Tuesday, July 17, 2007

Perpaduan Tulin oleh Pembangkan II

Sambungan daripada Bahagian I.










Perpaduan Tulin oleh Pembangkang III

Sambungan daripada Bahagian II































Ini wartawan dari akhbar mana kuat merakam? Atau ahli Carangan Bukit Amxx?

Keratan Akhbar - Tahanan Nat Tan

Sebahagian keratan akhbar berkaitan dengan tahanan Nat Ta.







Sunday, July 15, 2007

Pendirian Angkatanmuda PKR

Timbalan Ketua Angkatanmuda Parti Keadilan Rakyat telah menjelaskan pendirian pemuda bahawa Perdana Menteri mengambil tindakan ke atas isu yang melibatkan Ketua Polis Negara dan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Kenyataan Yang Menyulitkan???

Kebelakangan ini telah bertiup kencang angin membawa pelbagai khabar dan desas-desus bahawa penarikan diri keluar daripada Parti Keadilan mungkin ada hubung kait dengan parti pemerintah.

Dengan terkeluarnya kenyataan Tim Ketua Pemuda UMNO, seolah-olah ia boelh ditafsirkan sebagai menyahut khabar-khabar angin tersebut? Saya juga tidak tahu sebenarnya.

Tangkapan Yang Mengaru Kepala

Sebentar tadi hampir 100 orang berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi untuk menonjolkan sokongan semangat dan bantahan atas penahanan Nat Tan pada 4.30pm Jumaat lalu.

Tangkapan ini telah mencetuskan kekeliruan masyarakat apakah kesalahan jenayah telah dilakukan oleh Nat Tan?

Siapakah pelapor polis bahawa sesuatu jenayah telah dilakukan oleh beliau?

Sejauhmanakah kesahihan dan fakta menyokong pemohonan polis untuk menahan beliau selama 14 hari untuk siasatan? Adakah kerana beliau akan mehilangkan diri sekiranya dia dibenarkan ikat jamin?

Pada petang Jumaat ketika menerima sms atas kejadian ini, sepintas lalu terbayang dalam fikiran saya mungkin Nat Tan telah diculik oleh polis samaran. Seandainya keterangan tulus dan jelas diberitahu, tanggapan negetif ini pasti tidak akan wujud.

Saya tidak pasti adakah cara ini menggambarkan Polisi / Budaya Cemerlang, Gemilang dan Terbilang Barisan Nasional?

Saturday, July 14, 2007

Nik Aziz Salah?

Menurut laporan akhbar, bekas Menteri Belia dan Sukan, Dato Anuar Musa telah mengkritik Menteri Besar Kelantan kerana merasmikan kebudayaan tarian singa Cina baru-baru ini.

Kritikan itu dibidas oleh kumpulan seni kerana berfikiran fanatik dan sempit.

Dalam masyarakat majmuk ini, saling menghormati kebudayaan adalah satu amalan murni. Malangnya sering-kali diputar-belikan oleh orang politik. Mungkin orang politik ini 'jahil' tentang kebudayaan pelbagai. Ini kerana tarian singa adalah sebahagian daripada kebudayaan dan kesinaan masyarakat Cina, bukan satu acara keagamaan.

Ia jelas sekali tarian singa disambut dengan bail oleh semua masyarakat Cina tanpa mengira agama Tao, Buddha mahupun Kristian.

Semoga, semua orang pilitik berhenti mengeluarkan kenyataan yang kurang tepat dan mungkin boleh mengakibatkan salah faham.

Buku Eksklusif?

Cik Latifa Koya, seorang peguam hak asasi manusia telah memaparkan sekeping poster yang membayangkan seperti ada hubungan sulit di antara beberapa orang pemimpin politik dengan Chin Peng.

Dimaklumkan gambar tersebut pernah disiarkan dalam laman web sepbuah parti pemerintah, dan kemudiannya diturunkan selapas menerima banyak bantahan.

Saya tidak tahu adakah benar ada buku tersebut?

Di mana boleh membelinya?

Harga berapa?

Pengenalan Yang DiPertua Pas Shah Alam

Dalam karangan sebelum ini, saya telah memetik pendirian Pas dalam isu penggunaan Bahasa English mengajar Sains dan Metematik. Pas, melalui Exco Pusatnya En. Khalid Samad merangkap Yang DiPertua Kawasan Shah Alam Pas telah membentangkan satu kertas kerjanya bersama 'Dongjauzhong' minggu lalu.

Di sini adalah sedikit sebanyak gambar yang melibatkan kegiatan Khalid Samad di sekitar Shah Alam. Pada pengamatan saya, beliau merupakan seorang peramah dan senang diajak berunding.

Pas Shah Alam dibawah kepimpinan beliau telah menjalinkan hubungan baik dengan semua parti politik khasnya pembangkang dan masyarakat awam. Contoh yang paling jelas adalah, Pas Shah Alam tidak pernah menolak masyarakat bukan Melayu / Muslim, sebaliknya setiap tahun Pas menganjurkan program kemasyarakatan seperti Majlis Hari Raya Cina di sekitar Berkeley. Sepertimana boleh lihat dalam gambar di bawah, mereka juga mengaihkan makanan dan angpau kepada masyarakat Cina yang kurang berada demi kongsi bersama suasana perayaan.








Friday, July 13, 2007

Pendengaran Awam? Ikhlas? Terbuka?

Kokus Ahli Parlimen membuat pendengaran awam ikhlas di Dewan Sivik, Petaling Jaya?

Sungguhpun dihadiri beberap ratus rakyat yang prihatin tentang keselamatan masyarakat, yang memelikkan adalah kenapa wartawan tidak dibenarkan masuk?

Bolehkah wartawan menurunkan tag wartawan dalam masuk sebagai rakyat biasa? Jika tidak, Kokus Parlimen yang menjaga hak asasi manusia sendiri sudah tidak menghormati hak asasi wartawan sebagai warganegara.

Adakah dengan pengharaman penyertaan wartawan dalam perbincangan kerajaan akan boleh menutup isi perbincangan tersebar keluar?

Siapakah yang membuat keputusan sedemikian?

Anda tahu sebab-sebabnya?