Friday, August 17, 2007

Saya Harapan Tunggal Tun Mahathir!!!

Biasanya saya kadang-kala segan dan malas untuk mengupas isu-isu semasa. Tetapi selepas membaca kenyataan bekas Perdana Menteri, saya dan semua rakan blog seolah-olah telah disuntuk semangat terharu-haru atas penghargaan Tun.

Memang sebelum ini, saya hanya menulis sebagai hobi sambilan kerana karangan yang kurang bermutu untuk melayakan diri diterima oleh media cetak. Maka bloglah satu saluran untuk mengasar dan mengisi masa lapang saya.


Kemudian tidak lama sebelum ini, bloger pula dituduh sebagai penfitnah, pembohong, pengancam kepada keselamatan negara dan sebagainya. Maka, semua bloger wajar ditutup.......

Tiba-tiba, kita berubah nasib menjadi HARAPAN TUNGGAL negara, amboi syioknya perasaan saya. Mudah-mudahan pemimpin kita dapat mendengar pandangan Tun dengan dada yang lapang.


No comments: