Sunday, October 14, 2007

Gaya Bakal Calon PKR

Ini merupakan gaya beberapa orang bakal calon ketika menjalankan program mengedaran risalah di Klang du minggu yang lalu.

Seperti biasa, bakal-bakal calon berpotensi akan cuba memperkenalkan diri kepada masyarakat menjelang pilihanaraya.

Berikut adalah ucapan Penolong Setiausaha Agung PKR Dr. Xavier bersama dengan Bendahari Perhbungan Negeri Selangor S. Kottapan.



Ucapan ringkas oleh Setiausaha Agung PKR Pusat Tan Sri Khalid Ibrahim.


Rombongan mengedarkan Agenda Ekonomi Baru, Suara Keadilan dan risalah-risalah lain.


Ucapan ringkas Pemangku Ketua Bahagian Shah Alam Harris Abu Bakar bersama Cheah SS selaku Naib Ketua Angkatanmuda Selangor.


Ucapan ringkas oleh Ahli MPT Animah Ferrar.



Ucapan ringkas oleh Ahli MPT Ang.


Makluman dalaman daripada BN menyatakan PKR alami kegagalan kerana kononnya tidak ada sambutan. Bagaimana pun ia disangkal oleh PKR kerana sebenarnya ini hanya satu program edaran risalah bukan ceramah umum. Mereka hanya mengambil kesempatan untuk sampaikan ucapan ringkas, tetapi telah dieksploitasikan oleh pihak BN sebagai tiada sambutan untuk mengambil kredit.

Friday, October 12, 2007

Kebijaksanaan Mufti Perlis

Syabas kepada Mufti Perlis kerana ketegasan menyatakan bahawa kerja kebajikan seperti menderma organ badan adalah satu amal.

Masysrakat Islam tidak perlu mempersoalkan siapa penerima sumbangan organ dari penyumbang walaupun di beragama Islam.

Beliau kata demikian untuk membidas kenyataan dan pendapat segelintar orang cuba menghasut orang Islam jangan menderma jika tidak pasti penerimanya adalah TERHAD kepada orang Islam sahaja.

Saya melihat kenyataan ini tepat pada masanya untuk mengikis pihak-pihak tertentu menangguk ikan di air keruh dan cuba salahpandu masyarakat.

Memang benar, jika kerja amal juga cuba membeza-bezakan agama seseorang, maka pasti negara dan dunia ini akan hulu-hara. Terbukti ini adalah satu contoh fikiran sempit yang hanya akan menjejaskan imej baik Islam itu sendiri jika tidak diperbetulkan.

Cuba kita bayangkan beberapa contoh berikut:

1. Adakah orang Islam sanggup melihat orang kemalangan mati kerana kehilangan darah dengan sikap jangan menderma darah?

2. Sebaliknya, menurut pandangan ekstrimis ini adakah orang Islam boleh menerima sumbangan darah pada saat-saat kecemasan? Jika tidak, sanggup biar sendiri mati?

Memang ini hanya di antara 2 contoh yang kita boleh lihat setiap hari.

Yang pasti, bantu-membantu tidak ada batasan kepercayaan tanpa mengira agama sesiapa pun.

Semoga golongan berfikiran sempit ini insaf segera, sikap mereka boleh menghancurkan keharmonian dunia ini.
Perjuang Demokrasi Bukan Negara Buddha


Kebangkitan golongan Sami di Myanmar telah mempelopori dan merangsangkan semangat perjuangan demokrasi di negara itu.

Mujurlah, semangat perjuangan di Myanmar ini berlandaskan demokrasi dan hak asasi manusia. Sungguhpun ia melibatkan Sami, namun mereka tidak meperjuangkan Myanmar sebagai sebuah negara Buddha walaupun 95% penduduknya beragama Buddha.

Mereka sedar, dalam perjuangan jika melibatkan mana-mana agama sebagai matlamat, pasti akan melemahkan sokongan sedunia.


Umpamanya, jika reformis Myanmar melaung-laungkan penubuhan Negara Buddha, sudah pasti penganut agama lain akan berpeluk tubuh. Lantaran itu, negara-negara seperti Europah, Amerika, Asia Tenggara dan China akan sukar untuk menyahut perjuangan mereka.

Kesan, hari ini jelas kita melihat hampir seluruh dunia sedang dan akan terus mengutuk kekejaman dan kezaliman kerajaan Myanmar membunuh warganegaranya sendiri.

Paparan gambar pengorbanan seorang wartawan Jepun dan mangsa pembunuhan kerajaan tersebar luas.

Tidak ketinggalan kepada pentadbir atau pengkritik Myanmar, wajib tepuk dada tanya selera adakah negara kamu lebih baik daripada Myanmar? Jika tidak, jangan pandai penunjuk jari pada orang lain, semak diri dahaulu.


Kajilah tuntutan Pemuda BN terhadap Myanmar dengan keadaan dalam negara sendiri seperti pemansuh akta menghalang kebebasan bersuara, hentikan penangkapan dan sebagainya. Saya bimbang, silap kata nanti lidah tikam sendiri jika dibalas oleh Myanmar.

Berikut adalah 6 perkara tuntutan Pemuda Barisan Nasional:

1. Pulangkan ketenteraman di Myanmar.

2. Berhenti menangkap dan menyeksa tahan politik, menjamin pembicaraan yang adil tertaraf antarabangsa, memansuhkan akta menghalang kebebasan bersuara serta memperbaiki keadaan penjara.

3. Membena sebuah negara makmur dalam ekonomi dan adil.

4. Menghormati hak asasi manusia warga Myanmar.

5. Toleransi kebebasan beragama.

6. Mempercepatkan proses demokrasi.









Monday, October 08, 2007

Tahukah Pengguna CELCOM!!!

Kepada semua pengguna Celcom Minit Plan, walaupun kamu dikatakan sebagai ‘Post Paid Customer’ TETAPI sebenarnya anda telah PRA-BAYAR 1 BULAN PENDAHULUAN.

Contohnya bil September 2007, anda telah dipaksa membayar bayaran plan bulanan sehingga hujung bulan October 2007.

Ia bukan seperti Digi & Maxis, awal bulan October 2007, kita membayar jumlah penggunaan sehingga hujung September 2007.

Oleh itu, POST PAID Celcom sebenarnya adalah PRE-PAID. Adakah wakil Celcom menerangkan perkara ini kepada anda ketika membuat pendaftaran POST-PAID?

Bandingkan kenyataan billing di bawah:




Saturday, October 06, 2007

Dilema Orang Awam Tangkap Perompak

Selalunya kita mendengar seruan demi seruan ‘rakyat mesti berikan maklumat dan kerjasam adengan pihak berkuasa’, ‘rakyat jangan berpeluk diri, berkerjasama menangkap pencuri dan perompak’, ‘rakyat perlu prihatin di antara satu sama lain’, dan bermacam-macam lagi slogan berkumandang tepi telinga kita.

Pada waktu yang sama, selain daripada pemohonan maaf Kerajaan Malaysia kepada kerajaan Indonesia kerana salah tahan dan menyeksa jurulatih sukan dari Indonesia bulan lalu.

Beberapa hari yang lalu, timbul pula desakan mohon maaf daripada kerajaan Malaysia lagi kerana RELA salah tahan isteri pegawai Dutanya yang mempunyai status Diplomat. Kerajaan Malaysia mempunyai versi cerita berbeza dengan versi Duta Indonesia di Kuala Lumpur.

Dalam percanggahan kes ini, yang pasti MESTI ada satu pihak TIDKA bercerita benar. Sebagai warga rakyat Malaysia sebagai Negara Islam Hadhari (menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Malaysia tidak pernah berstatus secular); kejadian yang mendukacitakan ini berlaku dalam Bulan Ramadhan amat menyedihkan.

Sementara kita menghayati semangat murni Hukum Islam dalam bulan puasa, nampaknya pihak berkuasa gagal menonjolkan keprihatinan sejajar dengan sifat MAAF, ZAHIT dan BATIN.

Kesedihan terhadap pihak kerajaan juga dirasai oleh anak Malaysia sendiri. Esok petang, masak tempoh 7 hari paksaan dan ugutan BPR kepada 2 orang warga Malaysia untuk mnyerahkan pemberi maklumat rakaman video melibatkan skandal pihak kehakiman.

Begitu juga, menurut laporan hari pendedahan Manikawasagan tentang prasangka kes pembunuhan seorang artis India.

Dalam kedua-dua kes ini, nampaknya pihak berkuasa lebih cenderung kepada minta ke atas pelapor, bukan pihak yang disyaki terlibat dengan unsure-unsur jenaya.

Pada saya, ini berlaku dalam bulann yang mulia ini amat sedih di mana sewajarnya semua rakyat Malaysia kongsi bersama penghayatan nilai dan semangat Ramadhan, demi keadilan, kebenaran dan membela pihak yang ditindas atau kurang diberi pembelaan. Hakikatnya mungkin berbeza dengan nilai-nilai pembelajaran kita.

Kejadian umpama ini juga berlaku di luar negara seperti Myanmar minggu lalu. Salah satu faktor pembawa masalah adalah anggota penguatkuasa tidak memakai unifom dan memperkenalkan diri ketika menjalankan tugas.

Gambar di bawah membuktikan polis rahsia Myanmar berpakaian buruk sedang menahan seorang awam di Rangoon.



Mengalih dalam negara pula, minggu lalu di Seberang Prai di mana polis rahsia berpakaian ala perompak kononnya cuba menahan penjual VCD haram. Oleh kerana pakaian dan wajahnya tidak secocok dengan pegawai penguatkuasa (yang bersandar di kereta polis); lantaran itu masyarakat awam telah berganding-bahu menahannya.

Dukacitanya, dia terus enggan menunjukkan kad kuasa/identitin; sebaliknya polis menahan orang yang tolong menahan orang yang disyaki sebagai polis.



Tidak kurang hebat juga kejadian di Klang ketika YB Teng membawa isu Intana Zakaria. Telah diambil gambar, orang yagn disyaki penyamar polis (dalam kurungan garisan merah) dan orang yang menunjukkan watak-watak ala bukan manusia.



Adakah semua ini berlarutan boleh memanfaatkan masyarakat?

Boleh menambah keyakinan masyarakat ke atas pihak berkuasa?

Bagaimana ketua penguatkuasa menangani perkara ini?

Berapa kali lagi kerajaan kita terpaksa mohon maaf dengan negara lain (mohon maaf kepada China dan Indonesia) kerana kesilapan pegawai penguatkuasa?

Apa pula pendirian Kerajaan Rakyat, Oleh Rakyat, Untuk Rakyat?
Cadangan MAS Beli Shukoi Baru

Mungkin kerajaan Malaysia akan timbang untuk membeli Sukhoi yang terbaru dalam kategori penumpang ciptaan terbaru.

Mudahan-mudahan isu komisen ratusan juta tidak akan berulang lagi kerana itu adalah peluh-darah cukai rakyat.

Masalah Rakaman Video

Sekumpulan 3 orang yang beribaratkan pesakit lumpuh kerana mereka akui tidak berkuasa untuk:

a. Menyaman kehadiran saksi-saksi penting memberi keterangan.
b. Melindungi saksi-saksi / pemberi maklumat yang sedang dalam ketakutan.
c. Mendakwa pihak-pihak yang bersalah (samada orang dalam video tape jika ia benar atau pencipta video tape itu hanya ciptaan mala-fide).

Lumrahnya, mana ada pesalah yang menyerah diri jika tidak terdesak? Jika orang yang merancangkan konspirasi itu sudah insaf, maka dia patutnya sudah serah diri lebih awal lagi.

Seandainya kerajaan ikhlas untuk mempertahankan dan memelihara kewibawaan Kehakiman, kenapa Suruhanajaya DiRaja tidak boleh ditubuhkan agar ke-tiga-tiga kelemahan yang tersebut di atas boleh di atas?

Pengakuan “kelumpuhan” kumpulan ini hanya mengharapkan simpati orang ramai memberi maklumat. Jika dengan Badan Pencegah Rasuah Perkara 53 yang hanya melindungi identity saksi tidak diyakini, bagaimana kumpulan ini boleh yakinkan orang ramai?


Kumpulan ini akan mengenal-pasti kesahihan video ini dalam tempoh 30 hari.



Hanya mendoa agar orang ramai tampil ke depan tanpa sebarang perlindungan identiti dan imuniti dalam proses perundangan. 30 hari nanti kita akan boleh saksikan keberkesanan mereka.



Laporan ini memetik kenyataan Menteri Undang-undang mewakili Ketua Hakim Negara tidak perlu membuat penjelasan dan Menteri itu layak menjadi jurucakap bagi pihak Ketua Hakim Negara.



Menteri Undang-undang lantang membantah tindakan Majlis Peguam Malaysia sambil menyeru peguam menyertai parti politik pembangkang. Adakah dia sudah tahu video tape itu tidak benar maka tergesa-gesa membuat kesimpulan?



Bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang mendakwa diri adalah mangsa konspirasi kehakiman, maka dia akan menuntut ganti rugi sejumlah RM39 juta. Ingat akibat kesilapan pentadbir, rakyat mungkin kena tanggung rugi RM39 juta darip hasil cukai kita!!!



Universiti Penyema Pengundi Hantu

Pemilihan Perwakilan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya telah sah membuktikan kewujudan pengundi hantu. Menurut Akta Universiti dan Kolej Universiti hanya pelajar mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda sahaja layak membuang undi.

Di Kolej 12 UM, wakil calon telah Berjaya menahan beberapa orang pengundi hantu (berapa ramai lagi yang terlepas hanya perancang / Ketua Undi Hantu yang tahu) memaksa pihak pengurusan universiti membatalkan kertas undid an dijalankan pengundian semula.

Atas dasar ini, terpapar di depan mata kita universiti sudah menjadi tapak semaian Pengundi Hantu sebelum mereka menjejak kaki keluar daripada menara gading. Ini tidak patut berlaku kerana universiti merupakan tapak pemcarian ilmu dan bebas daripada sebarang pencemaranan penyelewengan.

Laporan akhbar ini bahawa pengakuan universiti terpaksa membatalkan kertas undi dan pengundian semula dijalankan.


Laporan ini menjelaskan pejabat Hal Ehwal Pelajar UM telah menahan 14 orang calon untuk membuat penjelasan kenapa calon menggunakan Youtube sebagai publisiti. Oh, pelajar tidak boleh guna kemudahan IT untuk merayu undi????

Tragedi perampas computer pelajar oleh Pegawai Keselamatan telah memberikan taparan besar atas imejnya. Peralatan computer yang dirampas oleh pihak universiti memaksa pelajar membuat laporan polis kerana harta persendirian dirampas oleh pihak berkuasa tanpa alasan yang munasabah. Juga jelas kelihatan pelajar universiti giat mempertahankan hak-hak asasi manusia dengan menahan kenderaan mereka ketika membuat rampasan secara tidak tamadun.




Tuesday, October 02, 2007

Penghayatan Semangat Ramdahan


Saya mempelajar daripada sejarah Islam, bahawa semangat Ramadhan bukan pada luaran tidak memakan pada waktu siang sahaja.

Pada kefahaman saya, sebenarnya semangat Ramadhan membawa erti yang besar dan mendalam kepada warga Muslimin-musliman. Menerusi "Berpuasa", penganut diajak untuk menginsafkan diri agar hindarkan diri daripada terjerumus dengan kegiatan dosa serta mengingati golongan yang susah serta daif.


Sejajar dengan semangat Ramadhan, saya percaya adalah tepat dalam bulan ini semua pemimpin baik pembangkang mahupun kerajaan bertekad:

1. Memerangi segala rasuah dan korupsi yang melingkupkan ribuan juta wang rakyat setiap tahun. Saya tidak pasti sama pihak berkuasa bersikap peluk-tubuh adalah bertentangan dengan semangat Ramadhan?

Bandingkan Laporan Audit Negara dengan Laporan Audit Singapura hanya setebal 59 mukasurat kerana tidak ada tajuk boleh dipertikaikan (rujuk kepada: http://www.ago.gov.sg). Apakah tindakan telah dilakukan oleh kerajaan Islam Malaysia yang merangkap Pengerusi Negara-negara Islam?


2. Semangat Islam adalah untuk manusia sejagat. Ia tidak mebeza-bezakan warna kulit, keturunan, pertuturan bahasa, kebudayaan mahupun negara asal. Atas prinsip ini, demi untuk membuktikan semangat ini wujud, kenapa pihak pemerintah Islam Hadhari tidak mengharamkan semua parti-parti politik perkauman? Apakah kebimbangan mereka sebenarnya?

3. Marilah kita bersama-sama kutuk sebarang kezaliman dan penindasan semasa manusia yang keji dan kejam. Pembunuhan, pemukulan, penangkapan orang awam tidak berdoasa, tidak mengganas, manakala perhimpunan awam juga dilayani seperti musuh peperangan. Contoh yang jelas adalah pembunuhan di Myanmar minggu lalu.

Semalam, banyak ketua-ketua pertubuhan telah pandai membuat SHOW kononnya lantang membantah ini-itu; Tepuk Dada Tanya Selera dahulu ADAKAH KERAJAAN ANDA SENDIRI JUGA BERBUAT DEMIKIAN? Tepuk air kena muka sendiri? Atau hanya untuk mencari publisiti murah?

Tuhan tahu semua ini. Di dunia satu lagi nanti akan dihitung baik-buruk nasib seseorang itu.

Monday, October 01, 2007

Malaysian Pandai Mencuri Kredit

Saya akan berasa malu dan mengaibkan jika disoal, kenapa warga Malaysia hanya handal mencuri kredit publisiti murah?

Ini satu tindakan yang bukan menjatuhkan maruah partinya, malahan nama baik Malaysia. Dalam soal keganasan Burma / Myanmar, sudah beribu-ribu warga Malaysia bertindak membantah, berpiket, bersuara dan berarak untuk mengecam keganasan kerajaan tentera Myanmar.

Kita bukan hanya menuju kepada Myanmar sahaja, sebagai seorang yang beragama (apa agama pun) sudah pasti tidak sudi melihat kekejaman seumpama ini berlarutan; kecuali golongan yang bersikap ‘munafik politik”.

Nama baik Malaysia lantang menyuarakan keprihatinan hak asasi manusia bukan hanya terhenti takat Merampas Peluang Membaca Kenyataan pada saat-saat akhir sahaja.

Dalam menangani kejaguhan individual, kita tidak menampakkan kesanggupan golongan ini memperjuangkan hak asasi penduduk Kampung Berembang, Rimba Jaya, Rawang dan sebagainya.

Jika kumpulan ini ikhlas, wajar mereka yang berkuasa membenarkan publisiti perjuang-perjuang yang lain mendapat liputan media tempatan yang adil dan saksama.

Dalam gambar berikut, membuktikan wakil NGO lain jauh lebih giat dalam gerak-kerja untuk mengutuk kekejaman kerajaan Myanmar. Hinggalah gambar ini seolah-olah, warga Myanmar juga telah menyertai Parti Keadilan.








Pilihanraya Universiti ala Islam Hadhari

Kemenangan Perwakilan Pelajar oleh Kumpulan Pro-Mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa tahun telah menjatuhkan cermin mata kerajaan Islam Hadhari, kerana mereka terperanjat dengan kegagalan usaha mereka yang ditanamkan melalui Biro Tatanegara serta kewangan.


Oleh yang demikian, lanjutan daripada itu, pentadbir UPM telah mengatur langkah pro-aktif lebih awal melalui RAMPASAN SIANG ala rompakan peralatan computer seorang pelajar tahun 1 berasal daripada Sabah.

Kebangkaitan mahasiswa tanpa mengira kaum di UM telah menampakkan harapan Malaysia. Dukacitanya, kumpulan ditaja oleh Pentadbir pula melaung-laungkan slogan:

Pelajar Cina mesti undi calon Cina.

Jangan calon Cina lawan calon Cina.

Cina mesti bersatu.

Saya hairan, kenapa pentadbir boleh menaja kumpulan calon berfikiran sempit perkauman? Adakah ini memang aturan BN untuk meneruskan Divide & Rule?

Kenapa tidak penaja universiti membawa slogan:

Mahasiswa Malaysia Bersatu.

Pilih calon ynag ikhlas & jujur tanpa mengira kaum.

Mahasiswa pengharum nama universiti.

Semalam hamper 20 calon telah disaman oleh pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk penerangan mengapa menggunakan Video Youtube sebagai salah satu saluran campaign.

Barangkali pilihanraya universiti ala Islam Hadhari DILARANG memperkenalkan diri melalui salur IT sepertimana dipromosikan di bawah skim MSC dan MyICMS886 Kementerian Tenaga, Air dan Multimedia.

Berikut adalah gubahan kritiviti pelajar menggambarkan Sistem Keadilan Pilihanray yang tidak jauh beza dengan urusan SPR.

Barisan Nasional Boleh!

Dengarlah lagu ini: http://www.youtube.com/watch?v=3kG9Emht1Ig