Sunday, June 14, 2009

Konvensyen PR Kota Raja

Walaupun Muktamar Pas minggu lalu telah mencetuskan beberapa pertikaian dalaman dan luaran Pakatan Rakyat; di antara yang paling nyata adalah:

a. Cadangan Kerajaan Perpaduan dengan BN.
b. Pengharaman pertubuhan SIS.

Atas prinsip kebebasan berusara, semua parti mempunyai hak masing-masing utarakan pendangan. Yang penting di sini jelas ternyata bahawa dua isu ini bukanlah pendirian Pakatan Rakyat bersama 3 parti.

Namun sedemikian, Pakatan Rakyat Kota Raja tetap akan menganjurkan Konvensyen Pakatan Rakyat Kota Raja pada 19/06/09 di Shah Alam.

Tujuan utama konvensyen ini adalah untuk memperkasakan pertubuhan Pakatan Rakyat di Kota Raja sambil mempereratkan silraturahim antara semua pemimpin komponen pakatan.

Berikut adalah sedutan mesyuarat persediaan konvensyen di pejabat ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei.





No comments: