Thursday, August 30, 2007

Merdeka dari Rasuah 2007

Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi telah menaja Zainuddin berjaya menjelajahi seluruh Semenanjung Malaysia semperna ketibaan hari kemerdekaan.

Di antara misi beliau adalah membawa memorandum kepada semua Ketua Menteri dan Menteri Besar menyeru kerajaan bekerja mengarah kepada "Merdeka dari Rasuah" kerana "Belia Benci Rasuah".

Petang tadi, lebih kurang pukul 4.00pm, rombongan bermotosikal telah selamat tiba di pejabat Perdana Menteri, Putrajaya serahkan memorandum yang sama kepada Perdana Menteri Malaysia.

Semoga menerusi pengorbanannya selama 10 hari menjalankan ekspedisi solo bermotosikal ini akan menyedarkan masyarakat dan ketua-ketua kerajaan akan kepentingan Merdeka dari Rasuah itu penting kepada negara dan rakyat.

Berikut adalah beberapa sedutan detik-detik penting yang akan menjadi salah satu titik sejarah Malaysia.

Rombongan Motosikal tiba di JPM, Putrajaya diketuai oleh Zainuddin.


Rombongan motosikal dari Seremban.



Zainuddin dan Badrul Hisham sedang menjalan ke pejabat Perdana Menteri.



Penyokong dan pencinta Anti Korupsi berkumpul berikan semangat kepada Zainuddin, termasuk Pengerusi Gerak Ezam; Pengarah Program Ghani Haroon; Ketua Koordinator Badrul Hisham.





Pengarah Program Ghani Haroon sedang berikan ucapan terima kasih kepada Zainuddin.



Pencinta Anti Rasuah Mempamerkan banner Anti Korupsi.



Laungan MERDEKA oleh semua pendokong Gerak dan Pembenci Rasuah.



Pengarah IT Gerak Shahidah sedang membaca kandungan Memorandum Merdeka dari Rasuah dari Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi.



Zainuddin dianugerahkan dengan topi (bertanjak dari bendera Malaysia) sebagai penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan beliau selama 10 hari.




Sebahagian ahli rombongan mengambil gambar kenangan di tepi tasik Putrajaya bersama dengan Pengerusi Gerak.




Pengerusi Gerak sedang membincangkan sesuatu dengan ahli Gerak baru dari Kuala Lumpur.



Zainuddin serta-merta mendapat perhatian pengunjung Putrajaya (mahasiswi UniTen) atas usaha berliau lalu mohon gambar bersama untuk kenangan abadi.

No comments: