Saturday, July 04, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Kota Raja

Pada 20/06/09 Pakatan Rakyat Kota Raja telah berjaya menganjurkan konvensyen pertama dalam negeri Selangor untuk memperkukuhkan semangat pakatan.


Konvensyen ini berlangsung di Dewan Jubli Perak, Pejabat Kerajaan Negeri Selangor mulai 8.30am - 2.00pm dengan kehadiran menghampiri 1,000 peserta daripada kepimpinan setiap peringkat cabang (bahagian / kawasan) & ranting (cawangan / JDM).


Sedutan kehadiran konvensyen dari kiri ke kanan: En Syed Putra PA kepada YB Dr. Xavier, En Halim Sirome Ahli Majlis MBSA merangkap Timbalan Ketua Pas Kota Raja, YB Shuhaimi ADUN Sri Muda merangkap Timbalan Ketua Bahagian Kota Raja, En. Tan Ah Kow Ahli Majlis MBSA merangkap AJK Bahagian Kota Raja, En. Kamaruzaman Ahli Majlis MBSA merangkap Setiausaha Bahagian Kota Raja, En. Azmi Pegawai Khas YB Dr. Siti Mariah merangkap Pengarah Konvensyen & En. Fauzi ketua JDM Bukit Rimau merangkap Setiausaha Kehormatan kepada En. Unthayasorian Ahli Majlis MBSA.

En. Halim sedang membincangkan sesuatu dengan En. Kamaruzaman dan En. Azmi.

Barisan pemimpin Wanita DUN Sri Muda, Parti Keadilan Rakyat.


Kemeriahan konvensyen dihadiri hampir 1,000 peserta.

Konvensyen ini diakhiri dengan Ikrar Pakatan Rakyat Kota Raja yang diketuai oleh En. Azmizam, Ketua Angkatanmuda Kota Raja merangkap Ahli Majlis Klang.


Ketibaan Dato Sallehuddin, Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat merasmikan konvensyen disambut oleh YB Dr. Xavier Ketua PKR Bahagian Kota Raja & Cikgu Jaafar Ketua Pas Kawasan Kota Raja.


Sunday, June 14, 2009

Konvensyen PR Kota Raja

Walaupun Muktamar Pas minggu lalu telah mencetuskan beberapa pertikaian dalaman dan luaran Pakatan Rakyat; di antara yang paling nyata adalah:

a. Cadangan Kerajaan Perpaduan dengan BN.
b. Pengharaman pertubuhan SIS.

Atas prinsip kebebasan berusara, semua parti mempunyai hak masing-masing utarakan pendangan. Yang penting di sini jelas ternyata bahawa dua isu ini bukanlah pendirian Pakatan Rakyat bersama 3 parti.

Namun sedemikian, Pakatan Rakyat Kota Raja tetap akan menganjurkan Konvensyen Pakatan Rakyat Kota Raja pada 19/06/09 di Shah Alam.

Tujuan utama konvensyen ini adalah untuk memperkasakan pertubuhan Pakatan Rakyat di Kota Raja sambil mempereratkan silraturahim antara semua pemimpin komponen pakatan.

Berikut adalah sedutan mesyuarat persediaan konvensyen di pejabat ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei.





Tuesday, June 09, 2009

Operasi Sita MBSA Pada 14/05/09

Sejajar dengan arahan dan dasar kerajaan negeri Selangor untuk menangani kewujudan siber kafer tidak berlesen bagaikan cendawan lepas hujan, MBSA telah sekali lagi menjalankan operasi sitaan ke atas beberapa kedai tidak berlesen apada 14/05/09 di Zon Utara.

Pagawai Penguatkuasa sedang menjalankan tugas memunggah peralatan dalam kedai di sita.

Pemandangan dalaman kedai siber kafer tidak berlesen.


Hasil sitaan di mana operasi sitaan turut dihadiri oleh Ahli Majlis daripada Pas, DAP dan PKR.


Wartawan Sinar sedang membuat penelitian atas komputer yang mencurigakan.

Inilah hasil sitaan daripada operasi sitaan MBSA.


Friday, June 05, 2009

Ketegasan Memerangi Kegiatan Menjudi

Berikut adalah sebahagian daripada hasil operasi sitaan di salah sebuah PBT. Ini menunjukkan ketegasan kerajaan negeri Selangor telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan agar menangani perkara ini dengan serious.






Majlis Penerangan Kampung Medan, PJ

Pada 18/05/09 satu majlis penerangan oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat tentang kisah benar tindakan keji Barisan Nasional atas kerajaan negeri Perak.

Majlis ini mendapat sambutan ribuan penduduk tempatan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Antara pemimpin utama turut berikan termasuklah Dato Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen PJ Selatan YB Hee, ADUN daripada Perak YB Lip Kang dan sebagainya.

YB Dato Seri Anwar sedang berucap.

Pengelola Media Rakyat Sdr. Chan CK selaku Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya sedang membuat rakaman video.

Sokongan ribuan penduduk tempatan yang mendahagakan maklumat terkini dan benar kisah di Perak.

ADUN Perak YB Lip Kang sedang berikan menerangan.

Ahli Parlimen PJS YB Hee sedang berucap.

Barisan pimimpan yang turut hadir dalam majlis ini.


Kejadian Korek Tanah Mencurigakan

Kerajaan negeri dan semua Pihak Berkuasa Tempatan wajar mengambil tindakan yang tegas untuk menangani kes kecurian tanah tanpa kawalan demi untuk mengelakkan tragedi seperti apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa berulang.

Berikut adalah salah satu contoh penggorekkan tanah yang tidak terkawal di kawasan pemerintahan Bandaraya Shah Alam.




Apakah bentuk kawalan kerja tanah akan dijalankan oleh PBT walaupun mungkin ia mempunyai pemohonan ataupun kelulusan?
Dalam contoh di atas, adakah dengan hanya menutup 2-3 helaian plastik itu memadai sebagai kawalan hakisan?
Siapakah dan bagaimanakah pengurusan lepas tanah dikorek? Siapa yang patut bertanggungjawab?

Sunday, May 10, 2009

Operasi Pemeriksaan PBT

Sepertimana telah dipertanggungjawabkan oleh rakyat, pegawai penguatkuasa PBT memang sentiasa menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas mana-mana kedai yang disyaki beroperasi tanpa lesen.

Pegawai penguatkuasa baru tiba di tempat pemeriksaan.



Apabila penguatkuasa cuba memeriksaan sebuah kedai tetapi tidak mendapat kerjasama daripada penjaganya walaupun berpujuk-pujuk.


Disebabkan keengganan penajaga kedai bekerjasama membuka pintu, tiada pilihan lain daripada memecahkan pintu kedai.


Akibatnya beberapa orang penjaga kedai terlibat dibawa balik ke balai oleh pegawai polis untuk siasatan "Manghalang Penjawat Awam Jalankan Tugas".


Begini pemandangan dalam kedai disyaki beroperasi tanpa lesen.

Hasil siasatan menemui banyak CPU komputer yang disyaki tersorok dalam premis.

Pegawai penguatkuasa sedang memecahkan selonggok "papan" komputer yang disyaki.