Sunday, August 12, 2007

ADUN BN Selangor BISU lagi

Pagi tadi semua lapisan masyarakat / keturunan daripada Taman Bandar Bukit Puchong, Gateway Puchong, Lestari Puchong, Mutiara Indah Puchong & Saujana Puchong telah menghadiri satu perhimpun akibat kemungkiran janji kerajaan dan pemaju.

Sebelum penduduk di situ membeli rumah, mereka telah dijanjikan dengan ringkaran jalan yang sempurna.

Dukacitanya, kini tapak jalan yang dijanjikan itu telah berubah menjadi tapak perkuburan. Perubahan ini dilakukan dengan senyap tanpa banci dan mendengar pendapat penduduk setempat.

Lebih daripada itu, kesan perubahan itu telah meisahkan jalan pengangkutan Lestari Puchong dengan 3 taman lain (lihat peta di bawah). Sekiranya jalan janjian awal ini disiapkan, bukan sahaja mendekatkan perhubungan antara taman, malahan boleh mengelak daripada membayar TOL LDP Puchong Selatan yang akan naik hagra setiap 3 tahun (kini RM1.60 sekali lalu).

Seterusnya, persatuan penduduk telah menghantar surat bantahan, memorandum kepada semua pihak berkuasa. Budaya dan sikap “Seperti Batu Jatuh Dalam Lubuk” telah menimpa mereka. Persatuan telah menghantar surat petisen kepada SEMUA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR, cuma ahli daripada Sungai Piang dan Sikichan (kedua-dua dari DAP) membalas. Sikap lantang dan berani Wkil Rakyat dengan spontan takut untuk berhadapan dengan rakyat pula.

Oleh kerana kebisuan wakil rakyat yang melaungkan sendiri sebagai perjuang hak rakyat, memang dalam Dewan Undangan Negeri pun banyak yang membisu (rujuk karangan awal saya), maka persatuan pendudukan TERPAKSA mengambil tindakan mahkamah untuk mencari KEADILAN.

Dengan itu, jelaslah siapa yang bersikap pura-puraan / selamba? Buatlah pertimbangan semasak-masaknya pada hari undi akan datang. Setuju?












Sambutan Meriah Warga DUN Kg Tunku

Proses pengedaran risalah yang menekankan masalah keselamatan masyarakat yang menrunsingkan kita semua memang tepat pada sasarannya kerana keselamatan masyarakat sudah sampai tahap yang amat mengeruni akibat daripada kepincangan, kelembapan dan kegagalan Barisan Nasional menunaikan janji mereka.

Sebaliknya, ribuan juta wang rakyat telah diselewengkan, peragihan tenaga pasukan keselamatan yang tidak bijak, serta sistem pentadbiran yang cacat.

Semoga usaha dan ikhlasan Pasukan Keadilan akan diberkati Tuhan lalu akan mendapat amanah rakyat pada pilihanraya yang akan tiba tidak lama lagi.









Saturday, August 11, 2007

Lawatan ke Pasar Sg Way, DUN Kg Tunku

Kelmarin pagi, Pasukan Keadilan telah mengadakan lawatan ke Pasar Sg. Way, DUN Kg. Tunku. Pelbagai risalah berbagai bahasa diedarkan kepada warda Sg. Way dan mereka disambut dengan penuh kemeriahan dan mesra.

Kibaran bendera Keadilan amat menarik perhatian masyarakat dan ia telah mendesak MCA menghantar kenderaan parti menyanyikan lagu dan laungan MERDEKA. Kenderaan itu tiba tergesa-gesa selepas menyedari kehadiran Pasukan Keadilan seawal pukul 8.30 pagi.





Pasukan Keadilan

Ini adalah di antara anggota Pasukan Keadilan KL-Selangor yang kemungkinan besar akan mewakili parti dalam pilihanraya umum akan dating sebagai CALON.

Menurut maklumat yang dipercayai, penyokong PKR bawahan mulai meluahkan perasaan ketidakpuasan rundingan peragihan kerusi dengan DAP khasnya.

Kawasan yang menjadi rebutan termasuklah:

Parlimen: Sarawak – Setamping, Miri, Sibu dan Bintulu; Ipoh Timur, Ipoh Barat, Teluk Intan, Taiping, Tanjung & Jelutong.

DUN: Selangor – Seri Kembangan, Kg Tunku, Rawang dan Kinara; Pulau Pinang - Tambun.

Maklumat dalaman yang boleh dipercayai sudah memutuskan penyokong parti akan terus dengan pertanding 3 penjuru sekiranya MPT pusat gagal menyelesaikan dan berjaya menyejukkan ketidakpuasan berkenaan.

Pilihan alternatif termasuklah menggunakan logo parti pembangkang lain atau calon bebas sekiranya PKR tidak memberikan Surat Lantikan. Walaubagaimanapun, ini adalah pilihan terakhir jika semua saluran penyelesaian gagal dirumuskan.

Ketidakpuasan ini berpunca daripada kepimpinan pembangkang gagal menerima dan menimbangkan faktor kebolehan menang wakil sesebuah parti. Sebaliknya, mereka hanya mementingkan muka sahaja.

William Leong – Bendahari Pusat Parti Keadilan Rakyat.

Sivarasa – Naib President Parti Keadilan Rakyat.

Ang – Ahli MPT Parti Keadilan Rakyat.

Elizebert Wong - Pembantu Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Aktivis Suaram.

Cheah SS – Naib Ketua Angkatanmuda Selangor Parti Keadilan Rakyat. Beliau mensasarkan DUN Kinara, Selangor.

Chua SK – Setiausaha William Leong, Bendahari PKR.

Hee LH – Timbalan Ketua Perhubungan Selangor merangkap Ketua Bahagian PJU Parti Keadilan Rakyat. Beliau mensasarkan DUN Kampung Tunku, Selangor.

Lee SK – Timbalan Ketua Bahagian Ulu Langat merangkap aktivis NGO.

Tian Chua – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat dan bekas tahanan ISA.

Gan PN – Ahli Exco Wanita Pusat dan kordinator Parlimen Batu.

Thursday, August 09, 2007

Laporan Gerak ke atas FAMA

Dua hari yang lepas Pengerusi Gerak telah membuat laporan penyelewengan dan salah-guna dana FAMA (Federal Agriculture Marketing Authority) kepadaMenterinya.

Di antara laporan itu menyentuh 27 perkara yang perlukan siasatan lanjut demi mengelakkan salah-guna dana wama tidak berterusan; dan kepada yang berslah harus dikenakan tindakan undang-undang.

Laporan itu telah diserahkan kepada Pegawai Khas Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani Malaysia. Maklumat lanjut sila rjuk kepada: http://www.gerakmalaysia.org.
















Pengenalan Bakal Calon PKR

Di sini mengambil kesempatan ini untuk memperkenakan beberapa bakal calon Parti Keadilan Rakayt yang saya kenalpasti.

Di bawah ini adalah Lau Teik Hai, Ketua Penerangan Angkatanmuda PRK. Gambar ini diambil semasa beliau menemui para penjaja di Berkely, Klang. Dia akan bertanding DUN Senawang, Negeri Sembilan.

Di bawah ini adalah Kharul Anwar, Naib Ketua Angaktamuda PKR. Gambar ini diambil semasa beliau mengetuai rombongan penduduk Batang Berjuntai ke IPKJ Selangor membuat aduan keganasan. Beliau adalah salah seorang aktivis pejalar UPM (fakulti Kejuruteraan) dan dihentikan pengajiannya kerana melibatkan diri dalam gerakan reformasi. Kini dia terus aktif dalam Kesatuan Sekerja. Dia akan bertanding di DUN Sementa, Selangor.

Di bawah ini adalah Hee dan Pei Nie. Hee merupakan Ketua Bahagian PJU, Selangor merangkap Timbalan Ketua Perhubungan Negeri Selangor. Gambar ini diambil semasa satu jamuan makan malam. Dia akan bertanding di DUN Bukit Tunku, Selangor (mungkin 3 penjuru bersama calon DAP).

Pei Nie merupakan salah seorang aktivis pelajar dari universiti. Dia pernah disoal-siasat kerana membantu Tian Chua semasa pilihanraya yang lalu. Dia akan bertanding salah satu DUN di Selangor.

Di bawah ini adalah Faris Musa merangkap Timbalan Ketua Angkatanmuda PKR pusat. Beliau adalah seorang aktivis yang berpengalaman sejak zaman reformasi, lantang menyuarakan / membawa suara rakayt. Dia akan bertanding di Terengganu (kampung beliau).

Di bawah ini adalah Ang bekas calon Parlimen Kapar. Seorang veteren Parti Rakyat yang berprinsip dan pendirian teguh. Dia adalah bekas Timbalan Setiausaha Agong PKR Pusat. Beliau akan bertanding di salah sebuah Parlimen di Lembah Klang.

Di bawah ini adalah Cheah seorang graduan UTM yang sudah banyak tahun aktif dalam gerakan reformasi. Dia merupakan Naib Ketua Angkatanmuda PKR Selangor yang fasil bertutur dalam pelbagai bahasa. Dia akan bertanding di DUN Kinara, Selangor.