Sunday, March 09, 2008

Hari Keramat 08/03/08

Pada hari mengundi pilihanraya ke-12, ramai pengundi pelbagai lapisan masyarakat telah keluar membuat pilihan kerajaan baru.

Berikut adalah beberapa sedutan hari mengundi pada 08/03/08 bagi Yang Berhormat Shuhaimi Shafiei, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Sri Muda ( N50).

Baner Kempen Pilihanraya Bagi Calon Sri Muda di Lebuhraya Kesas.


Di antara satu banner perkenalkan calon di Bukit Naga.


Calon Sri Muda disambut meriahkan oleh ramai pengundi-pengudi tempatan.



Ratusan sukarelawan menawarkan tenaga diri kepada calon Keadilan demi menegakkan kebenaran dan keadilan.



Pengumuman penting pada pukul 4.30 pagi 09/03/08 selepas SPR negeri Selangor melarang Pengurus Pilihanraya Parlimen Kota Raja membuat pengumuman rasi selama lebih-kurang 5 jam. Motif jahat Suruhanjaya Pilihanraya tidak dijelaskan, tetapi mala-fidenya kita faham sama-sama.



Kemenangan rasmi calon Keadilan di Sri Muda (N50) Selangor disambut dengan laungan reformasi berkumandang dan wakil rakyat batu dijunjungi tinggi oleh penyokong-penyokongnya.

Detik ini akan termaktub dalam sejarah Selangor kerana YB Shuhaimi Shafiei merupakan calon pertama menawan calon Barisan Nasional di kawasan ini. Justeru itu, ia juga turut menyumbang pembentukkan kerajaan Keadilan baru bagi menggantikan pemerintahan Barisan Nasional pada 50 tahun yang lalu.

No comments: