Monday, August 20, 2007

Warga Pasir Panampang Diseksa

Beginilah wajar dan kesedihan akibat daripada dasar BN yang menekan kumpulan orang miskin. Semangat Dasar Ekonomi Baru: Menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan nampaknya hanya slogan semata-mata.

Nasib penduduk Pasir Penampang bukan sahaja tidak pernah dibela, malahan terus ditekan dan dianaktirikan. Hari ini kehidupan mereka dalam keadaan tertekan, tidak ada harapan pada hari esok kerana kos kehidupan harian kian meningkat; lalu terus mencengkam orang kampung yang sudah putus sumber pendapat.

Dalam keadaan ini, wakil rakyat yang lantang laung di sini-sana sewaktu pilihanraya terus menghilangkan diri. Waktu kempen pilihanraya, calon masuk rumah, masuk kampong tengah malam; JKR buat kerja baiki jalan dan jambatan 24 jam sehari.... Lepas kemenangan, raykat terus sengsara akibat daripada dasar yang tidak tansparen.

Adakah masalah seumpama ini hanya boleh mendapat perhatian dan menyelesaikan pada waktu wakil rakyat situ mati atau ada pilihanraya kecil?

Ini bukan hati busuh rakyat, sebaliknya hanya untuk menuntut masalah orang miskin mendapat perhatian yang sewajarnya.



















No comments: