Segenap Lapisan Masyarakat Tertindas
Sebelum ini saya terbaca laporan bahawa Wakil Rakyat Ahli Parlimen juga disekat memasuki kawasan Pejabat Kerajaan Negeri Sembilan walaupun hanya untuk membawa suara hati rakyat untuk perhatian dan tindakan kerajaan akan kesusahan orang bawahan yang miskin dan tidak berada.
Keadaan yang sama juga ketika penduduk Batang Berjuntai hadir ke IPK Selangor, mereka terpaksa menunggu di tepi jalan berjam-jam sementara wakil mereka masuk membuat laporan lanjuta.
Saya merasakan sebagai sebuah Kerajaan Rakyat, Oleh Rakyat dan Untuk Rakyat yang tulin, kenapakah pentadbir enggan melayani rakyat dengan lebih baik (termasuk Wakil Rakyat pun kena tolak, hanya siapa yang masuk?) sebagai tetamu dengan menjemput masuk ke dalam sebuah bilik tamu atau dewan kecil agar mereka tidak merasa dihina?
Kalau saya menjadi Menteri Besar, saya akan jemput semua yang hadir masuk ke dewan dan disajikan dengan minuman sebagai layanan asas budaya kita kepada tetamu, kenapa kita tidak?
No comments:
Post a Comment