Monday, July 27, 2009

Ceramah Pakatan Rakyat

Semua warganegara dijemput hadir majlis khas ini.

Saturday, July 25, 2009

Penyertaan Dato' Chua Jui Meng

Majlis penerangan pada pukul 3.00 petang 18/07/09 telah menjadi panas dengan kehadiran Dato' Chua Jui Meng, bekas Naib President MCA Pusat mernagkap bekas Menteri Kesihatan Malaysia.

Beliau telah membuat penyistiharan tersebut di depan khalayak orang ramai melebihi 2,000 peserta sebagai saksinya.

YB William Leong bersama Datin Tan YK, bekas Naib Ketua Wanita MCA Pusat merangkap bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Hotel Sunway menjadi tumpuan sedunia atas pengumuman Dato' Chua.

Ahli Pasukan Keadilan merangkap editor Media Rakyat En. Chan Chee Kong Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (kiri) dan En. Lim Yau Hui.

En. Chan selaku editor Media Rakyat sibu membuat rakaman video.

En. Tan Ah Kow daripada Cabang Kota Raja merangkap Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam turut tidak memencilkan diri daripada majlis ini.

Barisan kepimpinan tertinggi pusat PKR, dari kiri YB William Leong Ahli Parlimen Selayang selaku Bendahari Pusat, YB Sivarasa Ahli Parlimen PJ Utara selaku Naib President PRK dan Yg Berbahagia Dr. Syed Hussien Ali Timbalan President PKR.

Pengumuman Dato Chua disambut baik dengan laungan Reformasi oleh pengunjung dewan yang penuh sesak.

YB Sivarasa sedang berikan penerangan.

Dr. Syed Hussien Ali, YB DAto Seri Andawar Ibrahim dan Dato' Chua duduk sebaris.

Dato' Chua membuat pengumuman rasmi menyertai PKR.

YB Tian Chua Ahli Parlimen Batu sedang diperkenalkan kepada orang ramai sambil melambai-lambaikan tangannya.
Ahli-ahli Pasukan Keadilan turut hulurkan bantuan kerja.
YB Dato Seri Anwar juga memberikan kata-kata semangat kepada majlis.
Pn. Animah Ferrar (kiri) Ahli Majlis Pemimpin Pusat, YB Elizeberth Wong Exco kerajaan Selangor dan YB Gan Pei Nie (kanan) menjadi sasaran tumpuan orang ramai gambar bersama.
Tandatangan Keadilan Untuk Beng Hock

Dato' Chua Jui Meng, bekas Naib President MCA Pusat merangkap bekas Menteri Kesihatan Malaysia telah mengumumkan penyertaannya di Hotel Sunway pada petang 18/07/09.

Sempena dengan majlis tersebut, satu kempen mengumpul tandatangan orang awam mendesak kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya DiRaja Penyiasat untuk menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock selepas beliau tahan oleh SPRM Selangor sebagai saksi.

Kempen ini berjaya mengumpul 1,000 tandatangan dalam tempoh masa setengah jam sahaja.

En. Kamaruzaman, Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam turut hadir dan berikan sokongan tandatangan.

Ahli-ahli Pasukan Keadilan yang diketuai oleh Sdr. Lee Kai Loon, Ketua Penerangan Angkatanmuda PKR sedang aktif merayu sokongan orang ramai.

YB Elizeberth Wong dipelawa gambar bersama dengan romobngan daripada DUN Sri Muda.

YB Gan Pei Nie, ADUN Rawang tidak ketinggalan turunkan tandatangannya sebagai tindakan sokongan.

YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang merangkap Bendahari PKR Pusat juga ringan tulang bertandatangan.

Kenangan Ahli-ahli Pasukan Keadilan gambar berkumpulan dalam Hotel Sunway selepas majlis penyistiharan Dato' Chua Jui Meng menyertai PKR.

Friday, July 24, 2009

Keadilan Untuk Teoh Beng Hock

http://www.petitiononline.com/j4bhmacc/petition.html

To: 10000
We, the undersigned, hereby demand :-

(1) The establishment of a Royal Commission of Inquiry to independently and thoroughly investigate this tragic incident.

(2) The immediate resignation of the Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC) National Director.

(3) The unconditional apology by Minister in the Prime Minister Department Mohd Nazri Abdul Aziz over his remarks on Beng Hock’s death.

我们,以下签署者,同声要求:-
(1) 成立皇家调查委员会,独立与彻底地调查明福的命案
(2) 反贪委员会全国主任马上引咎辞职
(3) 首相署部长纳兹里对其言论作出毫无保留的道歉

Kami, yang menandatangan di sini, dengan sebulat suara:-

(1) Menyeru penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Beng Hock secara bebas dan teliti.

(2) Menggesa Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) meletakkan jawatan segera atas tragedi Beng Hock.

(3) Mendesak Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri meminta maaf atas kenyataan beliau terhadap kematian Beng Hock.
Sincerely,

Tuesday, July 21, 2009

Kemeriahan Plaza Masalam Pada 17/07/09

Suasana kemeriahan Plaza Masalam pada pagi 17/07/09, pukul 10.00am.

YB Lim Kit Siang, En. Shamsul Iskandar Ketua Angkatanmuda Parti Keadilan dan YB Lim Guan Eng sedang berikan ucapan ringkas.

YB Iskandar Exco Kerajaan Selangor turut luangkan masa bersama rakyat.

Ketua Polis Negeri Selangor Dato Khalil sendiri turut padang berikan arahan pengawalan.

Poster menyatakan "Demokrasi Sudah Mati" berlatar belakangkan kenderaan memuatkan 7 orang pemimpin ditahan pagi tersebut.

Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam hadir sebagai pemantau setempat.

Salah seorang anggota FRU sedang arahkan orang ramai beredar daripada tempat tersebut.

Ketua Polis Negeri Selangor bercakap sesuatu dengan YB Gobin Singh Ahli Parlimen Puchong.

Masyarakat awam berhenti melihat kemeriahan pagi itu.

Banner tergantung depan Plaza Masalam menyatakan kematian mendiang Teoh wajib diadili.

Orang awam dan wakil polis sedang sibuk membuat rakaman video.

Sekali lagi membuktikan seluruh rakyat semua keturunan menganggap ia merupakan satu kezaliman.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dan kepimpinan Bahagian Shah Alam Parti Keadilan Rakyat dan Pas turut hadir bersama berikan sokongan.

Ketua Pembangkang Dewan Rakyat merangkap Ketua UMUM PKR YB Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang berjalan turun daripada Plaza Masalam selepas menghantar memorandum bantahan dan menuntut keadilan daripada SPRM Selangor.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim turut mengiringi YB Dato' Seri Anwar atas semangat tanggungjawabnya di mana mendiang Teoh adalah salah seorang daripada keluarga kerajaan negeri Selangor.

Barisan pemimpin tertinggi DAP yang diketua oleh YB Lim Kit Siang dan YB Lim Guan Eng, YB Gobin Singh diiringi oleh pelbagai keturunan rakyat Malaysia berjalan turun daripada Plaza Masalam.

Pemantau oleh pihak pasukan keselamatan dan wakil media menyelubungi seluruh kawasan, termasuk atas bumbung bangunan.

Suasana Plaza Masalam Pada 17/07/09

Atas semangat keadilan tragedi kematian Teoh Beng Hock pada 16/07/09 telah mendorong ribuan rakyat berkumpul di Plaza Masalam, Ibu Pejabat SPRM Negeri Selangor menuntut satu penjelasan.

Ia telah menghasilkan beberapa tangkapan oleh pihak berkuasa. Lantaran itu, berikut adalah beberapa sedutan pada pagi tersebut.