BN Perjuang Hak Rakyat?
Beberapa hari yang lalu, Timbalan Ketua Pemuda UMNO dengan nada paling keras mengutuk Anwar Ibrahim sebagai penderhaka hak orang Melayu. Pemuda UMNO akan mengejar saja mana Anwar pergi.
Lumrahnya laungan, UMNO adalah perjuang hak orang Melayu, MCA adalah perjuang hak orang Cina dan MIC adalah perjuang hak orang India. Karangan sebelum ini telah saya buktikan dan mencabar orang membuat kenyataan ini:
Dimanakah perjuang-perjuang ini ketika rumah orang miskin Kg Berembang dan Chubadak dirobohkan secara kekerasan?
Dimanakah wakil rakyat kawasan tersebut? Beberapa kalikah wakil rakayt melawat mangsa kekerasan ini? Bilakah penemuan diadakan bersama wakil rakyat dan perjuang-perjuang kaum masing-masing?
Bukti karangan saya sebelum ini adalah dalam kejadian tragedi Kg Berembang dan Chubadak, Tian Chua merupakan orang yang berada dibarisan hadapan untuk menuntut hak orang kampung yang serba kurang. Gambar-gambar telah saya sertakan.
Hari ini, sekali lagi saya buktikan masalah masyarakat orang India dari Batang Berjuntai (Ijok) tidak pernah diambil perhatian orang perjuang kaum seperti kenyataan BN dan wakil rakyatnya baru menang pada 28 April 2007.
Gambar-gambar berikut membuktikan Timbalan Ketuan Angkatanmuda Muda Parti Keadilan Rakyat Khairul Anwar yang menemani orang yang telah ditindas sekian lama menuntut keadilan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor minggu lalu.
Selain daripada Khairul, turut membantu Haris Abu Bakar Pemangku Ketua Bahagian Shah Alam, Animah Ferrar Ahli MPT, Dr. Daroyah Ketua Wanita Bahagian Shah Alam selaku Exco Wanita Pusat, Ginie Lim Exco Angkatanmuda Parti Keadilan Rakyat.
Adakah bukti-bukti ini cukup menyokong kenyataan saya bahawa parti politik berasaskan perkauman hanya satu mainan politik untuk menjaga kepentingan sendiri.
Kenapa kita tidak boleh menganggap diri sebagai Rakyat Malaysia?
Kenapa kita kena menghadkan parti kita untuk satu-satu kaum sahaja jika kita mempunyai wawasan bersifat kenegarawan?
No comments:
Post a Comment