Sumbangan Kerajaan BN Lagi
Bersebelahan dengan Taman Lestari Puchong, ketika Persatuan Penduduk membantah tapak kubur di sebelah taman, rombongan rakyat juga berkesempatan melihat 2 lagi projek pembangunan yang terbengkalai di situ.
Daripada gambarajah, kita pasti sekali lagi ramai pembeli sudah menjai mangsa kerana struktur bangunan sudah separuh siap.
Dengan itu, bermakna pemohonan pinjaman daripada bank sudah lulus dan mulai membuat bayaran kepada pemaju. Maka, sekarang pembeli perlu menanggung bunga dan bayaran pokoknya sungguhpun rumah tidak akan tersiap-siap.
Kenapakah kejadian seumpama ini terus berulang-ulang?
Adakah kerana penguatkuasaan peraturan yang longgar?
Tidak ada tindakan undang-undang ke atas pemaju yang curang?
Pemanatauan agensi kerajaan yang lembab? Ataupun
Pembeli yang patut disalahkan kerana tidak membuat keputusan yang bijak?
No comments:
Post a Comment