Benarkah BN Membela Rakyat?
Minggu lalu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah merumuskan dalam laporannya bahawa masyarakat Bumiputra Keturunan Penan di Sarawak memang terseksa dan ditindas oleh orang yang berada.
Dalam proses menangani masalah rakyat dan kepincangan dasar Barisan Nasional amnya, dan Anwar Inbrahim serta Parti Keadilan Rakyat khasnya telah dituduh oleh UMNO sebagai menderhaka kepada Melayu dan Bumiputra kerana menyeru Dasar Ekonomi Baru wajar dikaji semula dan melakukan pembaharuan untuk keadilan yang sebenar.
Pihak BN terus mempertahankan bahawa DEB adalah satu-satunya dasar sempurna di dunia ini untuk melindungi kepentingan masyarakat Bumiputra. Justeru itu, sesiapa yang tidak menyokong dasar ini automatik diklasifikasikan sebagai penderhaka.
Dalam tajuk ini, andainya fakta BN tetap, kenapa pula berlakunya penindasan ke atas masyarakat Bumiputra Penan? Kenapa pemimpin BN terus membisu sedangkan Penan akan hilang tanah pusaka mereka demi untuk membolehkan mereka mencari makanan harian.
Masyarakat ini kait pagi makan pagi. selepas kehilangan tanah pusaka bagaimana mereka boleh meneruskan kehidupan?
Hakikatnya, Khalid Ibrahim telah mencadangkan satu formula penyelesaian yang lebih menyeluruh untuk melindungi golongan yang benar-benar daif dan miskin. Sebaliknya, DEB telah diperalatkan oleh golong elit UMNO untuk mengaut kekayaan ribuan juta setiap orang.
Kata bekas Ketua Polis Negara Hanif Omar dalam krangannya bertajuk 'Pagar Makan Padi" jelas membuktikan kepincangan BN yang bersikap menyelamba semata-mata. Dalam memerangi masalah korupsi, kenapa pula tidak menerapkan Rasuah sebagai satu jenayah yang dihina boleh dihukum oleh mahkamah duniawi dan mahkamah akhirat.
Dengan, buatlah penilaian sejauhmanakah kenyataan BN atau Khalid Ibrahim itu benar?
No comments:
Post a Comment