isu kapal terbang ini sudah kecoh beberapa bulan sejak Anwar Ibrahim dengan terbuka baik dalam atau di arena antarabangsa telah menuduh menteri Pertahanan terlibat dalam penerimaan koxxxxn.
Sementara kita menyokong dan menunggu Menteri berknaan mengambil tindakan mahkamah sambil menahan Anwar Ibrahim daripada terus membuat kenyataan sedemikian, ia juga merupakan satu-satunya jalan keluar untuk membersihkan nama Menteri itu.
Walaupun sudah banyak bulan berlalu, kita masih mengharapkan tindakan mahkamah segera itu perlu dan wajar kerana saya juga sangat teringin melihat sejauhmanakah kebenaran personaliti Anwar Ibrahim sekiranya ini adalah satu fitnah yang tidak berasas.
Akan tetapi, sementara kita terus menunggu sehingga keputusan mahkamah diputuskan; andaian sekiranya saya menjadi Perdana Menteri:
a. saya akan mengarahkan dituduh bertindak serta-merta dan mengkaji kesesuaian minta Peguam Negara mempertahankan intergriti Kabinet saya.
b. sekiranya Anwar tidak ada bukti, bukan saja saya akan dapat pampasan yang banyak, juga boleh membankrapkan kewibawaan Anwar Ibrahim.
c. jika Anwar Ibrahim tidak mampu membayar, teruskan tindakan memufliskannya seperti mana Perdana Menteri Singapura lakukan ke atas sesiapa yang menfitnahnya. Seterusnya, riawayat politik Anwar Ibrahim akan tamat.
d. sebaliknya jika Anwar berjaya membuktikan tuduhanya, saya akan melucutkan jawatan Menteri itu untuk membina dan memperkukuhkan kewibawaan saya sebagai jaguh perang rasuah.
e. tambahan pula jika perkara (d) berlaku, saya akan menggunakan wang lebih kurang RM500,000,000.00 (500 juta) itu untuk membina lebih banyak sekolah, rumah kos rendah dan rumah anak yatim yang memang mendahagakan bantuan kerajaan dan masyarakat.
Setujukah cadangan saya ini?
No comments:
Post a Comment