Keghairahan Penyokong BN Menerang Calon BA
Pada hari mengundi, 08/03/08 sebaik sahaja calon Sri Muda (N50) menlaksanakan tugasnya membuang undi di Tmn Sentosa, lalu konvoi kereta mulai berangkat tolak balik Sri Muda, kenderaan calon Srim Muda telah senganja disekat oleh penyokong BN.
Sambil membuka pintu kereta calon Sri Muda cara kekerasan, mereka cuba merampas kamera salah seorang pembantunya yang duduki dalam kenderaan yang sama (bersebelahan dengan YB).
Selepas mereka, tidak berjaya merampas kamera; kumpulan ini telah mengepong kenderaan YB lalu tumbuk, tendang, goncang, pukul cermin kenderaan dengan hentakan kuat (pom, pom, pom...).
Beginilah pengalaman dan apa yang sebenarnya berlaku pada hari pencalonan. Gambar-gambar berikut memberikan bukti yang lebih kukuh.
Sebelum kenderaan YB tiba di jalan keluar yang telah sengaja ditutup oleh penyokong-penyokong BN.
Gambar ini membuktikan keghairan penyokong BN menyekat jalan sebaik sahaja menyedari kenderaan BA melalui jalan keluar.
Keghairahan penyokong bermotosikal sengaja membuat bunyi bising di hadapan pondok panas BA di Klang Jaya.
Atas disiplin, kesedaran dan kesabaran petugas BA, mujurlah mereka tidak terperangkap dengan tindakan-tindakan bermotifkan hasutan BN.
Akhirnya, terbukti Tuhan telah memberikan semangat sambil menginsafkan majoriti pengundi agar menolak sebarang keganasan dan sebagainya. Maka, BA telah diberikan mandat oleh rakyat untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen Kota Raja, DUN Sri Andalas dan DUN Sri Muda.
No comments:
Post a Comment