Majlis Sukan Negara Seleweng Pula!!!
Semperna Gerak menganjurkan XPDC jelajah negara berslogan "Merdeka dari Rasuah", pagi tadi Pengerusi Gerak telah sekali lagi mendesak Kementerian Belia dan Sukan mengambil tindakan tegas ke atas penyelewengan dana Majlis Sukan Negara yang memang terancang.
Bersama dengan Pengerusi Gerak, seorang bekas Jurulatih Gimnastik Kebangsaan, Cik Yap YY berusia hanya 21 tahun telah memberanikan diri untuk menunaikan tanggungjawab warganegara untuk membendung gejalah korupsi dalam sistem pemerintahan kerajaan.
Menurut Yap, terdapat seorang perantara dari Majlis Sukan Negara untuk merundingkan perkongsian 50:50 ke atas lebihan bayaran alaun jurulatih selama 13 bulan.
Sungguhpun Yap telah banyak kali berkomunikasi dengan MSN dan orang perantara, namun pembayaran itu diteruskan selama 9 bulan lagi.
Dengan menyedari keikhlasan peribadi Yap berasaskan prinsip agamanya tidak berhasrat untuk bersubahat dengan kumpulan penyeleweng; orang perantara akhirnya cuba memujuk beliau pulangkan semua bayaran dengan alasan masalah teknikal dan menyapu kejadian ke bawah karpet.
Persoalan: Kenapakah pembayaran masih diteruskan selama 9 bulan walaupun Yap telah banyak kali membawa perkara ini ke perhatian MSN dan Kementerian?
Apa pula perhubungan di atas orang perantara yang begitu berani dan yakin dengan pengurusan MSN?
Kenapa MSN dan Kementerian enggan bertindak serta-merta sebaik sahaja menerima aduan?
Kenapa pula MSN dan Kementerian tidak memjawab masalah pengadu daripada Yap?
Berapa ramai lagikah kejadian sedemikian telah, sedang dan akan terus berlaku jika Menteri terus berpeluk-tubuh?
Pada perhatian kami, dalam Pejbat Menteri terdapat banting yang menyebut: "Belia Benci Dadah"; tetapi semperna XPDC Zainuddin ke seluruh negara ketika meraikan kemerdekaan Malaysia, nampaknya Zainuddin jauh lebih berwawasan kerana beliau menegaskan "Belia Benci Rasuah" dan "Rasuah Musuh No 1 Negara".
Ini kerana, andaikata dengan ketiadaan rasuah maka masalah pembekal dadah akan pupus melalui penguatkuasaan undang-undang. Lanjutan itu, bolehkah / beranikah Menteri Belia dan Sukan menukar slogannya kepada "RASUAH MUSUH NO 1 NEGARA" di pejabatnya untuk menjadi satu teladan yang baik?
Beberapa sedutan gambar diambil semasa penyerahan memorandum ke pejabat Menteri:
Ghani Haroon, Ezam dan Yap sedang menunggu kebenaran dan aturan pegawai untuk menerima memorandum. Semasa dalam perjalanan, Setiausaha Gerak telah dimaklumkan bahawa Kementerian tidak ada sesiapa pegawai untuk menerima memo walaupun kehadiran Yap sudah diberitahu minggu lalu. Semua cuba elak kut????
Ezam sedang menerangkan isi kandungan memorandum tersebut kepada Setiausaha Akhbar Menteri.
Ghani Haroon dan Yap turut sertai dalam sesi perbincangan.
Yap dan Ezam sedang ditemuduga oleh wartawan.
Ezam, Ghani dan Yap sedang berjalan menuju ke pejabat Menteri.
Seperti biasa kunjungan wartawan dan Pegawai Cawangan Khas sedang memantau kenyataan akhbar semua orang.
No comments:
Post a Comment