Sunday, August 19, 2007

Saya Benci Anwar - Dakwa Dia!!!???

Sebenarnya saya bukan 100% percayakan kata-kata semua orang politik baik daripada pemerintah mahupun pembangkang. Dengan prinsip ini, ia melingkungi Timbalan PM dan Anwar Ibrahim juga.

Sebagai seorang yang beragama, beretika dan maruah; wajar seseorang itu pegang kepada prinsip tulus, ikhlas, jangan berfitnah dan membohong. Membaca kenyataan mengutuk semua blogger oleh Ketua Penerangan UMNO bahawa blogger tidak ada kejantanan dan pondan mungkin ada sedikit ketelaluan dari segi budaya penggunaan Bahasa Malaysia khasnya, dan nilai murni orang timur amnya.

Walaubagaimanapun, sudah pasti saya tidak pernah dan akan menyokong apa jenis juga fitnah baik daripada blogger ataupun media cetak. Selagi ada pemfitnahan, mesti kita bendung.

Dengan itu, saya amat sokong dan menghormati keberanian Ketua Polis Daerah Sentul mengambil tindakan mahkamah SERTA-MERTA sebaik sahaja ACP KPD rasa beliau difitnah. Tanpa mengira yang menuduh Manikawasagam itu adalah kawan kenalan saya juga; tetapi dalam soal ini prinsip kebenaran WAJIB diutamakan. Semoga mahkamah akan membuat satu pengadilan yang transparen dan saksama berlandaskan fakta-fakta, bukan pengaruh politik mana-mana pihak pun.

Serentak dengan itu, bukan semua tuduhan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan itu dilontarkan oleh blogger. Umpamanya, saya PASTI SOKONG TPM mengambil tindakan mahkamah seperti KPD Sentul ke atas Anwar Ibrahim serta-merta juga. Ini kerana beliau telah puluh kali ulang di dalam dan luar negeri bahawa Menteri Pertahanan terlibat dengan penerimaan komisen pembelian senjata.

Begitu juga, Raja Petra tidak menyembunyikan nama diri beliau menuduh ada pemimpin menggunakan sumber pendapatan wang puluhan juta sebagai pembayaran wang pampasan ceria isteri yang berkahwin / daftar di laur negara.

Saya yakin, sekiranya orang yang menuduh semua blogger ini boleh mengambil tindakan dan juga menyakinkan Menteri Pertahanan berbuat demikikian. Takkan Menteri sendiri tidak yakin dengan sistem kehakiman yang diuruskan oleh kerajaannya sendiri kerana bagi saya tidak ada satu pun sebab kenapa enggan bertindak.

Tindakan ini pasti akan menggembirakan golongan yang tidak sukai Anwar Ibrahim dan Raja Petra.

Akhirnya, mohon mereka segerakan, jangan tunggu esok lagi; minit ini juga bertindak. Dengan itu, bolehlah membuktikan kebersihan diri dan membongkarkan kemuskilan Anwar / Raja Petra.

Pasti rakyat setuju dan yakin dengan kebolehan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, mereka mampu menjawab dan mempertahankan nama baik sendiri dan parti mereka pada keseluruhannya. Tindaklah, jangan berikan Anwar / Raja Petra sedikit pun masa tambahan untuk mereka berulang-ulang kenyataan mereka.

Rakyat Malaysia pasti tabit kamu semua. Jangan risau.
_______________________________________

Sumber: http://www.klpos.com/
Mat Taib dakwa penulis blog pengecut, pondan
Sunday, 19 August 2007

MUHAMMAD bersama Khairy semasa sidang media di PWTC

KETUA Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menyifatkan penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta menggunakan laman web yang beralamat di luar negara.

Beliau berkata penulis blog terbabit hanya megah mendabik dada mengatakan bahawa mereka tidak akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak tertakluk dengan sebarang undang-undang negara ini.

"Sebab apa saya kata mereka (penulis blog) pengecut kerana mereka tidak berani menggunakan alamat di dalam negara ini sebaliknya menggunakan alamat luar negara untuk menghentam pemimpin negara kita.

"Inikah sifat anak jantan? Ini bukan anak jantan, ini pondan. Mereka (penulis blog) guna alamat luar negara. Berani pula kata tiada siapa boleh sentuh mereka, tiada siapa boleh heret mereka ke mahkamah kerana tiada undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan pemimpin Penerangan Umno Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan pemimpin Umno takut untuk bersuara dan berhadapan dengan penulis blog.

Muhammad berkata pemimpin Umno bukan takut untuk membalas segala tuduhan yang dibuat di dalam blog-blog terbabit tetapi berkeyakinan bahawa apa juga jawapan yang diberikan penulis blog itu tetap tidak akan berpihak kepada kerajaan.

"Penulis blog akan `posting' segala apa yang diperkatakan oleh pemimpin negara dan membuka kepada perbincangan umum yang menjurus kepada mengkritik pemimpin terbabit," katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak takut untuk berhadapan dan mengadakan dialog dengan penulis blog politik yang terlibat sekiranya mereka bersedia berbuat demikian.

Katanya kebanyakan tuduhan yang dibuat itu adalah kitar semula dan ditulis dalam gaya penulisan yang lain.

"Saya tidak takut... saya jawab semua tuduhan tapi tidak disiarkan dalam blog. Kalau sudah minda dan sikap mereka (penulis blog) sudah tertutup untuk kerajaan, mereka tidak dapat menerima apa jawapan kita.

"Kalau kita hendak saman, hari-hari kita kena saman orang sebab membuat tuduhan terhadap individu. Tapi masa ini, institusi yang lebih dititikberatkan dan menjadi isu yang sensitif sekiranya dikritik dalam blog," katanya. Bernama

No comments: