Thursday, December 11, 2008

Wahai Manusia, Insaflah Segera!!!

Wahai manusia sejagat,
Baik yang pernah berkuasa sekarang,
Mahupun yag sedang berkuasa,
Ataupun yang akan berkuasa,
Saudagar yang pernah memajukan kawasan ini,
Saudagar yang sedia memajukan kawasan ini,
Saudagar yang bakal memajukan kawasan ini,
Orang yang pernah memberikan janji-janji manis,
Orang yang sedang memberikan janji-janji manis,
Orang yang akan memberikan janji-janji manis!!!!

Tidakkah anda memikirkan keseimbangan anatara keuntungan dan tanggungjawab?

Tidakkah anda simpati akan kesengsaraan mangsa-mangsa yang hilang ahli keluarga?

Tidakkah anda sayangkan bayi-bayi yang kehilangan ibu akibat bencana?

Tidakkah anda menginsafi punca bencana telah membinasakan puluhan keluarga bahagia?

Tidakkah and menyedari pemuncak bencana itu adalah kecuaian tindakan anda?

Tidakkah and mengetahui akan tanggungjawab sosial selain daripada Tuhan?

Tidakkah anda menatapi penderitaan mangsa-mangsa bencana alam ini?

Tidakkah anda mendengari tangisan anak-anak kecil yang tidak berdosa?

Tidakkah anda merasai kedosaan yang dilakukan kerana tidak ikut peraturan?

Insaflah segera pada hari ini:-

Jangan sekali-kali hanya lempar batu sembunyi tangan.
Jjangan sekali-kali selamba anda bebas daripada tanggungjawab.
Jangan sekali-kali buat kerja seperti lepaskan batuk di tangga.
Jangan sekali-kali hanya untuk mencari publisiti murah diri.
Jagan sekali-kali hanya fikirkan riwayat politik diri.

INSAFlah ini semua pada saat ini. Lepas itu kitasemua akan berhadapan dengan Tuhan masing-masing di dunia satu lagi.

INSAF! INSAF! INSAF! INSAFLAH!

Dahulu jalanraya, hari ini merentasi sungai melalui paip air.

Dahulu anjing hanya untuk mengesan dadah, hari ini ditugaskan untuk mencari mayat.

Dahulu ini adalah tempat perlindungan ahli-ahli keluarga, hari ini menjadi medan menanam ahli keluarga.

Dahulu sini satu pandangan panorama yang indah, hari ini menjadi pusat mengumpul sampah-sarap runtuhan bukit.


Dahulu askar hanya untuk pertahankan negara, hari ini mereka turut sumbang tenaga membantu mangsa.


Dahulu bayi kecil manja dalam buaian ibu, hari ini nyawanya nyaris terkorban kerana kecuain manusia dewasa.

Dahulu padangan adalah tempat mainan kanak-kanak, hari bertukar jadi tapak menanam manusia hidup tanpa dosa.

Dahulu ini jalanraya untuk laluan kenderaan, hari ini pecah-belah seperti medan perang.

Dahulu bayi kecil menjadi keriangan keluarga, hari yang tergali mungkin jadi seketul isu yang tidak berhaba lagi.

Dahulu pemandangan ini hanya berlaku negara Lingkaran Gunung Berapi, hari ini ramai yang tidak boleh berjalan walaupun berkaki.

Dahulu kita bangga dengan pencapaian kemajuan negeri, hari mangsa-mangsa cedera diusung sana-sini.

Dahulu kita hidup baagia, hari ini terpaksa berjalan atas bantu tentera.

Dahulu kampung halaman, hari menjadi kampong haraman.

Dahulu ini adalah bangalo mewah yang membanggakan, hari menjadipusat mencari mayat.

Dahulu tempat keluarga berhimpun, hari bagai gempar bumi.

Dahulu hanya budak sekolah mendaki bukit, hari semua mendaki untuk larikan diri.
.
Dahulu anak-anak kecil hanya tahu manja, hari ini mereka apa itu bencana.
.
Dahulu ibu bawa anak menghayati pemandangan senja, hari menunggukan hasil penyelamat dengan penh silu di tepi jalan.
.
Inilah dia yang bernama Bukit Antarabangsa, Ampang, Malaysia.
.
Nota: semua gambar-gambar di atas dipetik daripada beberapa laman web tertentu.

No comments: