Saturday, March 15, 2008

Uji Kebijaksanaan Pemimpin BA

Adalah perkara lumrah, mana-mana parti politik ataupun kumpulan yang tidak berkuasa AMAT sukar untuk mencari jentera.

Keadaan yang sama juga dihadapi oleh parti pembangkang sebelum ini, khasnya Parti Keadilan Rakyat sebelum hari keramat 08/03/08.

Hari 08/03/08 merupakan titik perubahan PKR kerana berjaya mengambil-alih kerajaan negeri Selangor, berkongsi kuasa dengan DAP dan PAS di negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan.

Namun di sebalik kejayaan, kini tiba pula masa untuk menguji KEBIJAKSANAAN pemimpin BA agar tidak terpedaya dengan KUMPULAN-KUMPULAN OPOTUNIS. Memang kumpulan ini sudah mulai aktif kembali untuk merais perhatian kepimpinan BA agar diberikan peranan penting dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Wajar kepimpinan ingat dan tidak lupa, bahawa adakah orang bersifat opotunis ini boleh diharpakan untuk peranan besar?

Kenapa mereka tidak sertai kerja-kerja perjuangan lebih awal, sebaliknya hanya muncul diri selepas BA memperolehi mandat rakyat?

Bagaimanakah kepimpinan BA akan menghargai sumbangan hardcore @ reformis yang sudah hampir 10 tahun berkorban jika berbanding dengan golongan oportunis?

Sekiranya, kumpulan reformis tidak diberikan perhatian sewajarnya, bagaimana pula mereka boleh mengharapkan sokongan berterusan daripada rakyat?

Dengan ini, mudah-mudahan kita bersama-sama doakan kepimpinan sentiasa sedar dan tahu akan kepentingan tidak membuat keputusan yang salah demi kesinambungan perjuang parti dan rakyat bersama.

Apakah pendapat anda?

No comments: