Sunday, March 23, 2008

Wajah Ahli Parlimen PJU

Hari 08/03/08 adalah hari keramat kerana ia merupakan satu kemenangan semangat MAKKAL SAKTI berjaya diketengahkan oleh rakyat sekalian.

Memilihan rakyat pada pilihanraya umum ke-11 telah membuktikan ketegasan rakyat untuk membawa Malaysia yang tercinta ini menuju ke wadah baru di mana parti politik yang sentiasa memainkan perasaan perkauman telah terkubur di banyak kawasan. lantaran itu, 5 kerajaan negeri telah diterajui oleh Barisan Rakyat pada 09/03/08.

Di antara satu kawasan yang tidak kurang penting adalah Petaling Jaya Utara dimana penyandang meruapakan seorang berpangkat Timbalan Menteri merangkap Naib President MCA yang memang terkenal.

Namun sedemikian, caln Parti Keadilan Rakyat berpangkat Naib Ketua Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Sdr. Hee LH berjaya menawan kawasan Parlimen PJU dengan majoriti yang besar.

Semalam 22/03/08 melebihi seramai 1,000 jentera / sukarelawan / pembantu pilihanraya telah menghadiri majlis jamuan di Dewan Orang Ramai Sek. 17 Petaling Jaya.

Banner ucapkan terima kasih kepada rakyat oleh wakil rakyat.


Sebahagian pembantu pilihanraya bergambar dengan wakil rakyat baru PJU.



Salah seorang penyokong Keadilan berikan ucapan bersemangat kepada rakan-rakannya.



Kemeriahan memang terpapar diwajah wakil rakyat dan kawan-kawannya dari semua keturunana.



Inilah kelebihan Parti Keadilan Rakyat yang memang mencorakkan kepelbagaian menentang politik perkauman yang sentiasa diapi-apikan oleh Barisan Nasional.

No comments: