Saturday, December 06, 2008

Dialog Bahagian Dgn Timb Pengerusi Negeri

Minggu lalu, satu majlis dialog diantara Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri Selangor dengan AJK Bahagian Kota Raja. Ia diwakili oleh Yang Berhormat Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat.

Menerusi majlis dialog ini, ramai AJK Bahagian telah menyuarakan pelbagai pemasalahan, kebimbangan dan permintaan demi kekuatan parti dan Pakatan Rakyat.

Di antara isu yang paling panas diperbahaskan termasuklah:

1. Memohon kerajaan negeri segerakan proses menukar semua ketua-ketua PBT (Dato Bandar & YDP).

2. Memohon kerajaan negeri menangani ketiadaan wakil parti dalam semua syarikat kerajaan negeri yang masih dipelopori oleh wakil parti bekas kerajaan.

3. Mempertimbangkan bantuan dana kepada peringkat akar-umbi untuk menganjurkan aktiviti kemasyarakatan.

4. Kebimbangan gejalah mencuri sumber alam yang bermaharajalela berterusan akan menjejaskan keyakinan masyarakat awam ke atas kesungguhan kerajaan negeri dalam usaha Merakyatkan Ekonomi Negeri.




No comments: