Sunday, August 12, 2007

ADUN BN Selangor BISU lagi

Pagi tadi semua lapisan masyarakat / keturunan daripada Taman Bandar Bukit Puchong, Gateway Puchong, Lestari Puchong, Mutiara Indah Puchong & Saujana Puchong telah menghadiri satu perhimpun akibat kemungkiran janji kerajaan dan pemaju.

Sebelum penduduk di situ membeli rumah, mereka telah dijanjikan dengan ringkaran jalan yang sempurna.

Dukacitanya, kini tapak jalan yang dijanjikan itu telah berubah menjadi tapak perkuburan. Perubahan ini dilakukan dengan senyap tanpa banci dan mendengar pendapat penduduk setempat.

Lebih daripada itu, kesan perubahan itu telah meisahkan jalan pengangkutan Lestari Puchong dengan 3 taman lain (lihat peta di bawah). Sekiranya jalan janjian awal ini disiapkan, bukan sahaja mendekatkan perhubungan antara taman, malahan boleh mengelak daripada membayar TOL LDP Puchong Selatan yang akan naik hagra setiap 3 tahun (kini RM1.60 sekali lalu).

Seterusnya, persatuan penduduk telah menghantar surat bantahan, memorandum kepada semua pihak berkuasa. Budaya dan sikap “Seperti Batu Jatuh Dalam Lubuk” telah menimpa mereka. Persatuan telah menghantar surat petisen kepada SEMUA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR, cuma ahli daripada Sungai Piang dan Sikichan (kedua-dua dari DAP) membalas. Sikap lantang dan berani Wkil Rakyat dengan spontan takut untuk berhadapan dengan rakyat pula.

Oleh kerana kebisuan wakil rakyat yang melaungkan sendiri sebagai perjuang hak rakyat, memang dalam Dewan Undangan Negeri pun banyak yang membisu (rujuk karangan awal saya), maka persatuan pendudukan TERPAKSA mengambil tindakan mahkamah untuk mencari KEADILAN.

Dengan itu, jelaslah siapa yang bersikap pura-puraan / selamba? Buatlah pertimbangan semasak-masaknya pada hari undi akan datang. Setuju?












No comments: