Monday, August 20, 2007

BN Menganiyai Nelayan

Ahad yang lalu (19/8/07) hamper semua nelayan tangkapan kerang dari Pasir Penampang telah berpiket menyuarakan ketidakpuasan mereka dianiayai oleh kerajaan Barisan Nasional.

Menerusi Jabatan Perikanan telah membekukan pengeluaran lisen tangkapan kerang. Sebaliknya, kerajaan lebih menyokong korporate besar, maka menganak-tirikan orang kampong yang miskin dan daif. Bukan sahaja BN tidak memberikan bantuan, malahan lisen mereka terus dibekukan.

Lisen sementara yang mungkin dikeluarkan pun hanya untuk tempoh 2 minggu sahaja dengan bayaran RM50.00 serta dihadkan kepada kawasan yang memang tidak ada hasil kerang pun.

Lanutan daripada itu, beratus keluarga daripada kumpulan nelayan akan putus rezeki. Perbelanjaan harian keluarga, perbelanjaan anak kecil ke sekolah akan terancam akibat daripada ketiadaan pendapatan nelayan.

Kesusahan dan rintihan mereka telah disampaikean kepada wakil rakyat tempatan (BN) dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor (MCA) banyak bulan lalu; dukacitanya pemohonan bantuan itu bagaikan `Batu Jatuh Dalam Lubuk’ tidak menghasil sedikit pun maklumbalas.

Dengan tahap pendidikan yang tidak tinggi, masyarakat nelayan di Pasir Penampang sedang bergedut dengan kepelitan hidup harian kerana TIDAK ADA PENDAPATAN.

Dengan tidak ada jalan lain, mereka mohon bantuan Wakil Rakyat ADUN Sekinchan YB Ng dan Parti Keadilan Rakyat agar kesusahan mereka boleh disampaikan kepada pihak berkuasa.

YB Ng mendengar rintihan nelayan apda sidang akhbar.

Timbalan Ketua Perhubungan Negeri Selangor Parti Keadilan / Ketua Bahagian PJU Hee mendengar aduan nelayan.

Wajah sedih dan muram nelayan Pasir Penampang.

Nelayan menyuarakan kesusahan mereka.

Poster: Nelayan ditindas, sila layani kami dengan adil.


Poster: BN aniaya nelayan dan MCA Membisu!

YB Ng menyatakan simpatinya dan mengecam dasar zalim BN.

Hee ditemuduga oleh wartawan.

Salinan contoh lisen 2 minggu dan syarat-syarat: termasuk hasil tangkapan WAJIB dilabuhkan di Pangkalan Sg Buluh atau Sg Janggut sahaja.





No comments: