Monday, March 17, 2008

Majlis Kenang Jasa Rakyat

Malam 16/03/08, Jawatankuasa Jentera Pilihanraya BA Shah Alam telah menganjurkan Majlis Kenang Jasa Rakyat di Taman TTDI, Shah Alam pada pukul 9.00 malam.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, ADUN Kota Anggerik dan ADUN Batu Tiga. Ia diraikan bersama-sama dengan kehadiran ratursan penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama.

Selain daripada keputusan pilihanraya membuktikan rakyat Malasyia pada keseluruhannya sudah menolak sebarang bentuk politik perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC. Kehadiran penduduk semalam sekali lagi menyaksikan kematangan rakyat Malaysia sudah siap sedia membentuk satu landskap politik baru.

Di antara sedutan-sedutan gambar memberikan penerangan yang sepenuhnya.

Ahli Parlimen Shah Alam Sdr. Khalid Samad sedang berikan ucapan terima kasih kepada rakyat sambil berjanji akan mengotakan semua janji-janji pilihanraya.


Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga Sdri. Roziah (kiri) bersama dengan 2 tokoh besar Parti Keadilan Rakyat iaitu Pn. Animah (Ahli MPT) dan Dr. Daroyah (Ketua Wanita Shah Alam).


Ahli Parlimen Shah Alam sedang bersalaman dengan rakyat.


Ratusan penduduk tempatan pelbagai keturunan berikan sokongan padu atas majlis ini.


ADUN Kota Anggerik Sdr Yaccob dianugerakan bungan dan kain bersemangat "Makkal Sakti".


Wakil masyarakat bersama 3 wakil rakyat selepas penganugerahan bunga dan kain "Makkal Sakti".


ADUN Kota Anggerik Sdr. Yaccob sedang berikan ucapan terima kasih sambil diiringi oleh pemimpin Berkeley Sdr. Richard.


Dekas Tahanan ISA sebanyak 2 kali, hari telah dimartabatkan oleh rakyat menjadi Ahli Dewan Rakyat dari Kawasan Shah Alam dengan senyuman manis.


Inilah wadah baru landskap politik baru Malaysia. Harapan Baru Malaysia.

No comments: