Friday, August 17, 2007

Inilah "Semangat Pindah Rumah"

Pada zaman saya masih kecil, keadaan dalam gambar bergotong-royong pindah rumah adalah satu eprkara lumrah. Pada zaman itu, size rumah amnya tidak bersize besar, mungkin kerana kurang kewangan dan untuk menyenangkan perpindahan sekiranya perlu.



Pada hari perpindahan, hampir semua warga kampung datang saling bantu-membantu, menyumbang tenaga untuk memikul bersama berat rumah jiran / kawan; walaupun tidak ada upah gaji atau ganjaran kewangan.

Suasana kampung mesra, aman dan sentosa. Parti politik perkauman masih kurang aktif sambil mengapi-apikan perasaan prasangka di antara satu sama lain.

Makna prasangka di sini termasuklah prasangka di antara keturunan mahupun dalam satu keturunan yang sama. Nescaya, kita amt jahil sekali mendengar kenyataan-kenyataan yang menyakitkan telinga mana-mana warga kampung seperti:

a. Siapakah bos kamu? Kalau tidak sealiran, mungkin kurang membantu.

b. Ahli parti mana kamu sertai? Kalau parti lawan, maka biarkan dia bermasalah.

c. Kamu puak B, kami puak A. Buktikan kamu adalah puak saya sebelum hulurkan sedikit pertolongan.

Apa yang terpahat dalam kepala dan fikiran warga kampung hanyalah satu; biar kita bersama-sama membena, membina dan menyermpurnakan keselesaan kehidupan semua orang sungguhpun dalam keadaan yang serba kurang.

Dengan itu, secara peribadi, saya masih terkenang-kenang dengan budaya yang tradisi ini. Sebaliknya warga kampung hanya mementingkan kebendaharaan; tidak ambil tahu siapa jiran, berpeluk-tubuh melihat orang lain mengalami kemalangan dan sebagainya.

Sungguhpun sedemikian, ini adalah sebahagian daripada KOS MELEPAS daripada kesan pembangunan negara.

No comments: