Thursday, December 11, 2008

Wahai Manusia, Insaflah Segera!!!

Wahai manusia sejagat,
Baik yang pernah berkuasa sekarang,
Mahupun yag sedang berkuasa,
Ataupun yang akan berkuasa,
Saudagar yang pernah memajukan kawasan ini,
Saudagar yang sedia memajukan kawasan ini,
Saudagar yang bakal memajukan kawasan ini,
Orang yang pernah memberikan janji-janji manis,
Orang yang sedang memberikan janji-janji manis,
Orang yang akan memberikan janji-janji manis!!!!

Tidakkah anda memikirkan keseimbangan anatara keuntungan dan tanggungjawab?

Tidakkah anda simpati akan kesengsaraan mangsa-mangsa yang hilang ahli keluarga?

Tidakkah anda sayangkan bayi-bayi yang kehilangan ibu akibat bencana?

Tidakkah anda menginsafi punca bencana telah membinasakan puluhan keluarga bahagia?

Tidakkah and menyedari pemuncak bencana itu adalah kecuaian tindakan anda?

Tidakkah and mengetahui akan tanggungjawab sosial selain daripada Tuhan?

Tidakkah anda menatapi penderitaan mangsa-mangsa bencana alam ini?

Tidakkah anda mendengari tangisan anak-anak kecil yang tidak berdosa?

Tidakkah anda merasai kedosaan yang dilakukan kerana tidak ikut peraturan?

Insaflah segera pada hari ini:-

Jangan sekali-kali hanya lempar batu sembunyi tangan.
Jjangan sekali-kali selamba anda bebas daripada tanggungjawab.
Jangan sekali-kali buat kerja seperti lepaskan batuk di tangga.
Jangan sekali-kali hanya untuk mencari publisiti murah diri.
Jagan sekali-kali hanya fikirkan riwayat politik diri.

INSAFlah ini semua pada saat ini. Lepas itu kitasemua akan berhadapan dengan Tuhan masing-masing di dunia satu lagi.

INSAF! INSAF! INSAF! INSAFLAH!

Dahulu jalanraya, hari ini merentasi sungai melalui paip air.

Dahulu anjing hanya untuk mengesan dadah, hari ini ditugaskan untuk mencari mayat.

Dahulu ini adalah tempat perlindungan ahli-ahli keluarga, hari ini menjadi medan menanam ahli keluarga.

Dahulu sini satu pandangan panorama yang indah, hari ini menjadi pusat mengumpul sampah-sarap runtuhan bukit.


Dahulu askar hanya untuk pertahankan negara, hari ini mereka turut sumbang tenaga membantu mangsa.


Dahulu bayi kecil manja dalam buaian ibu, hari ini nyawanya nyaris terkorban kerana kecuain manusia dewasa.

Dahulu padangan adalah tempat mainan kanak-kanak, hari bertukar jadi tapak menanam manusia hidup tanpa dosa.

Dahulu ini jalanraya untuk laluan kenderaan, hari ini pecah-belah seperti medan perang.

Dahulu bayi kecil menjadi keriangan keluarga, hari yang tergali mungkin jadi seketul isu yang tidak berhaba lagi.

Dahulu pemandangan ini hanya berlaku negara Lingkaran Gunung Berapi, hari ini ramai yang tidak boleh berjalan walaupun berkaki.

Dahulu kita bangga dengan pencapaian kemajuan negeri, hari mangsa-mangsa cedera diusung sana-sini.

Dahulu kita hidup baagia, hari ini terpaksa berjalan atas bantu tentera.

Dahulu kampung halaman, hari menjadi kampong haraman.

Dahulu ini adalah bangalo mewah yang membanggakan, hari menjadipusat mencari mayat.

Dahulu tempat keluarga berhimpun, hari bagai gempar bumi.

Dahulu hanya budak sekolah mendaki bukit, hari semua mendaki untuk larikan diri.
.
Dahulu anak-anak kecil hanya tahu manja, hari ini mereka apa itu bencana.
.
Dahulu ibu bawa anak menghayati pemandangan senja, hari menunggukan hasil penyelamat dengan penh silu di tepi jalan.
.
Inilah dia yang bernama Bukit Antarabangsa, Ampang, Malaysia.
.
Nota: semua gambar-gambar di atas dipetik daripada beberapa laman web tertentu.

Wednesday, December 10, 2008

Suasana Di Bukit Antarabangsa

Tragedi keruntuhan tanah di Bukit Antarabangsa Ampang jelas membuktikan bahawa memang pisang berbuah dua kali. Masih jelas dalam ingatan kita, tempat yang sama telah berlaku banyak kali, di antaranya keruntuhan Bangunan Highland Tower yang memeranjatkan sedunia.

Namun demikian, tragedi berulang lagi minngu lalu. Beginilah sekali lagi menunjukkan kepada kita kuasa bumi jika manusia tidak menghormatinya.


Ahli Parlimen & Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa YB AzminAli mengiringi Menteri Besar Selangor melawati tapak kejadian.


Jelas kelihatan perasaan sedih di wajar EXCO Selangor YB. Elizeberth Wong sambil mendoakan keadaan tidak lebih buruk lagi serta semua mangsa dapat diselamatkan dengan segera. Matanya nyata kelihatan bercahayakan air mata walaupun dia cuba menahan perasaannya.


Bantuan melalui helikopter sedang giat menyalurkan bahan keperluan asas.
.

Setiap hari YB Elizeberth Wong selaku Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar kerajaan Negeri Selangor meronda tapak kejadian tanpa mengira cuaca, siang atau malam.

Sebagai EXCO yang tidak menafikan tanggungjawabnya, tanpa mengira letih dan masa mengadakan penemuan berkala dengan semua mangsa-mangsa kejadian untuk memastikan bantuan asas disamaikan segera.
.

Demi untuk memastikan hantar bantuan makanan dalam masa tersingkat, YB Elizeberth Wong, YB Gan Pei Nei (Selayang) dibantu oleh petugas-petugas, mereka turun padang ke pasaraya membuat pembelian makanan asas untuk diagihkan.
.


YB Elizeberth Wong sendiri mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa sungguhpun hari hujan.
.

Sambil diiringi oleh YB Gan dan ratusan sukarelawan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Selangor YB> Elizeberth Wong tidak berhenti melawat pusat pelarian (penempatan sementara) untuk menenangkan perasaan cemas warga mangsa.
.

http://www.youtube.com/watch?v=VnokC7yITnA Lihatlah tayang video bagaimana kerja-kerja bantuan disalurkan oleh wakil rakyat sendiri.
Tidak ketinggalan juga jaguh dibelakang tirai, pengusaha laman web Media Rakyat juga tidak memencilkan diri daripada menghulurkan bantuan sepanjang masa.





YB Gan turut bantu mengangkut barangan bantu.
.

Ahli Parlimen PJ Utara YB Hee turut sentiasa meluangkan masa dalm proses penyelamat dan bantuan kemanusiaan. Penemuan dengan semua mangsa tanah runtuh diadakan setiap hari.
.


Seorang lagi Wira Tidak Bernama, iaitu abang kepada Sdr. Chan C. K (Pengusaha Laman Media Rakyat) tidak pernah mengeluh sepanjang 10 tahun dalam membantu gerakkan reformasi. Beliau tidak pernah mengharapkan pulangan, tender, jawatan mahupun nama sepatutnya menjadi idola kepada pemimpin yang lain. Tidak ketinggalan juga sebagai pemimpin yang perihatinkan akar-umbi, kita tidak boleh sama sekali lupakan sumbangan mereka / golongan ini. Tanpa mereka, yang pasti ramai anatara kita tidak akan berpeluang untuk menduduki kerusi Yang Berhormat baik di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

YB Azmin Ali ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa mengadakan lawatan bersama penduduk tempatan untuk memastikan kerja-kerja bantuan dijalankan dengan baik dan segera.

Ini dia WIRA DISEBALIK TIRAI yang tidak pernah merayukan pangkat, gelaran dan sebagainya. Reformis yang beginilah patut kita sanjungi, tanpa mereka yang pasti tidak ada ramai yang duduk atas takhta keajaan hari ini.

Saturday, December 06, 2008

Dialog Bahagian Dgn Timb Pengerusi Negeri

Minggu lalu, satu majlis dialog diantara Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri Selangor dengan AJK Bahagian Kota Raja. Ia diwakili oleh Yang Berhormat Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat.

Menerusi majlis dialog ini, ramai AJK Bahagian telah menyuarakan pelbagai pemasalahan, kebimbangan dan permintaan demi kekuatan parti dan Pakatan Rakyat.

Di antara isu yang paling panas diperbahaskan termasuklah:

1. Memohon kerajaan negeri segerakan proses menukar semua ketua-ketua PBT (Dato Bandar & YDP).

2. Memohon kerajaan negeri menangani ketiadaan wakil parti dalam semua syarikat kerajaan negeri yang masih dipelopori oleh wakil parti bekas kerajaan.

3. Mempertimbangkan bantuan dana kepada peringkat akar-umbi untuk menganjurkan aktiviti kemasyarakatan.

4. Kebimbangan gejalah mencuri sumber alam yang bermaharajalela berterusan akan menjejaskan keyakinan masyarakat awam ke atas kesungguhan kerajaan negeri dalam usaha Merakyatkan Ekonomi Negeri.




Kejayaan MASA UNTUK PERUBAHAN

Politik dunia telah dikejutkan dengan kemenangan besar calon yang berslogankan "Masa Untuk Perubahan" di negera paling berkuasa, iaitu Amerika Syarikat.

Kemenangan ini memang telah memberikan semangat yang amat besar kepada pejuang-pejuang hak asasi rakyat; namun ia mengigirkan pemerintah kuku-besi.

Keadaan nyata memberikan satu TAMPARAN besar kepada mana-mana pemimpin politik seluruh dunia dimana riawayat politiknya yang bergantung kepada manipulasi perkauman mahupun keagamaan.

Kerajaan yang dikategorikan sedemikian telah menggunakan KUASAnya untuk menutup dada akhbar cetak dimuatkan dengan berita-berita ini kerana rakyat Amerika hari telah MEMBUNGKUSKAN politik perkauman.

Adakah anda juga termasuk dalam kategori pemimpin politik ini?