina mempunyai satu tanggapan bahawa kawasan Parlimen Menteri, wajib sokong BN kerana dia akan bawa banyak manfaat. Adalah persepsi ini masih tetap pada hari ini?


Apa yang kita tatapkan dalam tempoh masa 1 bulan yang luli di Rawang (Parlimen Selayang) jelas tanggapan itu sudah layu dan salah sama sekali.

Apabila penduduk kampong bergelutan dengan gergasi TNB dalam proses pengambilan tanah yang sudah didiami oleh penduduk berpuluh tahun, ahli Parlimennya masih berpeluk tubuh. Beliau yang bergelar YB hanya membuka mulut selepas berlaku pergaduhan tubuh, namun hanya kadar mengaturkan penemuan dengan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.


Tidak ketinggalan juga perlu dimaklumkan bahawa, DUN Rawang juga diwakili oleh seorang EXCO Kerajaan Selangor. Melebihi 70% penduduk di situ juga merupakan ahli kepada MCA.

Daripada perkembangan, jelas membuktikan bahawa kawasan Menteri dan EXCO TIDAK SEMESTINYA MEMBAWA TUAH kepada setempat. Kegagalan mereka menyelesaikan kesengsaraan rakyat memadai menyokong kenyataan ini.

Kesimpulan, rakyat TIDAK wajar dikaburi dengan jawatan Menteri dan EXCO sewaktu mempetimbangkan sokong dalam pilihanraya akan datang. Yang penting adalah keikhlasan, kegigihan dan keberanian seseorang wakil rakyat, bukan jawatan dalam kerajaan ataupun parti politik.

Seorang wagra emas sedang berlutut atas tanah minta jasa baik ADUN / EXCO Selangor menghulurkan bantuan yang sepatutnya.


Akibat kebuntuan dan kegagalan ahli Parlimen dan ADUN menyuarakan kesusahan rakyat, penduduk kampong terpaksa berhijrah ke Pejabat Perdana Menteri yang dahulu dia mengelar diri suka dengan kata benar rakyat. Setakat ini, saya tidak ada maklum-balas samada rintihan rakyat sudah masuk telinga Perdan Menteri belum. Masa akan memberikan satu jawapan yang sebenar.
Lagi Sendiwara Pendakwaan

Semenjak tahun lalu, isu mahligai Klang menjadi bual-mulut yang paling popular. Kini, mahligai tersebut masih tersergam di situ, tetapi perkampungan Kg Berembang pula nasib malang terpaksa dirobohkan beberapa kali secara kekerasan, termasuk surau setempat.

Sepertimana telah dikata-katakan awal lagi, pendakwaan kerajaan hanya satu sendiwara untuk menyejukkan suasana pada ketika itu. Menerusi pengumuman mendakwa YB dan tuan punya mahligai, rakyat memang berasa lega dengan mengharapkan satu pengadilan yang saksama, tanpa mengira kaya-miskin.

Namun sedemikian, selepas isunya sejuk dan mula dilupai oleh orang ramai, kerajaan telah tiba-tiba menggugurkan semua pendakwaan tanpa penjelasan sebab-sebabnya.

Persoalan yang timbul:

a. Kalau kes-kes yang dihebor-heborkan itu memang sudah dirancang untuk pengguguran, kenapa kerajaan membuang masa Pejabat Pendakwaraya sebelum ini?

b. Sekiranya memang tidak ada bukti (saya andaikan), siapa yang memutuskan untuk pendakwaan awal? Apakah motifnya berbuat demikian?

c. Sebaliknya, pengguguran pendakwaan ini bukan kerana ketiadaan bukti, apa sebab 27 kes semuanya ditutup, jika tindak-tanduk sebelm ini BUKAN SENDIWARA POLITIK?