Saturday, July 28, 2007

Bapa Saya ‘Teng Siau Peng’

Pertama sekali WAJIB saya jelaskan terlebih dahulu saya tiak minat untuk mengajak saudara/I mengkaji atau cuba menyebarkan fahaman komunis (Komunis sekarang hebat lawan RASUAH, banyak pegawai tinggi bertaraf Menteri telah dihukum tembak mati, rujuk kepada karangan sebelum ini). Ia penting untuk mempeertahankan saya tidak dimanipulsikan sebagai pemnyebar fahaman komunis di sini.

Sebaliknya, kepada sesiapa yang faham Bahasa Mandarin (tidak pasti ada edisi penterjemahan belum), anatara perbincangan saya atas buku ini adalah untuk bersama merenung semangat perjuang (bukan semangat komunis) yang ada pada mereka seperti Teng Siau Peng. Di antara semangat utama membawa kemenangan Teng adalah:

1. Mereka ikhlas memperjuangkan hak asasi rakyat dan pertahankan golongan ditindas.

Pada zaman tersebut, peragihan hak tanah hanya tertumpu pada golongan bangsawan. Bangsawan telah mengawal hamper sepenuh kekayaan negara. Orang miskin terpaksa menyewe bendang / sawah padi / sawah penanaman dengan sewa yang amat menindas. Selain daripada itu, golongan miskin juga selalu dihina, ditindas, diseksa, dimalukan….

Atas kesedaran ini Teng telah membuat pembaharuan untuk mengagihkan kekayaan dan tanah kepada golongan miskin yang sudah lama ditindas dan amat memerlukan.

Dengan itu, Teng memperolehi sokongan yang padu daripada seluruh negara China kerana bangsawan hanya beberapa orang sahaja.

Pembelajaran: Orang kaya yang menindas orang miskin akan membawa pemberontakan, walaupun mereka adalah satu keturunan warga China yang berbahasa, agama, budaya dan keturunan yang sama.

2. Mereka tunjukan keteladanan dan korban bersama rakyat.

Faktor ke-2 kejayaan Teng adalah keteladanan yang bagus. Semasa dalam perjuang `Long March’ (Bahasa Mandirin – Chang Chen), pemimpin korban bersama rakyat. Rakan karib Teng dan isterinya juga tidak menerima layanan istimewa, seperti peragihan makanan [masa itu ada kebuluran], gaji malahan perkdimatan kesihatan [rumah sakit] benar-benar Diri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah.

Dalam buku tersebut menyatakan pemimpin seperti Teng sendiri bersama-sama mengharungi Sungai Kuning, mendaki gunung salji, merempuh paya, merangkak dalam gua bukit serta berjalan kaki menerusi padang rumput. Keseluruhan Long March berjalan sejauh puluhan batu jaraknya.

Teng suatu ketika bersama rakan hanya memakan daun pokok masak bersama air (tanpa garam atau gula), makan bangkai kuda yang mati akibat peperangan atau kelaparan, makan akar rumput kerana kebuluran.

Dengan semangat berjuang tulin, akhirnya Teng dan rakan-rakan berjaya merais sokongan padu seleruh negara.

Pembelajaran: Hanya pemimpin yang membuktikan keteladanan, keihlasan, tidak berkepentingan diri dan pilih-kasi akan berjaya sebagai tokoh negarawan.

Kepada sesiap yang berminat boleh membacanya.

Nota: Buku ini dikarang oleh anak perempuan Teng bernama Miao Miao.
Ratu Cantik Melawat Temple

Laporan gambar ini amat menarik perhatian saya, tetapi atas ugutan pihak tertentu saya juga mahu jelaskan SAYA TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENCABAR Perkara 11(4) Perlembagaan.




Gambar ini luar biasa kerana China sebagai sebuah negara Kerajaan Komunis yang tidak percayakan sebarang agama telah membuka dada yang lebih mempelopori banyak kerajaan lain yang mengelar diri sebagai negara demokrasi.

Jelas kita melihat, sebagai tempat ibadat suci sewajarnya penghormatan sentiasa diutamakan kepada mana-mana agama pun. Namun di sini, ratu cantik yang berpakaian ikut cara barat (dari pandangan orang timur mungkin tidak secocok ke rumah ibadat), tetapi pengawal rumah ibadat ini masih menyambut kunjungan romobngan ini dengan penuh kesabaran.

Dengan keikhlasan dan kesucian sanubari pengamal agama bersebut, beliau tidak sama sekali dipengaruhi atau diancam kemurnian dia sebagai seorang pengamal.

Sekiranya semua pemimpin dalam dunia ini mempunyai kelapangan dada untuk menerima orang yang berbeza pendapat, menyahut teguran membena dan jujur, ikhlas; maka pasti dunia ini akan lebih selesa dan aman untuk manusia sejagat di bumi ini.

Bagaimana pandangan anda? Mungkin kerana saya telah menahan komen orang luar agar tidak dikambing-hitamkan orang yang bermotif jahat, maka sebarang pandangan boleh hantar kepada email dalam link di sebelah kanan laman.

Thursday, July 26, 2007

Larangan Komen!!!

Kepada saudara/I budiman, saya akui saya hanya seorang yang kerdil dan daif seperti Taufu yang memang fragile serta tidak berdaya tahan kuat seperti penulis blogger yang lain.

Memandangkan perkembangan terkini mempunyai Kuasa Ajaib cuba menyepak kebebasan menyuarakan pandangan (sebenarnya kuasa itu takut penulis blogger membongkarkan kepincangan dan penyelewengan lah!), demi untuk menghalang “Penembak Siber” sengaja membuat komen yang bukan-bukan, akhirnya MENGKAMBING-HITAMKAN kita; maka dengan itu komen blogi ini hanya dibuka kepada Rakan-Blog sahaja.

Dengan cara ini, kita boleh terus bersuara dan menggagalkan Penyerang Siber bermotif politik jahat itu. Segala pandangan boleh dihantarkan terus kepada saya melalui email: maibincang@gmail.com sebelum dipaparkan dengan rasmi.

Kesulitan amat dikesali, namun ketulusan kita tepat tidak beranjak sambil bersuara atas prinsip kebenaran dan keadilan. Kita memang sekeras-kerasnya MENGUTUK sebarang cuba yang mengapi-apikan sentiment perkauman, khasnya parti politik yang berasaskan perkauman harus diharamkan, tanpa mengira ia parti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan……

Dukacitanya landskap politik pemerintah sendirilah yang berasaskan parti perkauman, bagaimana mereka layak mengelar diri sebagai Pemimpin Malaysia?

Sunday, July 22, 2007

Konvensen Rakyat - Bersih

Ini adalah suasana sebenar konvensen yang berlangsung pada hari Jumaat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Rakyat pelbagai lapisan, keturunan, parti politik dan pertubuhan sosial (NGO) telah sebulat suara mendesak Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan tugasan mereka dengan tulus dan ikhlas.

Segala kepincangan, penipuan, ketidakadilan, kemusykilan, undi pos, senarai pengundi yang bersih dan sebagainya WAJIB diketengahkan pada pilihanraya ke-12. Konvensen juga telah menetapkan untuk mengadakan perhimpunan rakyat pada bulan akan datang untuk mendesak SPR beranjak, henti bertindak seperti agen BN.

Kumpulan Black & Geng juga menghiburkan kehadiran dengan 3 lagu yang penuh bermakna tersurat dan tersirat.







Mahathir Tahu Rasiah Rasmi?

Telah dilaporkan Tun Mahathir telah menyatakan memang beliau pasti Johari Baharom tidak rasuah sebelum ini. Maka, Tun dilaporkan berkata: Jangkaan Saya Tepat, Johari Tidak Rasuah.

Saya kurang faham kenapa Tun boleh tahu dia tidak rasuah?

Adakah Johari sudah beritahu Tun tetapi kurang mungkin kerana Johari disifatkan oleh Tun sebagai salah seorang konspirator mengalahkan dia dalam pertandingan perwakilan bahagain Kubang Pasu.

Adakah Tun memang sendiri tidak percaya dengan sistem dan siasatan ACA yang dipimpini oleh beliau sendiri hampir 20 tahun?

Ataupun Tun sudah membaca laporan siasatan yang memang SULIT / Rasiah Rasmi sebelum pengumuman dilakukan?

Kenapa Tun tahu?
YB Tunngu 6 Bulan Jumpa MPAJ

Adalah satu kemaluan ke atas kerajaan Barisan Nasional di mana YB Parlimen Cheras terpaksa menunggu 6 bulan untuk mendapatkan temujanji jumpaYang DiPertua Ampang Jaya. Kemudian, perjumpaan itu hanya diberikan 10 minit sahaja.

Kalau Ahli Parlimen juga menghadapi masalah untuk berjumpa pegawai majlis, bagaimana pula dengan orang awam seperti kita? Apa kerajaan negeri dan persekutuan hendak jelaskan?


Polis Rakan Rakyat

Memang Polis adalah rakan rakyat dan rakyat juga rakan polis. Minggu lalu, sempat hadiri satu majlis polis bersama rakyat; seperti biasa polis menyeru rakyat kerjasama dan berikan maklumat kepada polis untuk memerangi jenayah.

Tetapi, kita sebagai rakyat biasa yang daif jemu selalu membaca berita bahawa polis dituduh salahguna kuasa dan berat tulang bertindak.

Berita berikut menceritakan seorang warga dari Kepong telah ditahan polis dan diseksa sehingga cedera teruk, lebam, bengkak, berdarah dan tidak patuhi arahan Majistrate membenarkan lawatan perubatan. Beliau mengadu digertak, dipukul dengan paip getah, ditumbuk dan sebagainya.

Seatu lagi cerita pula polis Daerah Sentul segan bertindak dalam isu "Ah Long" kerana peminjam selalu menggunakan aduan polis sebagai satu kesempatan untuk melarikan diri dari bayar hutang.

Dengan itu, nampaknya PDRM masih lembap untuk membersihkan Epal Yang Rosak (kata bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar) demi menjaga kewibawaan polis.


Rakyat Rugi RM40 Juta Lagi

Menyedari berita bahawa kerajaan (rakyat) terpaksa menanggung kos pembaikan kapal terbang yang rosak selepas disewakan kepada FAX sejumlah RM40,000,000.00.

Saya kurang faham kenapa rakyat terpaksa menanggung kos ini sekiranya kapal terbang akibat masalah penyelenggaraan FAX. Kalau FAX tidak selenggara, kenapa tidak minta FAX tanggung kos ini?

Tambahan pula, Pengarah Ursuan MAS menyatakan 50% daripada (6 daripada 12 buah) kapal terbang diuruskan oleh FAX itu tidak selamat untuk penerbangan. Ini satu kenyataan yang serius kerana ia mungkin membawa padah yang seruis.

Siapakah yang patut membuat penjelasan dalam perkara ini? MAS? FAX? Kementeri Pengangkutan? Kalau tidak kenapa bisu?


Malaysia Negara Islam?

Dengan penuh kesedaran dan insafan membincangkan isu ini mungkin boleh dikenakan Akta Hasutan kerana memang semua orang sudah diharamkan membuat kenyataan akhbar, kecuali PM dan TPM.

Dengan kerana itu, saya tidak akan terperangkap dengan BN membincangkan isi kandungan Negara Islam, samada dari UMNO mahupun PAS.

Akan tetapi kita boleh membicarakan perkara ini dari sudut kerjasama dan budaya BN. Ekoran daripada pengharaman orang lain membuat kenyataan termasuk Menteri Kerajaan Persekutuan, maka kita tidak samar-samar:

a. Adakah pengumuman Negara Islam ini adalah keputusan kerajaan? Atau pendirian UMNO?

b. Apa pula pendirian parti komponen BN lain seperti PBB, SUPP, MCA, Gerakan, MIC, PBS dan sebagainya? Kenapa mereka tidak dibenarkan cakap? Termasuk untuk menyokong kenyataan TPM?

c. Kenapakah perkara ini tidak dibahas dalam Parlimen sekiranya ia adalah ketetapan kerajaan?

d. Seandainya Malaysia memang tidak pernah menjadi negara sekular sejak merdeka 50 tahun dahulu, kenapa pula SEMUA PARTI BN SELALU MENGECAM PAS ingin membina negara Islam di Malaysia? PKR dan DAP juga difitnah bersubahat dalam perkara ini? Dimanakah kedudukan etika agama orang yang membuat fitnah / tohmahan ini berpuluh tahun sebelum ini? BN akui mereka 'Lempar Batu Sembunyi Tangan' dan menfitnah PAS pula berniat jahat untuk membentuk negara Islam?

Apa pandangan anda?







BOM dan Membunuh di China

Semalam Pengerusi Kovensen Rakyat (Bersih) Mohamad Sabu menyebut: "Negara China dahulu takutkan serangan Mongolia, maka terbina Great Wall sepanjang 2000 batu sebagai benteng. Tetapi, hari ini rakyat Malaysia lebih berani daripada China kerana berani membunuh warga Mongolia pula".

Berita beberapa hari yang lalu menceritakan seorang pegawai tertinggi kerajaan China telah mengebom "Isteri Simpanan" - membunuh. Akibat daripada itu, semua pegawai kerajaan yang terlibat telah dibawa ke muka pengadilan dengan transparen.

Renung kembali, pegawai China itu mungkin mempelajari daripada ilham Malaysia?

Saya Tak Tau kerana tertidur

Gambar ini adalah petikan daripada satu iklan syarikat tempatan.

Daripada gambar ini, saya mendapati ia menepati suasana politik tempatan kerana ada pemimpin yang selalu kata dia TAK TAU.

Cuba saudara/i melihat, ayam jantan ini masih tidur pada hal matahari sudah terbit tinggi. Saya rasa ayam ini cuba selambakan diri dengan menutup mata dan telinganya, maka ia TAK TAU matahari sudah terbit. Akibatnya, ia juga leka untuk berkokok masa fajar.

Ramaikah pemimpin kita yang bersikapkan ayam jantan?

MCA Tukang Angguk?

Di sini saya bukan untuk membela MCA, mahupun menyokong keangkuhan UMNO agar kita tidak terperangkap bahawa kita cuba menangguk ikan di air keruh sambil menghasut permusuhan antara parti komponen BN.

Tetapi, satu kenyataan yang tidak dapat tidak mereka akui adalah bahawasanya 'kekeruhan air' itu pun dicetuskan oleh pemimpin mereka sendiri. Perpatah falsafah Cina menyebut: "Kalau lembu enggan minum air, takkan kamu boleh tundukkan kepalanya".

Apa yang cuba saya bincangkan di sini adalah: sejauhmanakah keikhlasan silaturahim kompenen BN?

Sekiranya persaudaraan mereka rapat, kenapa kedudukan Negara Islam itu tidak dibincangkan dalaman sebelum membuat pengumuman?

Adakah corak kerjasama BN ini bersiratkan bahawa semua komponen BN hanya bagaikan "Pak Turut" kerana mereka tidak ada ruangan sama sekali untuk bersuara?

Kalau bukan, kenapa kenyataan Menteri BN sendiri juga diharamkan daripada membuat kenyataan akhbar?

Kalau tanggapan saya salah, mengapakah hanya kenyataan PM dan TPM sahaja diBENARkan terpapar dalam dada akhbar tempatan? Sekiranya begini, Menteri Kerajaan Persekutuan malangnya juga menjadi boneka kini?

Saya pernah menghadiri:

a. Mesyuarat Barisan Nasional Peringkat Bahagian - terbukti komponen BN hanya menyahut segala seruan / kenyataan dan pendirian dalam semua urusan kerajaan.

b. Selepas itu, Mesyuarat Barisan Alternatif Peringkat Negeri dan Bahagian, sungguhpun mungkin ada perbedaan pendapat, TETAPI tidak pernah berlaku mana-mana parti MENGERTAK RAKANNYA tutup mulut seperti berlaku dalam BN. Semangat saling hormat-menghormat itu jauh lebih matang berbanding dengan BN.

Adakah anda setuju?

Wednesday, July 18, 2007

Najib Sengaja Nak Kalahkan MCA

Merenung kenyataan kenyataan Timbalan PM semalam menyebut Malaysia TIDAK PERNAH menjadi negara sekular, sebaliknya Malaysia sejak merdeka adalah NEGARA ISLAM.

Dengan penuh kesedaran bahawa pilihanraya umum akan tiba dalam tempoh tidak lebih daripada 12 bulan akan datang dan perdebatan isu negara Islam amatlah sensitif dari apa jua sudut.

