Saturday, December 26, 2009

Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat 19/12/09

Pukul 9.00 pagi Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam telah dipenuhi dengan 1,500 orang perwakilan daripada PKR, DAP & PAS seramai 500 orang masing-masing.

Semua perwakilan mendengar kertas-kertas kerja dibentangkan oleh pemimpinnya dengan penuhi perhatian. Resolusi konvensyen ini akan menjadi dasar utama Pakatan Rakyat dalam pentadbiran kerajaan akan datang.

Timbalan Ketua Angkatanmuda PKR En. Faris Musa bergambar depan pintu masuk utama.

ADUN Padungan, Sarawak YB Dominique Ng turut hadir dalam konvensyen ini.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam En. Kamarudzaman dan En. Tan Ah Kow hadiri selaku tuan rumah Auditorium Konvensyen.

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang YB Law tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam konvensyen ini.

Timbalan Ketua Cabang Kuala Selangor, iaitu cabang di mana Dato Menteri Besar adalah Ketua Cabang bersama dengan wakil-wakil lain dalam majlis.

Rombongan perwakilan daripada Cabang Kota Raja (DUN Sri Muda di bawah kepimpinan YB Shuhaimi Shafiei) tidak pernah berat tulang berikan sokongan padu sepanjang masa.

ADUN Skinchan YB Ng Swee Lim membincangkan sesuatu dengan seorang gadis jelita ---!!!!???? Sebenarnya beliau adalah salah seorang Ahli Majlis Kuala Selangor mewakili DAP.

Persembahan kebudayaan pelbagai keturunan di pintu masuk utama.

Tokoh terkenal dalam dan luar negara Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad (keretanya dicuri beberapa hari yang lalu), ADUN YB Shaari Sungib & Sepaker Dewan Selangor YB Teng Chang Kim bertemu.

Veteran politik utama ADUN Sidam, Kedah YB Tan Choo Kang duduk atas kerusi dewan juga.

Bekas AJK Angkatanmuda PKR Pusat Cin. Nurin dan suami datang daripada Sungai Petani berikan sokong kepada Pakatan Rakyat. Sebelah kiri, En. Awang Setiausaha Cabang Shah Alam, Selangor.

ADUN Perak YB Chen (kiri) dan pemilik MediaRakyat En. Chan Chee Kong merangkap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (kanan).

Timbalan Ketua Angkatanmuda PKR En. Faris Musa dan kawan-kawannya.

Petugas sukarelawan daripada Angkatanmuda Subang di bawah kepimpinan En. Najmi.

Ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di Auditorium MBSA.

Dato Menteri Besar Selangor disambut dengan pasukan pakaian tradisional Malaysia Timur.

ADUN Chua, Negeri Sembilan YB Chai Tong Chai.

Kepelbagaian budaya dalam Pakatan Rakyat terjamin.

Wira Rakyat daripada Negeri Perak yang mencipta rekod Speaker Pertama dalam dunia diusong keluar dewan atas arahan seorang sepaker............

Exco Kerajaan Pulalu Pinang YB Lau, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Dr. Mansor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Dr. Xavier Jayakumar.

Kesepakatan Pakatan Rakyat terbukti di sini.


Ketua Menteri Pulau YB Lim guan Eng dan Yang Berbahagia Datin Seri Wan Azizah.

Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad dan ADUN Kota Anggerik YB Yakob Sapali dalam dewan.

Ucaptama oleh YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kemeriahan auditorium MBSA dipenuhi oleh perwakilan.
Upacara perasmian dewan dipenuhi dengan kertas warna-warni.
Wira rakyat daripada Negeri Perak kerana mereka bertahan walaupun kerajaannya dirampas kuasa oleh suatu pihak ........
Dato Menteri Besar Selangor dikelumungi oleh wanita-wanita PKR.

Dato Menteri Besar diminati penyokong muda.......
Bakal tunjang negera masa depan....

ADUN Padungan, Sarawak YB Dominique Ng dan isterinya.

No comments: