Sunday, July 19, 2009

Siapa Pembunuh Teoh Beng Hock?

Seorang pemuda bernama Teoh Beng Hock berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Sri Kembangan telah ditahan oleh pegawai Suruhanajaya Pencagah Rasuah Malaysia di tingkat 14, Bangunan Masalam, Shah Alam pada lebih kurang 5.00pm 16/07/09.

Pada lebih kurang 1.30pm 17/07/09 dikatakan kononnya mayat mendiang Teoh dijampai tersadai di bakoni tingkat 5. Beginilah keajaiban Malaysia Boleh dan 1 Malaysia.

Perkara lain terpulang kepada kefahaman saudara/i budiman sendiri tentang bagaimana / bila / siapa yang menyebabkan ia berlaku?????

Inilah pemandangan bangunan Plaza Masalam, di mana Ibu Pejabat SPRMK Negeri Selangor terletak di tingkat 13 & 14.


Batu tanda Bangunan yang telah menjadi satu keaiban terbesar bagi SPRM!

Di sebelah bangunan berhadapan dengan Concorde Hotel, atas bumbung Oldtown Kopitiam inilah mayat mendiang Teoh Beng Hock tersadai. Bakoni ini tidak berbumbung, memang TUHAN dapat lihat dengan jelas dan TAHU segalanya bagaimana badannya boleh terbuang di situ!

Keadaan pejabat SPRM di tingkat 14 lebih kurang 5.oopm. Pintunya terkunci untuk menghalang kepimpinan masyarakat dan para wartawan memasuki pejabatnya.

EXCO kerjaan Negeri Selangor YB Tuan Ronnie Liu juga gagal diberikan maklumat terkini, beliau tiada pilihan kedua melainkan membuat kenyataan akhbar di depan pintu masuk pejbat SPRM.

EXCO kerajaan Selangor YB Dr. Halimah dan ADUN Sri Muda YB Tuan Shuhaimi Shafiei turut mengejar ke tempat kejadian, dukacitanya tidak ada sebarang maklumat diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab menangkap mendiang Teoh Beng Hock.
Antara kenyataan YB Dr. Halimah di SUK pada 18/07/09, 12.00 tengahari selepas mendengar kezaliman SPRM ke atas seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang: "Saya harapa pegawai yang melakukan kezaliman itu bukan seorang muslim". Bagi YB Dr. Halimah, tingkah laku pegawai yang malakukan kezaliman walaupun dirahsiakan namanya dianggapkan telah memalukan segenap masyarakat penganut Islam di mana Hukum Islam itu mengHARAMkan kezaliman ke atas semua umat manusia.

YB Dr. Hlimah dan YB Tuan Shuhaimi cuba berunding dengan pengawal pintu menemui ketua keselamatan banguna untuk melihat janazah mendiang Teoh tetapi gagal. Entah sebab sebenar pihak atas tidak benar melihat keadaan mayat walaupun sebagai Wakil Kerajaan Negeri Selangor. Terimbas dalam fikiran saya, kedua-dua YB ini berani kerana benar......

Di sinilah mayatmendiang tersadai di situ. Sampai hari ini, selain daripada kumpulan terlibat menamatkan nyawanya, kerajaan negeri juga masih tidak tahu kejadian sebenar.

Akibat kegagalan wakil kerajaan negeri Selangor merangkap doktor dan peguam melihat tempat mayat disadai, semua pemimpin Pakatan Rakyat membuat satu lagi kenyataan media di depan pintu masuk bangunan Plaza Masalam.

Banyak lagi gambar-gambar tambahan, bersambung.......

Tuesday, July 14, 2009

Penilaian 100 Hari Pentadbiran Najib

Pada 13/07/09 pkul 9.30am beberapa pemimpin Pasukan Keadilan KL / Selangor telah menganjurkan satu sidang akhbar bagi menilai pencapaian 100 hari oleh Perdana Menteri baru.

Antara yang hadir bersama termasuklah YB Tian Chua - Batu, YB Hee - PJS, YB Lou GB- Kelana Jaya, En. Chee CS - Ahli Majlis Perbandaran Selayang, En. Lee LE - Ahli Majlis Perbandaran Kajang dan Setiausaha Politik kepada YB Elizeberth Wong - En. Kai Loon.





Wajah ADUN Rawang

Pada tahun 2007, masalah pendawaian Tenaga Nasional di Kampung Baru Rawang telah mencetuskan satu tsunami politik tempatan. Di antara wakil daripada Parti Keadilan Rakyat termasuklah Cin Gan Pei Nie.

Atas semangat beliau bertungkus-lumus menentang usaha TNB merobohkan rumah kampung, beliau telah dimartabatkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang pada pilihanraya 08/03/09.

Semangat beliau tidak pernah rentuh, malahan beliau terus menunjukkan kepimpinan dan ketegasannya dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Berikut adalah beberapa sedutan temubual YB Gan Pei Nie oleh wartawan di kalangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada minggu lalu.




Dewan Undangan Negeri Selangor

Pada 13 & 14 Julai 2009, Dewan Undangan Negeri Selangor telah bersidang semula bagi sesi penggal ke-dua.

Dewan pada kali amat jauh berbeza banding dengan pentadbiran dahulu, di mana dewan pada kebiasaannya hanya bersidang 1 hari sahaja untuk 1 penggal (kecuali hari perasmian). Sebaliknya, dewan ini di bawah pentadbiran kerajaan baru telah bersidang lebih daripada seminggu. Tujuannya adalah untuk memberikan ruang perbahasan yang mencukupi kepada semua wakil-wakil rakyat atas semua rang undang-undang dikemukakan oleh kerajaan negeri, serta soal-jawab yang mendalam.

Sinario ini tidak pernah berlaku sebelum 08/03/08 ketika pentadbiran Barisan Nasional.

Speaker Dewan YB Teng dan YB Haniza sedang mengadakan sidang akhbar menjelaskan salah tingkah-laku seorang ahli dewan melanggar Peraturan Newan.

Ketua Pegawai Perhubungan Awam Pejabat Menteri Besar Cik. Ginie Lim turut hadir bersama dalam sidang akhbar.

Sidang akhbar 7 orang ADUN iaitu YB Elizeberth Wong, YB Au Yong, YB Teressa Kok, YB Hanna Yeoh, YB Edward, YB Dr. Cheah & YB Lau Weng San mendedahkan tindakan pilihan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia mengganggu menerima peruntukan kerajaan negeri, termasuklah jawatankuasa surau.


Ketua Pembangkang dewan ADUN Sungai Panjang YB Dato Seri Khir Toyo juga mengadakan sidang akhbar di dewan.
YB Nik Nazmi, YB Hanna Yeoh & YB Amiruddin mendedahkan arahan Menteri Penerangan membatalkan jemputan daripada kementerian menyertai satu program wawancara.

YB Teressa Kok sedang menunjukan keratan laporan akhbar menunjukkan peruntukan RM10,000.00 untuk bantu membeli pembesar suara, tetapi jawatankuasanya turut disoal-siasat oleh SPRM.
Sudut tempat duduk pembangkang daripada ADUN-ADUN Barisan Nasional majoritinya kosong. Ini terbukti mereka kurang minat menghadiri mesyuarat Dewan.

Pemandangan keseluruhan dewan, di mana sebelah kiri adalah pihak pentadbir (Pakatan Rakyat) dan sebelah kanan adalah pihak pembangkang (Barisan Nasional). Bandingkalah kehadiran dua pihak.

Sudut tempat duduk Pakatan Rakyat dipenuhi oleh ADUN-ADUN yang giat ambil bahagian dalam perbahasan.

Sunday, July 05, 2009

Majlis Penerangan PKFZ

Jawatankuasa DUN Sri Muda (N49), Selangor dengan telah menganjurkan Majlis Penerangan PKFZ pada 27/06/09 di Dewan Oncidium, Kota Kemuning 8.00pm.

Matlamat utama majlis ini ditumpukan khas berkaitan dengan penyelewengan projek PKFZ oleh kerajaan Barisan Nasional melibatkan ribuan juta wang rakyat. Siasatan Price Waterhouse mendedahkan kos projek ini boleh meningkat sampai RM12.4billion ringgit @ RM12,400,000,000.00.

Tiga penceramah utama telah melapangkan masa untuk menjelaskan perkembangan sebenar projek PKFZ, mereka adalah YB Elizeberth Wong, ADUN Bukit Lanjan / Exco Kerajaan Selangor; YB William Leong Ahli Parlimen Selayang dan YB Charles Santiago Ahli Parlimen Klang.

Persediaan majlis penerangan dengan menggantung banner sebagai "backdrop".

YB Elizeberth Wong sedang bincang sesuatu dengan YB Wliiam Leong sambil melibatkan En. Mohammad Ketua JDM Kota Kemuning.

YB Shuhaimi ADUN Sri Muda sebagai tuan rumah turut hadir berikan kata-kata aluan menyambut kehadiran ketiga-tiga YB penceramah.

Pengarah majlis En. Tan Ah Kow selaku Ahli Majlis MBSA memberikan buah tangan kecil sebagai kenangan kepada YB Elizeberth Wong.

Majlis penerangan ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kehormat MPP Zon 12 En. Anthony Das.

En. Tan Ah Kow selaku Pengerusi MPP Zon 12 memberikan beberapa kata penutup majlis.

YB Elizeberth Wong menjadi "celebriti" penduduk Kota Kemuning untuk gambar bersama.


Majlis penerangan juga mendapat sokongan daripada En. David Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (kiri) dan En. Cheah Sang Soon Ahli Majlis MPSJ (kanan).

Petugas sukarela malam majlis penerangan (dari kiri) En. Gan, En. Chan & En. Rosli.


Ketibaan YB William Leong disambut oleh Pengarah program En. Tan Ah Kow.

Panorama banner utama majlis penerangan.


YB Elezeberth Wong sedang menjawab soalan tambahan daripada hadiran-hadirin.

Saturday, July 04, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Kota Raja

Pada 20/06/09 Pakatan Rakyat Kota Raja telah berjaya menganjurkan konvensyen pertama dalam negeri Selangor untuk memperkukuhkan semangat pakatan.


Konvensyen ini berlangsung di Dewan Jubli Perak, Pejabat Kerajaan Negeri Selangor mulai 8.30am - 2.00pm dengan kehadiran menghampiri 1,000 peserta daripada kepimpinan setiap peringkat cabang (bahagian / kawasan) & ranting (cawangan / JDM).


Sedutan kehadiran konvensyen dari kiri ke kanan: En Syed Putra PA kepada YB Dr. Xavier, En Halim Sirome Ahli Majlis MBSA merangkap Timbalan Ketua Pas Kota Raja, YB Shuhaimi ADUN Sri Muda merangkap Timbalan Ketua Bahagian Kota Raja, En. Tan Ah Kow Ahli Majlis MBSA merangkap AJK Bahagian Kota Raja, En. Kamaruzaman Ahli Majlis MBSA merangkap Setiausaha Bahagian Kota Raja, En. Azmi Pegawai Khas YB Dr. Siti Mariah merangkap Pengarah Konvensyen & En. Fauzi ketua JDM Bukit Rimau merangkap Setiausaha Kehormatan kepada En. Unthayasorian Ahli Majlis MBSA.

En. Halim sedang membincangkan sesuatu dengan En. Kamaruzaman dan En. Azmi.

Barisan pemimpin Wanita DUN Sri Muda, Parti Keadilan Rakyat.


Kemeriahan konvensyen dihadiri hampir 1,000 peserta.

Konvensyen ini diakhiri dengan Ikrar Pakatan Rakyat Kota Raja yang diketuai oleh En. Azmizam, Ketua Angkatanmuda Kota Raja merangkap Ahli Majlis Klang.


Ketibaan Dato Sallehuddin, Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat merasmikan konvensyen disambut oleh YB Dr. Xavier Ketua PKR Bahagian Kota Raja & Cikgu Jaafar Ketua Pas Kawasan Kota Raja.