Wednesday, August 08, 2007

Segenap Lapisan Masyarakat Tertindas

Sebelum ini saya terbaca laporan bahawa Wakil Rakyat Ahli Parlimen juga disekat memasuki kawasan Pejabat Kerajaan Negeri Sembilan walaupun hanya untuk membawa suara hati rakyat untuk perhatian dan tindakan kerajaan akan kesusahan orang bawahan yang miskin dan tidak berada.


Keadaan yang sama juga ketika penduduk Batang Berjuntai hadir ke IPK Selangor, mereka terpaksa menunggu di tepi jalan berjam-jam sementara wakil mereka masuk membuat laporan lanjuta.

Saya merasakan sebagai sebuah Kerajaan Rakyat, Oleh Rakyat dan Untuk Rakyat yang tulin, kenapakah pentadbir enggan melayani rakyat dengan lebih baik (termasuk Wakil Rakyat pun kena tolak, hanya siapa yang masuk?) sebagai tetamu dengan menjemput masuk ke dalam sebuah bilik tamu atau dewan kecil agar mereka tidak merasa dihina?

Kalau saya menjadi Menteri Besar, saya akan jemput semua yang hadir masuk ke dewan dan disajikan dengan minuman sebagai layanan asas budaya kita kepada tetamu, kenapa kita tidak?
Penduduk Batang Berjuntai Mengadu

Beginilah keadaan penduduk masyarakat Batang Berjuntai mengadu kepada Pegawai Polis IPk. Jelas daripada gambar menunjukkan yang berusia mahupun muda, perempuan dan lelaki semuanya mengambil kesempatan ulung-ulung kali ada ini dengan sepuas-puasnya.

Daripada pengamatan, kejelas kelihatan wajah Pegawai Rendah Polis ini sakit telinga dan simpati dengan masyarakat yang daif dan lemah sentiasa dibuli, diugut, diancam dan sebagainya.

Mudah-mudahan melalui gambar seperti ini boleh menginsafkan pemimpin tinggi akan kesusahan dan kesengsaraan orang bawahan ditindas saban hari. Tidak lupa juga Wakil Rakyatnya yang terus membisu sehingga hari boleh bertindak serta-merta, laksanakan janji-janji pilihanraya yang masih berkumandang dalam fikiran kita.











Sunday, August 05, 2007

Masalah Keselamatan Masyarakat Terancam

Minggu lalu, masyarakt terperangjat dengan berita ada pihak cuba mengugut YB Bintulu dan IGP melalui hantar peluru senapang. Ugutan yang serupa juga dihadapi oleh KPD Johor Bharu.


Ia jelas menggambarkan tahap kemaharajalelaan pihak penjenayah berkumpulan telah mencecah tahap yang amat merunsingkan kita.

Numun sedemikian, ada parti politik yang lebih mementingkan kekuasaan politik daripada kesejahteraan masyarakat dengan membazirkan sumber tenaga polis untuk menekan pengelola blog. Memang disetujui bahawa blog juga perlu bersikap bertanggungjawab, tetapi saya berpendapat sekiranya ada unsur fitnah; maka pihak dituduh wajar mengambil tindakan mahkamah seperti KPD Sentul semalam berhubung dengan satu kenyataan kes membunuh.

Tidak ketinggalan juga, kerunsingan penduduk daripada Batang Berjuntai sudah dikelumuni oleh masalah ancaman kumpulan samseng sekian lama; laporan polis telah banyak kali dibuat tetapi tidak berbuahkan hasil.

Oleh kerana itu, dengan bantuan kepimpinan Parti Keadilan Rakayt, golongan ditindas tidak dapat tidak terpaksa memanjangkan rintihan mereka kepada Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di Shah Alam. Di bawah mereka memaparkan laporan awal mereka sambil menonjolkan ketidakpuasan mereka kerana kelembapan Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor dalam menangani masalahnya.

Ekoran daripada kunjungan penduduk Batang Berjuntai ke IPK Selangor, maka Ketua Polis Selangor telah mengumumkan tindakan serbuan berjaya menangkap 13 orang untuk siasatan lanjut.


Semoga dengan ini boleh selesai masalah setempat itu. Kemudian, kerajaan lebih prihatin hanya mengamanahkan orang yang jujur sahaj untuk jawatan penting sepertimana disebutkan oleh Raja Muda Perak.
Bukti Keganasan di Batang Berjuntai

Petang hari khamis yang lalu, serombongan 40 orang warga masyarakat India daripada Batang Berjuntai telah menyewa bus dengan duit poket sendiri kerana tidak sanggup bersabar lagi gangguan keselamatan oleh kumpulan samseng.

Sungguhpun banyak kali laporan polis di buat kepada Balai Batang Berjuntai, namun dukacitanya keadaan tidak berubah di mana polis dikatakan lembab bertindak.

Akibatnya, mereka serombongan telah datang ke IPK Selangor membuat aduan susulan dengan bantuan wakil daripada pemimpin Parti Keadilan Rakayat seperti Khairul Anwar, Anima Ferrer, Haris Abuk Bakar, Ginie Lim dan lain-lain lagi.

Dengan itu, inilah bamgar bukti kesan keganasan di Batang Berjuntai di mana bus mereka naiki datang ke IPK juga telah menjadi sasaran serang gengters.

Cukupkah bukti ini?






Kuasa Ajaib Kad Gerak

Satu kejadian ajaib telah berlaku atas seorang kawan saya. Kelmarin ada orang kawan telah pergi ke sebuah pejabat kerajaan untuk membeli surat laporan rasmi.

Bayaran rasmi laporan adalah RM2.00 sekeping; tetapi seorang daripada 2 orang pegawai petugas telah cuba meminta jumlah RM5.00 termasuk RM2.00 bayaran rasmi.

Dengan kesedaran bahawa salinan muka pertama laporan itu telah dikepikkan dengan sekeping kad nama daripada Gerak; seorang lagi pegawai petugas menegur pegawai pertama tadi lihat baik-baik baru sebut harga.

Spontan, kedua-dua pegawai betugas mengubah bayaran kepada RM2.00 sahaja.

Dengan itu, tanpa bertanya banyak kawan saya dapat DISKAUN RM3.00 dan bayaran RM2.00 rasmi sahaja.

Saya berfikir-fikir dan terperanjat kad nama Gerak membawa kuasa ajaib untuk mendapat diskaun?

Ini memang satu kisah benar, bukan cerita rekaan. Email saya jika untuk tahu lebih lanjut cara boleh menjimatkan wang anda.......
BN Perjuang Hak Rakyat?

Beberapa hari yang lalu, Timbalan Ketua Pemuda UMNO dengan nada paling keras mengutuk Anwar Ibrahim sebagai penderhaka hak orang Melayu. Pemuda UMNO akan mengejar saja mana Anwar pergi.

Lumrahnya laungan, UMNO adalah perjuang hak orang Melayu, MCA adalah perjuang hak orang Cina dan MIC adalah perjuang hak orang India. Karangan sebelum ini telah saya buktikan dan mencabar orang membuat kenyataan ini:
Dimanakah perjuang-perjuang ini ketika rumah orang miskin Kg Berembang dan Chubadak dirobohkan secara kekerasan?

Dimanakah wakil rakyat kawasan tersebut? Beberapa kalikah wakil rakayt melawat mangsa kekerasan ini? Bilakah penemuan diadakan bersama wakil rakyat dan perjuang-perjuang kaum masing-masing?

Bukti karangan saya sebelum ini adalah dalam kejadian tragedi Kg Berembang dan Chubadak, Tian Chua merupakan orang yang berada dibarisan hadapan untuk menuntut hak orang kampung yang serba kurang. Gambar-gambar telah saya sertakan.

Hari ini, sekali lagi saya buktikan masalah masyarakat orang India dari Batang Berjuntai (Ijok) tidak pernah diambil perhatian orang perjuang kaum seperti kenyataan BN dan wakil rakyatnya baru menang pada 28 April 2007.

Gambar-gambar berikut membuktikan Timbalan Ketuan Angkatanmuda Muda Parti Keadilan Rakyat Khairul Anwar yang menemani orang yang telah ditindas sekian lama menuntut keadilan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor minggu lalu.

Selain daripada Khairul, turut membantu Haris Abu Bakar Pemangku Ketua Bahagian Shah Alam, Animah Ferrar Ahli MPT, Dr. Daroyah Ketua Wanita Bahagian Shah Alam selaku Exco Wanita Pusat, Ginie Lim Exco Angkatanmuda Parti Keadilan Rakyat.

Adakah bukti-bukti ini cukup menyokong kenyataan saya bahawa parti politik berasaskan perkauman hanya satu mainan politik untuk menjaga kepentingan sendiri.

Kenapa kita tidak boleh menganggap diri sebagai Rakyat Malaysia?

Kenapa kita kena menghadkan parti kita untuk satu-satu kaum sahaja jika kita mempunyai wawasan bersifat kenegarawan?

Friday, August 03, 2007

Terbitan Buku oleh Gerak

Ini adalah pengenalan kepada orang awam bahawa Gerak (http://www.gerakmalaysia.org) telah berjaya menerbitkan bukunya yang bertajuk Freedom of Information In Malaysia.

Dalam buku tersebut telah memuatkan beberapa tulisan yang mengupas keadaan kebebasan informasi di Malaysia dan kesan-kesan terhadap negara kita.



Peranan OIC Menangani Tragedi Culikan

Minggu lalu telah saya sentuh apakah peranan OIC serta Perdana Menteri menangani kegagasan penculikan oleh pemberontak Taliban sambil membunuh orang awam yang pergi ke Afghanistan memberikan bantuan kemanusian [Tajuk Selamat Pulang PM].

Kita semua sebagai rakyat dari negara Pengerusi OIC sudah pasti mengharapakan Malaysia mampu memmainkan peranan yang bernas terhadapa keamanan dunia sejagat.

Laporan demi laporan tragedi seperti pemubunhan pemberontak Taliban menculik dan membunuh sukarelawan yang perlu ke Afghanistan untuk bantuan kemanusiaan; pastinya samada langusng atau tidak langsung memberikan tanggapan negetif terhadap OIC dan nama agama kerana Taliban mengeksploitasikannya.

Adakah OIC sanggup melihat golongan culikan bantuan kemanusiaan ini seolah-olah mereka MENCURAHKAN AIR ATAS DAUN KELADI? Bagaimanakah masyarakat dunia akan terus memberikan bantuan kepada golongan yang hadapi kesusahan kerana bantuan kemanusiaan pula dihukum tembak mati?

Adakah OIC tidak mampu melakukan sebarang usaha membena bagi menyelesaikan krisis culikan warga Korea?

Adakah OIC sudah mencuba melakukan sesuatu untuk membebaskan orang tahanan tetapi gagal? Ini bermakna Taliban tidak menghiraukan kewujudan OIC sama sekali?


Ambulan Tidak Boleh Masuk Smart Tunnel

Minggu lalu, kenyataan seorang pemimpin komponen BN membuat satu kenyataan yang amat memeranjatkan saya: “Smart Tunnel Tidak Boleh Dilalui Oleh Ambulan”.

Sekiranya berlaku kemalangan dalam terowong tersebut, mangsa terpaksa diusung keluar ke pintu masuk yang terdekat untuk lawatan ambulan.

Lantaran itu, apakah penjelasan dan nasihat kerajaan, konsesi terowong serta Kementerian Kerjaraya apakah tindakan orang awam sewajarnya jikalau berlaku kemalangan dalam terowong ini?

Benarkah mangsa perlu diusung ke pintu masuk untuk menerima lawatan perkhidmatan?

Mudah-mudah saya tetap berdoa semoga kenyataan ini tidak benar, di mana ambulan boleh masuk memberikan pertolongan kecemasan.