Negarakuku, Rasuah dan Membunuh
Pemuda berasas daripada Johor menjadi orang terkenal bukan sahaja dari segi bilangan kuantiti, ia juga menrangkumi segenap lapisan orang daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Wakil Rakyat, pegawai kerajaan, pemimpin parti politik............ Ini memang satu rekod baru kerana mustahil seorang pelajar tidak pernah popular sebegini.
Dengan kejahilan saya dalam bidang perundang, maka tidak pasti samada pengubahan lagu ini sudah melanggar undang-undang atau tidak (sampai hari ini tidak seorang pun Menteri yang lantang sini-sana jelas memberitahu Perkara / Perundangan manakah lagu ini disyaki bersalah).
Tetapi di sini saya bukan berhasrat untuk membela tindakan beliau; tetapi serentak dengan suasana riuh-rendah kecam-mengecam, ugut-mengugut dan marah-kemarahan sudah timbul beberapa persoalan yang WAJIB semua orang yang pernah bersuara dalam isu ini MENJAWAB:
a. Berlandaskan prinsip tidak bersalah sebelum dihukum oleh mahkamah, seseorang itu masih bebas. Kenapakah dalam isu ini hampir semua Menteri Kanan sudah mulai mengutuk, mengugut ke atas pengubah lagu?
b. Sekiranya ada unsur-unsur menyalahi undang-undang, adalah tanggungjawab kerajaan menyegerakan pendakwaan ke mahkamah, kenapakah kerajaan tidak berbuat demikian?
c. Menteri yang lantang pula, perlu menjelaskan kesalahannya dengan jelas, undang-undang mana? Perkara berapa? Dengan itu, barulah boleh pengubah menyediakan pembelaan. Tanpa tuduhan yang jelas, bagaimana beliau boleh membela diri?
d. Bolehkah semua Menteri menjelaskan sungguhpun lagu itu MUNGKIN menyalahi undang-undang, kenapa tindakan yang sama agresif tidak dilakukan ke atas penjenaya yang jauh lebih serius seperti Membunuh, Mengebom Mayat dan Perasuah Ribuan Juata Wang Rakayt? Adakah secara perbandingan semua kesalahan ini remeh-temeh?
Saya juga pening kepala kenapa jadi begitu!!!!
No comments:
Post a Comment