Saturday, December 12, 2009

AMK Desak YB Badrul Letak Jawatan

Sempena persidangan semua Dewan Negeri Selangor pada 09/11/09, Angkatanmuda Selangor Parti Keadilan Rakyat mengadakan satu perarakan mendesak Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang YB Badrul letak jawatan kerana gagal berkhidmat.

Perarakan ini diketuai oleh Ketua AMK Selangor En. Khairul Anwar dan Ketua Penerangan AMK En. Lee Kai Loon. Mereka mula bergerak daripada pintu masuk utama SUK menuju ke arah pintu masuk Dewan Negeri.

En. Lee mula berunding dengan polis Shah Alam sebelum mula berarak.

Rombongan melangkah kaki menuju ke pintu masuk Dewan Negeri.

En. Lee KL bersama penyokongnya melaungkan slogan "Badrul letak jawatan" sambil tunjukkan poster.



En. Khairul Anwar menolak tawaran Setiausaha Politik Menteri Besar YB Nik Nazmi untuk menerima memorandum desak YB Badrul letak jawatan.

Akhirnya memorandum itu berjaya diserahkan kepada pegawai pejabat Speaker Dewan untuk disampaikan kepada YB Badrul.


No comments: