Hasil BN Tadbir 50 Tahun
3 hari yang lalu, Kampong Kemuning, Batu 8 telah sekali lagi dibanjiri air hujan.
Menurut penduduk kampong, wakil rakyat sebelum ini TIDAK PERNAH menjejakkan kakiknya ke kawasan kampung, walaupun mereka telah dihantui masalah banjir kilat sekian lama.
Di antara punca utama menyebabkan kekerapan banjir kerana:
a. Pembangunan tanah di sekitar kampong tidak dirancang dengan sempurna.
b. Pemaju tidak menjalankan kerja-kerja pembangunan ikuti peraturan agar kepentingan golongan miskin tidak tergadai.
c. Sistem perparitan yang ada tidak mampu menanggung pengaliran air yang banyak.
Sebakik sahaja menerima khabar banjir, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda serta-merta telah menghantar wakilnya melawati mangsa-mangsa banjir. Ia termasuk Sdr. Kamaruzaman (dalam gambar), Sdr. Tan AK (jurugambar) dan rakan-rakannya.
Wakil ADUN Srim Muda sedang memerhati keadaan banjir sambil mendengar aduan penduduk kampong dengan muka muram.
Tempat ibadat penganut Hindu juga terut menjadi mangsa banjir.
Beginilah kesengsaraan orang kampong yang kurang berasa menghadapi masalah banjir sepanjang 50 tahun Barisan Nasional memerintah.
Keadaan parit yang memang sudah lama tersumbat, tetapi wakil rakyat sebelum ini BERPELUK TUBUH.
Tidak ketinggalan juga, Ahli Parlimen Kota Raja juga menghantar wakilnya (kebetulan kedua-dua wakil rakyat berada mereka berada di luar ibu kota) menziarahi mangsa-mangsa banjjir.
Dengan tindakan segera, wakil ahli Parlimen dan ADUNSri Muda telah berjaya mengaturkan satu penemuan dengan pemaju bersebelahan di antara penyebabkan banjir, lanjutan itu perkara ini akan dibawa ke perhatian Majlis Bandaraya Shah Alam dan kerajaan negeri untuk tindak selanjutnya.
No comments:
Post a Comment