Isu negara Islam adalah isu perlawanan di antara PAS-UMNO; lantaran daripada polisi PECAH dan Perintah Barisan Nasional, MCA pula sentiasa mengapi-apikan isu PAS akan menegara-islamkan Malaysia.

Akibat daripada serangan-demi-serangan, tohmahan dan tuduhan yang bertubi-tubi, kononnya DAP serta Parti Keadilan Rakyat sedang bermuslihat untuk membantu PAS mencapai matlamat tersebut.

Dalam ertikata lain, DAP dan PKR telah menderhaka terhadap masyarakat Cina. Serangan MCA memang mujarab pada pilihanraya 1999 di mana DAP telah mengalami satu kekalahan yang amat luar biasa. Ekoran itu, DAP terpaksa menarik diri daripada gabungan BA.

Dengan penuh kesedaran bahawa pembabitan isu Negara Islam yang kurang bijak akan memberikan tamparan yang besar ke atas semua komponen BN kecuali UMNO.

Oleh yang sedemikian, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menganalisa kenapa TPM sanggup membuat kenyataan tersebut. Apakah undang di sebalik batu membawa beliau sanggup menafi pendirian ayat beliau sendiri.

Ia berkemungiknan:

a. Untuk mengalih tumpuan masyarakat ke atas isu-isu yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim, iaitu proses pembelian Shukoi, kapal seream dan warga mongolia.

b. Baliau sedar akan ancaman PAS pada pilihanraya yang akan datang menggugat kekuatan UMNO, serentak itu dia juga cuba melemahkan kekuatan MCA kerana tidak sanggup menerima hakikat MCA menang besar tetapi UMNO kalah dengan PKR / PAS. Dengan itu, bonus isu negara Islam akan memanfaatkan DAP, tetapi beliau sanggup meninggalkan rakan BN sendiri.

c. Beliau telah cukup yakin UMNO akan terus memerintah tanpa keperluan kerjasama dengan MCA. Untuk membuktikan teori ini, belaiu sanggup mencetuskan isu yang memudaratkan MCA.

'Tepuk Air Kena Muka Sendiri' kerana rakan sejawat MCA telah mulai 'Membedil Kebelakang'; maka jawablah apakah pendirian MCA?

Apa rancangan selanjutnya MCA akan serang UMNO sepertimana MCA serang PKR, DAP dan PAS?

Tuesday, July 17, 2007

Angkatanmuda PKR Lapor Polis Lagi

Ini adalah laporan bahawa Angkatanmuda Parti Keadilan Rakyat membuat Laporan Polis mendesak kerajaan:

1. menjelaskan kenapa rekod kemasukan warga Mongolia terpadam oleh Imigresen.

2. menjelaskan tuduhan saksi ke-7 (juga anggota polis) bahawa beliau telah diseksa dan dikurung semasa tahanan.

3. menjelaskan kesahihan saksi memberitahu mahkamah kewujudan sekeping gambar yang bernama xxx Razak.

Perpaduan Tulin oleh Pembangkang

Dalam menangani isu penahanan Nat. Tan, melalui gambar-gambar berikut, terbukti bahawa pembangkang memang mempunyai perpaduan tulin antara semua kaum dan agama.

36 keping gambar berikut menerangkan apa yang sebenar berlaku di mana walaupun Nat Tan seorang keturunan Cina; namun sedemikian keprihatinankke atas Nat Tan terdiri daripada:

a. Semua jantina: lelaki dan perempuan.
b. Semua keturunan: Melayu, Cina, India dan semua warganegara.
c. Semua agama: Islam, Buddha, Kristian, Tao, Hindu .........
d. Segenap lapisan: muda, dewasa dan veteran.
e. Semua parti: PKR, PAS & DAP.
f. NGO: Suaram, MTUC, Dema........
g. Latar belakang: ahli parti politik, orang awam, pelajar, wartawan & Pegawai Cawangan Khas (di Bahagian III)......

Menerusi gambar-gambar ini, tafsirlah sendiri sejauhmanakah semangat Rakyat Malaysia itu memang wujud di pihak pembangkang kerana mereka tidak pernah mengamalkan 'devide and rule'.

Sebaliknya, lebih tumpukan kepada prinsip keadilan, hak asasi manusia dan kebebasan yang terjamin dalam Perlembagaan serta Rukunegara.