Wednesday, February 14, 2007

Perdebatan antara PPM & Pemuda MCA: Sendiwara?

Kebelakangan ini Setiausaha Agung Pemuda MCA dengan nada yang amat lantang mengecam dan mengutuk pihak PPM terlalu menekankan keuntungan. PPM dikatakan menindas golongan penjaja dan perniagaan kecil.

Dada akhbar harian aliran Mandarin telah meluangkan ruangan yang besar melaporkan perdebatan mereka. Pada minggu yang lalu, Ketua Eksekutif PPM telah mengadakan forum terbesar siaran langsung berdebat dengan wakil Pemuda MCA.

Menurut gambaran Pemuda MCA, PPM bagaikan lintah darat yang menghisap darah dengan mengenakan bayaran hak cipta yang terlalu mahal dan meliputi segenap perniagaan termasuk pemandu teksi, kedai kopi, kedai gunting rambut dan sebagainya. Yang menjadi pencetus isu adalah PPM dituduh mengenakan bayaran hak cipta lagu Tahun Baru Cina yang terlalu mahal. Lanjutan daripada itu, suasana tahun baru telah ditenggelamkan tanpa nyanyi lagu dan musik perayaan tahun baru Cina.

Disebalik tuduhan Pemuda MCA, pihak PPM mengaskan pertubuhan mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh ahli-ahli pertubuhan mengikut lunas undang-undang Parlimen.

Saya tidak faham secara mendalam akan peruntukan undang-undang yang sedia ada, namun saya berpendapat perdebatan ini adalah satu permainan budak-budakan semata-mata.

Sekiranya saya adalah wakil rakyat dan ahli komponent barisan pemerintah kerajaan, saya akan:

1. Mengenal-pasti adakah pihak PPM memungut bayaran mengikut undang-undang?

2. Sekiranya tidak, aduan kepada Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan melalui kemneterian, segala kesilapan boleh dibetulkan tanpa perdebatan untuk mencari publisiti murah.

3. Sekiranya PPM adalah mengikuti peruntukan undang-undang, dan pada waktu yang jikalau didapati benar PPM telah menindas golongan masyarakat umum, secara diam-ubi mendesak kerajaan meminda undang-undang di Parlimen segera.

Ini adalah jalan yang paling mudah, cepat dan efektif untuk membela kepentingan masyarakat bukan melalui perdebatan dan cabar-mencabar antara satu sama lain.

Pada hemat saya, sekiranya keadaan (3) wujud, kita perlu fikir kembali siapa yang mengubal undang-undang ini pada masa lalu? Parti mana yang berlibat? Parti mana yang menyokong dan siapa yang membantah semasa perbahasan di Parlimen? Lalu, siapa / parti mana yang wajib bertanggungjawab jika ia benar menindas masyarakat.


Nescaya, orang / parti yang dahulu sokong undang-undang ini patut bertanggungjawab penuh ke atas penindas ini. Apakah ganti-rugi daripada pemimpin dan parti yang gagal mempertahankan hak rakyat itu meletak jawatan segera?

Mungkin anda tidak setuju dengan pendapat cetek saya, mai lah sama-sama kita bincangkan untuk mencari rumusan yang benar.

Sila rujuk kepada http://www.ppm.org.my untuk maklumat lanjut tentang PPM.

Tuesday, February 06, 2007

Bagaimana Kalau Iraq Kata Mereka Cederakan Diri?

Sebagai seorang manusia yang waras, berperikemanusian, percayakan ajaran agama masing-masing, kita pasti akan dan terus membantah sebarang kezaliman / diskriminasi / penghinaan / penyeksaan / penindasan manusia tanpa mengira caranya / tempat / masa / negara / jantina / agama /warna kulit di seluruh dunia ini.

Saya ada satu kebimbangan walaupun saya setuju dengan anjuran program ‘Expose War Crimes - Criminalise War’ three-day conference in Kuala Lumpur. Kebimbangan saya adalah memandangkan kejadian di luar negeri, barangkali ia sukar untuk dibuktikan dengan sahih walaupun ia satu kejadian mengaibkan pada dunia yang bertamadun ini.

Lantaran daripada itu, saya rasakan kita perlu bersedia sekiranya kerajaan Iraq tajaan Amerika ketika itu menyatakan bahawa orang yang hadir memberi keterangan itu adalah "self-inflict / mencederakan diri" untuk merais simpati masyarakat.

Sekiranya persoalan "mereka mencederakan diri untuk merosakan nama baik kerajaan Iraq" itu dilontarkan kepada Jawatankuasa ini, bagaimana kita boleh membuktikan tuduhan orang tahanan ini berbukti?

Saudara/i ada sebarang cadangan yang baik agar kita jangan tepuk air kena muka sendiri kerana dituduh balik mencampuri hal-ehwal keselamatan dalam negeri Iraq sepertimana kerajaan kita mempetahankan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?

Petikan berita daripada http://www.malaysiakini.com/news/63071

Kisah ngeri tahanan Abu Gharib diseksa tentera Amerika
Dikenali sebagai ‘lelaki bertutup kepala’ dari penjara Abu Ghraib, Ali Shalal membuat para hadirin terpaku mendengar pengalaman ngerinya ketika diseksa dengan kejam sewaktu dalam tahanan tentera Amerika di Iraq.

Monday, February 05, 2007

Suasana IOI Puchong Petang 04-02-2007
Suasana Harmoni Menghayati Kaligraphi Mandarin oleh semua keturunan rakyat Malaysia.



















Ketekunan Pegawai Keselamatan Menjalankan Tugas Pengawasan











Ketegasan Rakyat Menyuarakan Perasaan Ketidakpuasan Mereka





























K























Keadaan Kerajaan Mengarahkan Polis Membuat Tangkapan










Friday, February 02, 2007

Apa Terjadi Dengan Sistem Perundangan Kita?

Beberapa hari ini, saya gusar dan keliru ketika membace kenyataan Menteri Kerjaraya dalam usahanya bersungguh-sungguh sebagai seorang warganegara Malaysia. Di antara kenyataan Yang Berhormat Menteri ialah:

Samy: They must pay for disclosing secret toll deal (malaysiakini)

“They take it, they exhibit it and they did a big drama with it [...] without realising the consequences of it,” the minister said.

He reiterated that those who revealed the documents must be brought to justice.

“This is an agreement between the government and the concession company. And that has all been done with the requirements of the law.

“It is part of a government document which cannot be revealed. And they have revealed it and they will pay for it,” he stressed.

Jika kenyataan beliau dibandingkan dengan petikan saya pada 10 Nov 2006 yang bertajuk Pengenalan Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) – Perkara 17 seperti dibawah:


Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)

Seksyen 17 Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan.

(1) Mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hampir.

(2) Mana-mana orang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana oran gyang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh usapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percuabaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan prihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hampir.

(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Selepas membandingkan kenyataan Menteri dan kefahaman saya ke atas Akta Pencegahan Rasuah 1997, justeru itu timbul beberapa persoalan:

(1) Dengan tanpa mengesyaki kewujudan Akta Rasiah Rasmi (OSA), sekiranya ada pertembungan peruntukan, yang mana satu akan diguna pakai? Ini kerana Akta Pencegahan Rasuah telah MEWAJIBKAN mana-mana pegawai yang mengetahui kejadian rasuah kepada BPR. Adalah satu kesalahan jika mana-mana pegawai dibuktikan diberbuat demikian. Kalau dilihat dari sudut Akta Pencegahan, mereka yang mendedahkan unsure-unsur rasuah sepatutnya diberikan ganjaran atau sekurang-kurangnya galakan sekiranya kerajaan bersikap tegas dan jujur dalam usaha memerangi rasuah yang keji baik dari segi perundangan mahupun ajaran agama masing-masing.

Sementara itu, ada pula satu pihak menyatakan dokumen yang dituduh bersifat kurang bersih itu adalah Rasiah Rasmi, maka segala penyelewengan akan tertutup secara automatic.

Persoalan asas kita adalah: bagaimanakah rakyat jelata yang berhasrat untuk melaporkan mana-mana rasuah itu tidak menyentuh Akta Rasiah Rasmi pada ketika yang sama?

(2) Saya tidak tahu samada kontrak yang disifatkan oleh Menteri itu bercap Rasiah Rasmi? Sekiranya tidak ada cap dan secara tiba-tiba mana-mana Menteri boleh katakana itu Rasiah Rasmi, maka kita akan boleh dipenjarakan minima 1 tahun atau maksima 7 tahun. Bagaimanakah kita tahu mana satu dokumen akan Menteri back-date (retrospective)? Kalau begini, kita semua perlu membuang segala kertas yang ada logo kerajaan harimau agar tidak langgar undang-undang bila-bila masa.

(3) Bolehkah kerajaan menujukkan perjanjian rasmi yang sebenar bagi membuktikan bahawa mereka yang menyebut kandungan perjanjian itu adalah sempurna sama dengan yang dikatakan Rasiah? Persoalan ini telah timbul dalam Kes Ezam Mohd Nor dua tahun yang lalu.

(4) Beretikakah pemimpin politik berkuasa boleh bertindak dengan menggunakan peruntuk perundangan yang adalah untuk menutup semangat prihatin rakyat yang melibatkan DANA RAKYAT (DANA KERAMAT) berjumlah puluhan ataupun ratusan juta ringgit tanpa mengira miskin-kaya, laki-pompuan, warga tua-muda, agama dan keturunan?

Apa pendapat saudara/i?

Thursday, February 01, 2007

Apakah perasaan seorang ayah?

Pada suatu hari, seorang budak berusia 7 tahun balik dari sekolah memberitahu ayahnya dia telah membeli sebuah kapal terbang mainan berharga $150.00.

Dalam suasana pendapat yang rendah, ayah dengan perasaan yang terperanjat menyoalkan anaknya, kenapa membazir wang yang banyak untuk membeli alat mainan yang mahal?

Budak itu dengan nada yang teramat lantang, ia bukan belian ayah, sebaliknya dia menggunakan wang adiknya untuk membeli kapal tarbang tersebut dan kapal terbang tersebut akan dimainkan bersama adik-beradik.

Atas alasan itu, budak itu tidak bersalah kerana tidak menggunakan wang ayahnya; juga tidak menggunakan wang sendiri. Sebaliknya, dia menggunakan wang adik dan dia akan kongsi dengan adiknya.

Persoalan:

Dari manakah perolehan wang seorang adik daripada budak yang hanya berusia 7 tahun?

Adakah kapal terbang itu akan berkongsi dengan adiknya sudah menyebabkan ia tidak mahal pada harga $150.00?

Adakah kerana budak itu pandai memutar wang adiknya, maka pembelian itu sudah jadi munasabah?

Pada hakikatnya, samada wang belian kapal terbang itu daripada tabung adik, budak itu sendiri ataupun ayah, itu merupakan duit ayah juga.

Daripada cerita ini, apakah pembelian kapal terbang untuk kerajaan & Perdana Menteri dan orang-orang tertentu itu akan memunasabahkan penggunaan wang rakyat sebanyak USD55,000,000.00 / RM192,500,000.00 (pada kadar pertukaran USD1.00=RM3.50)?

Apakah perbezaan di antara dana daripada Khazanah dan dana kerajaan dalam proses pembelian kapal terbang itu?
Adakah salah di antara satu itu tidak melibatkan wang rakyat?

Monday, January 29, 2007

Persoalan Seorang Budak Sekolah Rendah

Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf kepada pembaca kerana sudah agak lama tidak kemas-kinikan laman ini. Sebenarnya ia disebabkan dua factor utama:

1. Selepas gempar bumi di Taiwan bulan lalu, saya sentiasa alami ketidak-stabilan layari internet sehingga hari ini. Contohnya, saya masih menghadapi kesulitan / kelambatan hubungi internet seperti Yahoo dan Merdekareview.

2. Ekoran daripada itu, saya kurang melayari internet dan termasuk blog ini.

Lanjutan itu, ia seolah-oleh terbengkalai sementara waktu.

Pada kali ini, saya hanya ingin mongsi bersama dua buah cerita benar yang diungkitkan oleh anak saya sendiri pada minggu yang lalu.

Ketika anak saya yang berdarjah empat (4) melihat berita banjir raksasa di Johor baru-baru ini, dengan fikirannya yang mentah dia meluahkan soalan:

Soalan 1: Ayah nasib baik itu hari cadangan membina Disney Land di Johor tidak dimulakan; kalau tidak ia pasti akan rosak selepas banjir ini. Nanti kami tidak berpeluang untuk bermain di situ lagi.

Soalan 2: Selepas membaca laporan surat sumpah tertuduh En. Razak Banginda dalam kes pembunuhan Cik Altantuya bahawa ada seorang anggota keselamatan pernah membunuh 6 orang sebelum ini. Sekali lagi dia menyoal: ayah cikgu kata Polis hanya tangkap orang jahat, kenapa mereka dituduh pernah membunuh?

Nota: saya tidak berhasrat untuk menghina mahkamah memandangkan ia sudah dalam prosiding mahkamah tinggi. Apa yang yang cuba sampaikan hanyalah fikiran budak sekarang kadang-kala lebih atau setanding kematangan orang dewasa.

Dalam suasana sebegini, saya terpegun kerana terperanjat dengan soalan ini yang dikemukakan oleh seorang budak hanya berumur 10 tahun tetapi dengan fikiran mentah dan suci.

Sehingga hari ini, saya masih belum memikirkan satu jawapan yang sepadan agar tidak merosakkan fikiran bersih mereka.

Saudara/i ada cadangan kepada saya bagaimana / cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini?

Wednesday, January 10, 2007

Cerita ‘Orang Kampong’ dan Pelaburan EPF

Pada suatu hari, terdapat seorang kampong kali pertama datang ke bandaraya. Dia teramat kagum dengan bangunan tinggi terpancar langit. Oleh kerana tertarik dengan reka bentuk, lalu dia mulai membilang berapa tingkat bangunan itu. Satu, dua tiga, empat ............. demikianlah satu demi satu perlahan-lahan beliau mengira kerana mata orang tua sudah kurang tajam sperti orang muda.

Secara tiba-tiba, muncul seorang bandar yang bijak-sana. Sambil mengertak orang tua kampong, lalu berkata: hai orang tua kampong, kamu tahu kah, membilang ketinggian bangunan perlu membayar bayaran. Setiap tingkat dikenakan bayaran RM2.00.

Memandangkan banguan kembar itu puluhan tingkat, dengan tanpa menlengahkan masa orang bandar terus menyoal: sudah sampai berapa tingkat kamu membilang?

Orang tua kampong menjawab: 10 tingkat sahaja saya mengira. Dengan jawapan itu, orang Bandar minta orang kampong bayar RM20.00 kepadanya sebagai bayaran.

Lanjutan daripada itu, orang bandar dengan senyuman bangga dan hati riang kerana Berjaya menipu orang kampong sebanyak RM20.00 dengan senang kerana kejahilan muslihat orang bandar.

Akan tetapi, pada waktu yang sama juga, orang kampong juga sangat gembira, kerana dia Berjaya menipu orang Bandar sebenarnya beliau telah mengira sampai 30 tingkat. Sepatutnya dia kena bayar RM60.00, dengan kepintarannya Berjaya menipu orang bandar hanya 10 tingkat sahaja.

Memang benar ini hanya satu cerita olok-olok tidak bererti untuk menyindir orang kampong kerana tertipu. Sebenarnya saya cuba menghubung-kaitkan cerita olok-olok ini dengan berita EPF membeli sebuah syarikat bankrupt bernilai RM700,000.00 pada harga RM15,000,000.00 (lebih kurang 22 kali ganda lebih tinggi).

Ekoran daripada pembongkaran keanehan transeksi ini, berdapat penjelasan bahawa EPF sebanarnya tidak mengalami kerugian kerana EPF hanya bayaran wang pendahuluan (bukan bayaran penuh) dan mereka sedang berusaha menuntut balik wang pendahuluan tersebut.

Dengan perbandingan kedua-dua cerita di atas, adakah anda setuju EPF berfikiran serupa dengan orang kampong dalam cerita olok-olok? Kanapa anda berpendapat ya? Kenapa pula tidak?

Daripada pengajaran kemalangan ini, adakah kita sebagai pelabur (pemegang saham EPF melalui caruman bulanan) berhak tahu:

a. Bagaimana EPF boleh buat keputusan sedemikian?


b. Siapa yang patut bertanggungjawab?

c. Adakah siasatan dalaman diperlukan untuk menjernihkan dari baying-bayang penyelewengan?

d. Apakah prosidur biasa EPF memutuskan keputusan pelaburan?

e. Adakah pemimpin politik akan salahkan pegawai pentadbiran sepertimana disebut oleh Bekas Perdana Menteri dalam soal kenaikan harga tol semalam?

f. Apakah jamainan kerajaan bahawa pisang tidak akan berbuat dua kali seperti ini dalam pengurusan dana awam EPF (Slogan EPF: Simpanan Hari Tua Anda)? Adakah pagar ini benar-benar kita percayakan kerana orang seperti saya adalah berasal dari kampong (bukan orang bandar yang bijak-sana seperti cerita di atas).

g. Bagaimana dan adakah hari tua kita akan terjamin sekiranya cara pelaburan ini tidak diperbaiki?

h. Ada sesiapa yang mempunyai data perbandingan pulangan dividen tahunan di antara ASN, ASB, ASW dan EPF agar kita dapat perbezaan mereka yang kita menaruh harapan.


i. Apa pula pendapat anda?

Monday, January 01, 2007

Riwayat Saddam dan Jiwa Manusia

Sepertimana kita ketahui, Saddam dilahirkan di perkampungan dan kemudiannya menjadi President Iraq selama puluhan tahun.

Mungkin tidak sesiapa dapat menyangkalkan bahawa beliau akan tamat nyawanya dengan tali gantung di bawah kerajaan Iraq sebelum beliau dijatuhkan.

Merenung dalam arena politik tempatan juga, sewaktu Pak Lah mengalami kekalahan Kumpulan Ku Li; tiada sesiapa yang berani nyatakan beliau akan menjadi perdana Menteri ke-lima Malaysia.

Begitu juga, sekiranya ada sesiapa memberitahu Tun Mahathir akan berkelahi teruk dengan penggantinya pada tidak tahun yang lalu, pasti janggal orang mempercayai ramalan ini.

Tidak ketinggalan juga, ada sesiapa yang Berjaya meramalkan bekas Ketua Polis Negara juga melakukan jenayah kerana memukul orang tahanan ISA dan dipenjarakan? Belaiu merupakan Ketua Polis Negara yang dipenjarakan. Dalam kes yang sama, adakah Perdana Menteri pada masa itu tidak tahu Anwar Ibrahim dibelasah oleh Ketua Polis Negara, dengan itu Perdana Menteri membuat kenyataan mungkin Anwar mencederakan diri untuk merais simpati orang ramai?

Yang terbaru, Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan juga tidak sedar bahawa anaknya telah dikurniakan ribuan juta kontrak kerajaan?

Inilah politik. Politik ertinya: Who Get What? When? How? Kadang-kala, orang politik boleh memutar-belikan kenyataan demi menjagi kepentingan dirinya tanpa menghiraukan kepentingan negara dan rakyat.

Kuasa politik tidak dapat diramal seperti ekonomi. Ia sukar ditilik kerana politik merupakan satu perkara yang sentiasa berubah-ubah. Politik itu merupakan satu perkara ubiquitous dimana tidak ada sesiapa yang boleh dikecualikan daripada pengaruh politik dalam kehidupan harian manusia dalam dunia ini.

Berdasarkan beberapa contoh yang tersebut di atas, saya ingin menyoal:

Adakah kita berani menyangkal teori bahawa Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri ke-enam Malaysia?

Mustahilkah Ezam Mohd Nor akan menjadi Perdana Menteri ke-tujuh selepas Anwar Ibrahim?

Begitu juga, adakah mustahil parti politik berasaskan perkauman akan terkubur dalam tempoh masa 10 tahun akan datang?

Sejuahmanakah Barisan Nasional mampu bertahan selama-lamanya sambil mengamalkan Dasar Pecah dan Perintah? Berapa lama lagikah Kitaran Hayat BN akan menjangkau kemuncak dan kini sedang memasuki peringkat merosot?

Daripada contoh-contoh petikan di atas, saya juga berangan-angan sekiranya saya menjadi Perdana Menteri atau President sebuah kerajaan; saya akan:

a. Bercakap benar, tidak memutar-belitkan kenyataan walaupun ia mungkin menggugat kedudukan sendiri.


b. Tidak melakukan kezaliman seperti Saddam ke atas rakyat sendiri. Dosa itu pasti akan dibalas oleh Tuhan sama ada ke atas kita sendiri mahupun anak-cucu kita.

c. Tidak menggadai kepenting rakyat walaupun sendiri tidak boleh mengumpul karun harta ribuan atau jutaan juta ringgit.

d. Menjaga tingkah-laku peribadi agar tidak bersekongkor dengan kumpulan yang bersifat munafik politik.

e. Bersikap penyayang terhadap segenap lapisan rakyat, jasa ini pasti akan dikenang.

f. Ketangahkan keadilan setiap masa, ketapikan kemungkiran / kedustaan.

g. Tunaikan amanah rakyat menjadi Dana Awam dengan penuh tanggungjawab, transparen dan akauntable kepada rakyat tanpa apa-apa yang perlu dirahsiakan.

Saya sedar, ini hanya impian saya semata-mata kerana pada hakikatnya mustahil saya seorang daif tidak mungkin menjadi Perdana Menteri ataupun President Kerajaan. Namun sedemikian, saya tidak tahu kenapa ramai pemimpin kerajaan atau politik gagal melakukan apa yang saya angan-angankan.

Adakah saudara berpengalaman? Tolong kongsi pengalaman atau pandangan anda.


Sunday, December 24, 2006

Perpaduan Rakyat Diancam Oleh Sekolah Rendah?
Kebelakangan ini, timbul semula ura-ura untuk mengukuhkan perpaduan rakyat. Sindirannya, apa yang dihebor-heborkan tentang pembahas UMNO yang telah mengeluarkan kata-kata menghasut sudah seperti batu jatuh dalam lubuk. Sejak awal lagi, telah saya sebutkan janjian Timbalan Perdana Menteri mungkin tinggal janji untuk mengadakan siasatan profesional ke atas laporan yang telah dibuat oleh rakyat prihatin.

Pada waktu saya mengulas isu itu, memang benar ketika tidak boleh membuktikan ketidak-ikhlasan pihak berkuasa sambil menutup mata membenarkan wakil UMNO bermaharajalela dalam perbahasan partinya.

Adakah saudara setuju sikap pihak berkuasa juga akan berpeluk-tubuh, sekiranya kata-kata hasutan itu dikeluarkan oleh ahli parti politik pembangkang?

Bagaimana pula, sekiranya ia berlaku ke atas ahli kompenen Barisan Nasional selain daripada UMNO? Adakah ahli komponen selain UMNO juga menikmati hak keistimewaan ini?

Apa yang tersebut diatas hanya merupakan satu muqadimah (kata aluan), tajuk yang sepatut kita tangani adalah isu perpaduan yang menjadi bual-mulut pemimpin kerajaan.

Di sini kita akan cuba menganalisa:

Sejauhmanakah pendidikan sekolah rendah mengancam perpaduan rakyat?

Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah semua sekolah kerajaan menggunakan sukatan pelajaran yang sama, ia ditentukan oleh Kemeneterian Pendidikan. Apa yang berbeza di anatara SRK, SRJK(C) dan SRJK(T) hanyalah perbezaan penggunaan bahasa penghantar / pengajaran yang berbeza; dengan pengajaran Bahasa Malaysia adalah mata pelajaran wajib.

Contohnya, saya sendiri merupakan hasil pendidik SRJK(C); pada hari ini saya bukan sahaja berkeupayaan untuk menulis dalam Bahasa Malaysia, Mandarin & English. Dalam pertuturan pula, saya mampu untuk bertutur B. Malaysia, English & Mandarin disertai dengan beberapa lagi bahasa loghat.

Oleh kerana kelebihan peluang untuk menguasai pelbagai bahasa, lantaran itu menurut kajian semua SRJK(C) seleruh negara kini disertai oleh 60,000 murid bukan keturunanan Cina.

Adakah permintah akan atau telah membuat kajian sebab / kenapa begitu ramai ibu-bapa bukan keturunan Cina sanggup menghantar anak mereka belajar di SRJK(C)?

Sejauhmanakan pihak pemerintah akui kelebihan SRJK ini?

Sekiranya pihak pemerintah menurut SRJK ini adalah faktor utama pengancam perpaduan negara, adakah ia benar 60,000 keluarga yang disebutkan ini juga sebagai pengancam utama yang serupa?

Adakah ibu-bapa yang mengkehendaki anak-cucu mereka mempelajari pelbagai bahasa ini sebagai tidak setia kepada negara? Penderhaka terhadap nenek-moyang mereka? Kenapa?

Pada hari ini, saya mempunyai ramai kawan-kawan Melayu, India dan lain-lain. Blog ini juga mengutamakan karangan Bahasa Malaysia yang saya rasakan lebih memanfaatkan untuk segenap lapisan masyarakat. Di waktu yang sama, saya juga diterima baik oleh kawan-kawan saya dengan ramah dan baik. Puluhan dan ratusan kawan Melayu dan India menerima saya dengan baik, tidak menganak-tirikan saya kerana saya dididik dalam aliran SRJK(C). Begitu juga, saya tidak pernah terimbas dalam fikiran saya untuk bertindak aggresif atau melampau atau anti kawan-kawan saya yang begitu ramai daripada semua masyarakat Malaysia.

Apakah peranan parti politik dalam memupuk perpaduan rakyat?

Selepas tamat pengajian sekolah baik kolej atau universiti, sebenarnya semua rakyat Malaysia telah diklasifikasikan kepada kaum masing-masing oleh parti politik yang berasaskan perkauman.

UMNO, MCA dan MIC sudah lama mengamalkan “Dasar pecah dan Printah”. Di Pulau Pinang contohnya: Ketua Menteri kini sudah menyatakan orang Cina akan hilang jawatan itu jikalau gabungan ADUN MCA dan Gerakan kurang daripada jumlah ADUN UMNO. Oleh kerana itu, semua pengundi keturunan Cina wajib mengundi BN wakil Cina demi untuk mempertahankan jawatan tunggal ini.

Serentak dengan ungutan itu juga, pemimpin UMNO sudah lantang mengugut bahawa Melayu akan pupus di Pulau Pinang kerana dimarginalisekan. Piket, kain rentang dan seruan letak jawatan kepada komponen BN sendiri sudah membala demi rebutan jawatan sambil menjadi hero bangsa.

Daripada contoh ini, seandainya semua pengundi Pulau Pinang tidak mengundi BN sepertimana telah diugut-ugutkan (ertinya warga Pulau Pinang bertekad menyokong parti politik lain untuk menerajui kerajaan negeri); menurut teori di atas orang Cina akan rugi besar dan orang Melayu mungkin pupus dari pulau tersebut.

Adakah ini benar? Jikalau orang Cina akan rugi, Melayu hilang, India pula entah macam mana, siapakah yang akan untung? Adakah Pulau Pinang akan jadi pulau hutang? Ini jelas membuktikan ia merupakan satu helah politik.

Satu lagi persoalan yang harus kita fikirkan bersama adalah: adakah lantikan jawatan ketua kerajaan HANYA mempertimbangkan bangsar sahaja? Apa erti jika seorang Ketua Menteri Cina yang lemah, tidak berdaya memimpin kemajuan negeri? Apakah ertinya seorang pemimpin / Menteri Besar Melayu sekiranya golongan miskin terus ditindas seperti di Selangor Mahligai haram tersergam tinggi, rumah kampong dirobohkan tanpa pampasan? Apakah ertinya melantik Menteri India jikalau kontrak konsesi buta-tuli ditandatangani, hargo tol boleh naik bermaharajalela? Dalam suasana begini, siapakah yang akan untung dan siapa yang menjadi mangsa atas system politik perkauman?

Apakah faktor sebenar pemangkin mengancam perpaduan rakyat?

Memang saya tidak menafikan sepenuhnya perasaan kaum masing-masing masih wujud pada ketika ini. Akan tetapi, sejarah telah membuktikan kepada kita, tanpa hasutan orang politik daripada parti perkauman, pastinya rakyat akan hidup dengan lebih mesra, harmoni dan selesa.

Pada waktu tregedi seperti ‘sunami’ dan banjir minggu ini, semangat rakyat Malaysia memang tertera diatas wajah semua rakyat. Tidak-ada perbezaan kerana kamu Melayu patut dibanjirkan, kerana kamu Cina tidak berhak mendapat bantuan, kerana kamu India patut dibiarkan menderita.

Saya masih tertegas factor utama mengancam perpaduan negara pada hari adalah keweujudan parti politik berasaskan perkauman. Sebab-sebab utama mengancam perpaduan telah saya huraikan sedikit-sebanyak dalam karangan sebelum ini. Ia termasuklah orang politik parti perkauman ini:

a. Ingin menunjukan kejuaraan kaum masing-masing dengan mengapi-api perasaan penyokong untuk merais sokongan menang pilihanraya parti.

b. Sikap ‘selamba’ pemimpin parti perkauman mengeksploitasikan isu perkauman untuk keuntungan sendiri seperti jawatan dan kontrak / tender.

c. Tidak-ada pergaulan langsung dalam parti politik perkauman. Contohnya dalam parti Keadilan Rakyat, ia menyediakan satu platform untuk semua bangsar Malaysia duduk bersama dalam jawatankuasa Cawangan, Bahagian, Negeri @ Pusat untuk bertukar-tukar pendapat / pandangan tentang semua isu. Begitu juga dengan Parti Gerakan dan DAP, sunggupun taburan komposisi keahlian belum seimbang sepenuhnya, namun ia merupakan satu platform yang bagus untuk semua.

Adalah satu tanda tanya, sejauhmanakah kekerapan pergaulan pemimpin UMNO, MCA dan MIC disemua peringkat? Adakah ia hanya berlaku sebelum pilihanraya? Sekiranya kita ikhlas mementingkan masa depan dan perpaduan negara, kenapa kita sendiri seperti ibu ketam mengajar anak berjalan lurus? Ini kerana pemimpin kita sendiri juga berat tulang menunjukkan satu keteladanan yang baik untuk masyarakat awam dengan menerima mana-mana warga yang ingin menyertai keanggotaan parti mereke?

Dengan memetik contoh daripada karangan awal, pepecahan UMNO dan MCA umpamanya bukan kerana mereka hasil pendidikan daripada SRJK. Malahan pepecahan parti pemerintah lebih terdorong oleh kepentingan jawatan dan setetrusnya kepada kepentingan kewangan. Perpecahan UMNO 1988, 1998 serta yang terbaru di antara Perdana menteri dan mantan Perdana Menteri. Keuda-dua pihak yang bertentangan itu mempunyai ciri-ciri kebudayaan, sosial, bahasa ibunda, agama dan alairan pendidikan yang sama, namun pertelingkahan itu membawa impact besar terhadap negara. Adakah anda setuju dengan pendapat saya? Bagaimana pula pandangan anda? Adakah mereka yang terlibat tidak mempunyai ciri-ciri kebudayaan, sosial, bahasa ibunda, agama dan aliran pendidikan yang sama saya sebutkan di atas?

Apakah peranan pemimpin parti politik dalam soal ini?

Peranan pemimpin politik pada masa ini mesti bersikap terbuka untuk mengharamkan serta-merta semua parti politik berasakan perkauman. Sekiranya saya sudah diterima baik sebagai pemimpin negara oleh semua rakyat, saya tidak akan risau tentang masa depan demi berhadapan dengan rakyat segenap lapisan.

Sewajarnya pemimpin negara patut menonjolkan kebesaran, kebijaksanaan, keadilan, keikhlasan, ketulusan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Jauhi gejala maksiat seperti menindas orang miskin, melindungi orang kaya bermaharajalela, tidak berkecimpung dalam kanca korupsi demi mengumpul harta ribuan juta kepada ahli keluarga.

Akhirnya saya menutup karangan ini dengan empat ungkap berikut:

Sekiranya saya seorang Perdana Menteri,
Parti politik perkauman saya harami;
Teladan murni akan saya teladani,
Negara maju, rakyat bahagia akan Tuhan berkati.

Sila sampaikan komen anda!

Wednesday, December 13, 2006

Peruntukan RM2.1 Juta Untuk SRJK(C)

Meujuk kepada pengumuman Menteri Pendidikan bahawa kerajaan telah memperuntukan RM2,100,000.00 untuk kerja pembaikan 96 buah SRJK(C) diseluruh negara.

Juga amat memeranjatkan saya pendedahan Dewan Rakyat pada hari ini mengesahkan 7 project penswastaan kerajaan telah membebankan rakyat menaggung kos RM11,000,000,000.00 (RM11 billion = RM11,000 juta). Laproran penuh sila rujuk kepada http://www.malaysiakini.com/news/60909 seperti petikan di bawah:

Seven failed projects, RM11 billion bailout

A staggering RM11 billion - that’s what the government has spent over the years to bail out debt-ridden companies behind seven failed privatised projects, the Dewan Rakyat was told today.

Topping the list were the two light-rail transit (LRT) service providers Putra and Star, followed by national carrier Malaysia Airlines.

The Seremban-Port Dickson highway, Kuching’s new prison, national sewerage system and a Muslim food and consumption research unit all required a government takeover as well.

Deputy Minister in the Prime Minister’s Department, Abdul Rahman Suliman, revealed this in a reply to Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) during Question session today.

Daripada kerugian RM11,000,000,000.00 / 25,000,000 rakyat = RM440 setiap warga negara. Berapa pula keluarga anda menyumbang akibat kegagalan pengurusan?

Ia berhubung kait dengan peruntukan RM600,000,000.00 (RM600 juta) kepada 200 Bahagian UMNO setaip bahagian mendapat habuan RM3,000,000.00 atas alasan membangunan kecil (Kontraktor F) tempatan.

Apa yang membimbangkan saya bukanlah soal peruntukan wang rakyat, tetapi cara pengguna dan kawalan yang hampir lumpuh / tidak ada. Malahan, kes kecurian RM30,000.00 menjadi RM3,000.00 di Johor melibatkan sebuah SRJK(C) yang sudah terbukti menyeleweng. Malangnya, tidak ada tindakan susulan yang kita nampak setakat ini.

Begitu juga jawapan daripada Menteri Kerja Raya ketika menjawab soalan tambahan Wakil Seputeh juga amat mendukacitakan di mana masalah pokok tidak dipandang serius. Ia melibatkan beberapa projek yang gagal seperti Bangunan Matrade dan sebagainya.

Sungguhpun ada sesetengah pihak menyifatkan peruntukan ini adalah merupakan 'Gula Pilihanraya', namun saya lebih mementingkan keikhlasan dan ketelusan sepertimana yang telah bincangkan panjang lebar sebelum ini. Amalan ini bukan sahaja bertentangan dengan etika, ia juga dilarang oleh ajaran agama kita.

Ikhlasnya, saya amat mengharapkan tindakan ke atas penyeleweng wajib diadakan. Kenapa tidak? Kecuali ia melibatkan ahli keluarga atau kroni sendiri? Dimanakah tanggungjawab, akuantabiliti dan transparensi? Dengan penyistiharan menambah 300 pegawai BPR oleh Perdana menteri semalam alasan kurang tenaga tidak berasas lagi.

Dengan penguatkuasaan ketat, tanggungjawab, transparen, akauantable; baru pisang tidak berbuah dua kali seperti apa yang berlaka di Johor RM30,000.00 tinggal RM3,000 ertinya 10% sahaja. Secara langsung peruntukan RM2,100,000.00 tidak bertukar menjadi RM210,000 sahaja selepas kontrak dikeluarkan kemudian. Ingatan kepada mereka yang bercadang untuk curang:

Pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke bumi juga;
Pandai-pandai anda menyorok, akhirnya Tahun nampak juga.

Saudara/i boleh klik atas gambar untuk pembesaran.

Tuesday, December 12, 2006

Manifesto BN 2004 Perang Rasuah


Hujung minggu yang lalu, sambil melayari laman web secara tidak sengaja ternampak Manifesto BN Pilihanraya 2004, di mana pemimpinnya juga pernah berikrar untuk memerangi rasuah.

Apa yang dinampak oleh masyarakat umum, secara persepsinya gejala korupsi semakin barah kalau dibandingkan dengan beberapa tahun sebelum ini. Secara langsung, indek korupsi jatuh daripada 39 ke 44, pelaburan langusng luar negara terus menurun, indek tarikan pelaburan juga merosot.

Apakah pendapat anda? Adakah kerana:

a. Kerajaan tidak dapat sokong penuh dari semua pimimpin atas?

b. Adakah kerajaan hanya huraikan konsep / hasrat tanpa keikhtibar yang kukuh dalam pelaksanaan?

c. Adakah kerana pemimpin negara tidak menunjukkan keteladanan yang jelas / murni untuk masyarakat?

d. Adakah kerana ada tekanan-tekanan tertentu yang kita tidak faham?

e. Adakah kerana ada kejadian yang melibatkan pemimpin @ keluarga pemimpin sendiri?

f. Adakah kerana indek-indek yang diumumkan itu tidak tepat?

g. Adakah kerana BPR tidak diberikan kuasa untuk berdikari?

h. Adakah kerana sistem pendidikan kita lemah untuk mengukuhkan kesedaran anti-korupsi?

i. Adakah kerana permainan politik perkauman boleh membenamkan semua persoalan korupsi atas alasan mempertahankan hak kaum masing-masing?

j. Adakah kerana pendidikan agama gagal memandu pemimpin kita berada di atas landasan yang tidak dosa?

k. Adakah kerana rakyat idak berani untuk bersuara walaupun rakyat sedar wang cukai mereka telah disalahguna?

l. Adakah kerana kekurangan sebaran maklumat untuk masyarakat menilai?

m. Adakah orang berkuasa takutkan bayang sendiri?

n. Adakah ini hanya laungan orang politik pembangkang?

Adakah kerana apa? Tolong sambungkan dan beritahu untuk perbincangan........