Saturday, August 25, 2007

Kawasan Menteri, Rakyat Selesa?

Masyarakat Cina mempunyai satu tanggapan bahawa kawasan Parlimen Menteri, wajib sokong BN kerana dia akan bawa banyak manfaat. Adalah persepsi ini masih tetap pada hari ini?


Apa yang kita tatapkan dalam tempoh masa 1 bulan yang luli di Rawang (Parlimen Selayang) jelas tanggapan itu sudah layu dan salah sama sekali.

Apabila penduduk kampong bergelutan dengan gergasi TNB dalam proses pengambilan tanah yang sudah didiami oleh penduduk berpuluh tahun, ahli Parlimennya masih berpeluk tubuh. Beliau yang bergelar YB hanya membuka mulut selepas berlaku pergaduhan tubuh, namun hanya kadar mengaturkan penemuan dengan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.


Tidak ketinggalan juga perlu dimaklumkan bahawa, DUN Rawang juga diwakili oleh seorang EXCO Kerajaan Selangor. Melebihi 70% penduduk di situ juga merupakan ahli kepada MCA.

Daripada perkembangan, jelas membuktikan bahawa kawasan Menteri dan EXCO TIDAK SEMESTINYA MEMBAWA TUAH kepada setempat. Kegagalan mereka menyelesaikan kesengsaraan rakyat memadai menyokong kenyataan ini.

Kesimpulan, rakyat TIDAK wajar dikaburi dengan jawatan Menteri dan EXCO sewaktu mempetimbangkan sokong dalam pilihanraya akan datang. Yang penting adalah keikhlasan, kegigihan dan keberanian seseorang wakil rakyat, bukan jawatan dalam kerajaan ataupun parti politik.

Seorang wagra emas sedang berlutut atas tanah minta jasa baik ADUN / EXCO Selangor menghulurkan bantuan yang sepatutnya.


Akibat kebuntuan dan kegagalan ahli Parlimen dan ADUN menyuarakan kesusahan rakyat, penduduk kampong terpaksa berhijrah ke Pejabat Perdana Menteri yang dahulu dia mengelar diri suka dengan kata benar rakyat. Setakat ini, saya tidak ada maklum-balas samada rintihan rakyat sudah masuk telinga Perdan Menteri belum. Masa akan memberikan satu jawapan yang sebenar.

No comments: