Semenjak beberapa minggu yang lalu, Parti Keadilan telah mulai merasakan gelombang pemilihan pemimpin parti yang akan berlangsung hujung Mei di Seremban.Di anatara jawatan panas yang sedang diheboh-hebohkan termasulkah:
President Parti
Sunggupun beberapa nama telah ditimbulkan termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah dan Rahman Othman.
Jangkaan saya: orang lain tidak berkemampuan untuk menanding jawatan President selain daripada Dato Seri atau Datin Seri bergantung kepada kelayakan menyandang jawatan parti sebelum April 2007. Calon-calon lain akan memberikan lalu dan menarik diri kerana peluang untuk menang amat-amat ipis pun.
Timbalan President
Pemimpin yang telah memperolehi pencalonan termasuklah Dr. Syed Husin Ali, Azmin Ali, Tian Chua dan Ezam Mohd Nor.
Jangkaan saya: Sedia maklum bahawa Ezam telah mengumumkan pengunduran daripada memegang sebarang jawatan dalam barisan kepimpinan, maka beliau tidak akan menerima pencalonan ini.
Kemungkinan besar ia akan ada pertandingan 3 penjuru di antara Dr. Syed Husin Ali, Azmin dan Tian Chua. Ini kerana kemungkinan besar Dr. Lee Boon Chye tidak akan mempertahankan jawatan sandangan beliau sekarang sebagai Naib President.






















