Thursday, August 20, 2009

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam

Sedutan mesyuarat dalam Majlis Bandaraya Shah Alam.

En. Najimi daripada MPP kawasan Sungai Buloh dan En. Kamaruzaman daripada MPP kawasan Seksyen 26, 27 & 28 sebagai Ahli Majlis MBSA.

En. Uthayasorian daripada MPP kawasan Bukit Rimau.

En. Ang Leng Keat daripada MPP Setia Alam mengaru kepala memikirkan sesuatu persoalan.

En. Kamaruzaman sedang tumpukan perhatian sepnuhnya mendengar taklimat.

En. Abdul Manaf dan En. Azli Ahli Majlis MBSA.

Tuesday, August 18, 2009

Perayaan Penganut Hindu Di Seksyen 25

Pada 03/08/09, rombongan pemimpin Pakatan Rakyat telah mengunjung majlis perayaan penganut Hindu di Seksyen 25. Ia merupakan semangat kerjasama dan toleransi kepimpinan Pakatan Rakyat bersama rakyat tanpa mengira keturunan dan agama.

Semua orang berganding-bahu memupuk kepercayaan antara satu sama lain sambil saling lawat-melawat.

Dari kira: En. Paparaidu Ahli Majlis MBSA, no 3 En. Manimaran, Cikgu Jafaar Ketua Kawasan Pas Kota Raja, En. Tan Ah Kow Ahli Majlis MBSA, YB Shuhaimi Shafiei ADUN Sri Muda & En. Sabestine Ahli Majlis MBSA.

YB Shuhaimi berbual-mesra dengan rakyat.

Kemeriahan penganut Hindu membanjiri tapak perayaan.

En. Mano Setiausaha Kehormat MPP, En. Kamaruzaman Ahli Majlis MBSA & YB Shuhaimi Shafiei.

YB Shuhaimi mencuba pemeriksaan perubatan.

En. Kamaruzaman juga mencuba pemeriksaan perubatan.
YB Shuhaimi sendiri juga melantarkan badan menderma darah.
YB Shuhaimi dikurniakan penghormatan atas kehadirannya.
Majlis Penerangan Di Dewan Sivik PJ

Pada malam 31/07/09, Pasukan Keadilan KL/Selangor telah berjaya menganjurkan majlis penerangan di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Bilik majlis penerangan ini mendpat sokong meriah daripada penduduk setempat dengan memenuhi semua kerusi lebih kurang 2,000 orang.

YB Dato Seri Anwar Ibrahim sedang memberikan penerangan.

YB Hee Ahli Parlimen PJS juga hadir sebagai tuan rumah.

Pengacara majlis oleh Cik Latifa Koya Ahli Majlis MBPJ.

YB Elizeberth Wong, Exco Kerajaan Selangor merangkap ADUN Bukit Lanjan hadir sebagai penceramah pertama.
YB William Leong Ahli Parlimen Selangor berikan fakta-fakta berkaitan dengan PKFZ.
YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam berikan kata-kata penuh semangat dan harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

YB Teng Chang Kim ADUN Sungai Pinang pula menyentuh tentang salahlaku Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menyebabkan berlaku kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Wira reformasi YB Tian Chua Ahli Parlimen Batu tidak memencilkan diri daripada menyumbang kata-kata penerangan.

Dato Zaid bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri turut sertai majlis penerangan ini.
Pengacara Media Rakyat En. Chan Chee Kong Ahli Majlis MBPJ, YB William Leong dan En. Loh Chee Chong mengambil gambar kenangan sebelum majlis bermula.

Wajah-wajah penceramah atas pentas.


En. Tan Ah Kow Ahli Majlis MBSA bersama dengan keputusan kajian pandangan masyarakat kepada penilaian 100 hari pentadbiran Perdana Menteri baru.

Orang awam amat murah hati menghulurkan sumbangan kewangan untuk meringankan beban kewangan jawatankuasa penganjur.
Kemeriahan dewan dipenuhi oleh orang ramai.

Wednesday, August 12, 2009

Jalan Raja Laut Pada 01/08/09

Sepertimana dunia tahu melalui pengumuman kerajaan pusat dan Polid DiRaja Malaysia bahawa perhimpunan pada hari 01/08/09 di ibu negara Kuala Lumpur tidak berpermit mengikut Seksyen 27, Akata Polis 1976.

Selepas dihujani gas pemelih mata dan air pecutan, orang ramai lari berketempiran.

Laluan Jalan Raja Laut telah ditutup, yang muncul hanyalah kenderaan berwarna merah sahaja.

Jejantas sebelum Sogo dipenuhi orang awam, ada yang hanya ingin menonton, ada yang ingin sokong Gerakan Mansuh ISA (GMI), ada pemberita sibuk mengambil gambar, ada orang sedang ditahan oleh polis dan tidak kurang ramai juga polis tidak beruniform membuat risikan.

Seorang yang tidak dikenali sedang ditangkap oleh polis, kebetulannya dia berpakaian merah.

Romobngan pemberita sibuk mencari berita sensasi.

Seperti dahulu, pihak tertentu akan mengarahkan station kenderaan awam ditutup @ tidak berkhidmat pada hari rakyat ingin bersuara. Station Bandaraya terbukti dikunci untuk gunaan orang awam. Begitu juga dengan station Masjid Jamed turut dihentikan perkhidmatannya.

Pasukan polis tidak beruniform sedang tiba dan turun daripada lori untuk membuat tangkapan.

Kebetulan seorang lagi yang tidak dikenali berpakaian merah ditangkap oleh polis.

Sebahagian daripada tangkap telah dihantar ke lokap Balai Bukit Jalil selama 2 @ 3 hari, mereka termasuklah YB Sivarasa, Ahli Parlimen PJ Selatan di mana akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin setelah berehat 2 malam dalam lokap.

Romobongan daripada Cabang Subang, Parti Keadilan Rakyat berkumpul dan menunggu depan pintu masuk Balai Bukit Jalil untuk menyambut kepulangan pemimpin mereka.

Wednesday, August 05, 2009

Balai Bukit Jalil 02/08/09

Oleh kerana sebahagian pemimpin dan orang awam yang ditangkap oleh polis di Kuala Lumpur pada 01/08/09 kerana ingin menguarakan bantahan atas Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Polid DiRaja Malaysia menahan sesiapa:

Seksyen 73: selama tidak lebih daripada 60 hari untuk siasatan.
Seksyen 8: dihantar ke Kem Tanahan Kamunting tidak lebih daripada tempoh 2 tahun bagi setaip arahan tahanan; dan perintah tahanan ini boleh diperbaharui selagi Menteri Dalam Negeri rasakan perlu.

Kawan-kawan orang ditahan tidak kira panas matahari dan malam tetap berkumpul depan balai untuk berikan sokongan moral kepada kawan-kawan ditahan.

YB Elizeberth Wong, Exco Selangor merangkap ADUN Bukit Lanjan juga berkorbankan masanya bersama-sama dengan penyokong Gerakan Mansuh ISA tunggu depan balai di bawah kepanasan matahari.


Atas semangat kesungguhan yang ditunjukkan oleh orang awam dan merasai kepanasan tanpa teduhan, YB Elizeberth Wong telah menghulurkan wang diri membelikan seunit khemah sebagai tempat berteduh para wartawan.

YB Elizeberth Wong sedang berikan kenyataan akhbar depan balai.

Peguam (kiri) dan isteri kepada YB Sivarasa turut hadir berikan kenyataan akhbar di situ.

Bukit pengorbanan para wartawan dan semangat profesionalism, mereka sanggup tunggu depan pintu masuk balai di bawah bahang matahari. Akhirnya mereka kretif menumpang di bawah paip air Syabas dengan kain rentang.

Ada pula penyokong dan wartawan yang hanya menutup kepalanya dengan jaket untuk kurangkan bahang kepanasan.

Adalah yang berpayung, manakala yang pula tiada pilihan hanya duduk tepi jalan walaupun tanpa sebarang teduhan.

Disebabkan kepanasan yang menyakitkan kulit, seorang kawan cuba menyiram air atas kepala seorang rakannya untuk menyejukkan badan.

Ramai yang lain hanya berkesempatan kongsi payung walaupun kecil.


Kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat, wahai janganlah antara kamu sendiri bersengketa.

Adakah anda memahami dan menghargai pengorbanan orang ramai yang tidak pernah menuntut pulangan berikan sokongan kepada anda atas prinsip Keailan???

Bukalah mata anda, lihat kesengsaraan penyokong anda.

Bukalah telinga anda, dengan pengorbanan penyokong anda.

Bertindak tangan anda, dengan membantu penderitaan penyokong anda.

Bukalah minda anda, jangan kerana nyamuk seekor bakar kelambu anda.

Insaflah fikiran anda, jangan lompat-lompat parti mendehaka kepada rakyat anda.